30 November 2008

J.CO, Big Apple dan Dunkin Donuts...Mana lebih sedap?



3 rakan donuts....("~")
salam...entry x berapa hangat tapi sedap....he3
aku baru balik dari bandar melaka...saje2 release tension lari drp tugasan kemas barang akak aku yg baru pindah melaka dr johor bahru semalam...nak bygkan barang dia sorang penuh belakang lori hingga rumah yg didiami oleh 4org mcm licin...tergelak aku dgr komen mak cik gossip (adik laki aku yg gelar)...
mak cik gossip: ni saper nak pindah?
adik aku: akak...(suare malas nk layan)
mak cik gossip: semua ker?
adik aku: sorang jer...(x fhm2 ker?)
mak cik gossip: amboi byknyer brg?penuh satu lori...
adikku pn blah smbl tergelak2 dgn menyebarkan pd suku sakat aku psl kisah mak cik gossip 2...

ish...ni bkn ulasan entry ni...k la hari ini aku 'berdebat dlm msg' tntg mana lbh sedap, J.Co or Big Apple dgn someone else...tp aku saje wujudkan skl dunkin donuts yg semkain terhakis populariti mcm Siti...eh?...so saper2 pernah makan n terasa ketiga2 donuts sila vote yer....Yum3x

28 November 2008

Hari Yang Menyepikan Di Rumah....

Jumaat, 28.11.2008
Aku tinggal sorang kat rumah...
Family pergi JB lawat akak aku yg nak pindah Melaka...
Seorang teman pula x balas2 message aku...Bz agaknyer bercuti...
Keje memasak, menyidai baju yg dah basuh, jalan2 sambil release tension...
Petang nanti nak pg pasar malam...
Duit ada ke x agak2nyeer?
Konklusion,x taula nak luahkan ape2 kat sini...u can call dis viruse BORING+BOSAN (2B) he3
p/s: alahai macam amah plak jadinyer....hu3

27 November 2008

Buku Revolusi Pemikiran....Buku yg WAJAR di baca oleh Orang Melayu - TNC HEPA UUM


Salam saje jer nak promote buku nie...Revolusi Mental... Hikayatnya aku sendiri x baca lagi tapi amat tertarik dgn kupasan oleh TNC HEPA UUM, Dato Prof Dr Ahmad Faiz bin Hamid pada Kolokium PRS Kebangsaan yang lepas bahawa bangsa melayu pada hari ini amat2lah perlu untuk banyak membaca dan menghargai masa...Kenapa? Dari sikap menghargai masa kita akan rasa terdidik dan terdisiplin...hu3...Bersyarah plak! apa pun aku nak cadangkan rakan2 baca...kat sini aku petik sedikit kata2 dari buku REVOLUSI MENTAl, iaitu perutusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Haji Abduk Razak bin Hussien antara nya :

“ Kita sedar antara beberapa sebab orang-orang melayu tidak dapat menyertai dengan sepenuh nya usaha-usaha untuk pembangunan ekonomi dan sosial ialah kemunduran daya pemikiran mereka yang berpunca dari kekurangan pengetahuan dan dikongkong oleh hidup yang kolot”


“Zaman moden ialah zaman perlumbaan, kumpulan yang cergas fikiran nya dan tangkas tindakan nya pasti akan berjaya, sebalik nya golongan yang statis kerana dikonkong oleh corak hidup yang lama akan tewas dalam perlumbaan ini”


“Oleh itu nilai-nilai lama yang didapati tidak sesuai dengan kehendak zaman, hendaklah digugurkan untuk memberi jalan kepada nilai-nilai baru."

26 November 2008

Salam Kembali Dari UUM...Kolokium PRS Kebangsaan dan New Update Gambar!

Salam Kembali Buat Semua Pengunjung....

Aku dan UUM

Penulis bergambar di hadapan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir

Semalam aku baru sampai dari UUM ke UDM...perjalanan yang mengambil masa 8 jam+++...
pelbagai agenda yang diperolehi bersempena Kolokium PRS Kebangsaan dan dalam masa yang sama diadakan Simposium Kaunselor Kebangsaan yang dirasmikan oleh Tan Sri Dr Nordin Kardi...Antaranya kerja dalam kumpulan, perbincangan dari hati ke hati,penyelesaian masalah,kademi PRS dan macam2 lagi....so aku selitkan gambar2 di bawah nie...





Gambar atas: (dari sebelah kiri)...
1. Wakil siswi ke Kolokium PRS Kebangsaan (sakinah, Hafizah dan zaleha)
2. Group mantan MPP - aku dan Zul (ex-exco akademik UMP)
3. Barisan penjuang PRS se-malaysia
4. Game daun terup! (nie halal punyaer...)

Gambar bawah: (dari sebelah kiri)
1. Pertandingan Hantu Lawa.....(Ada ker?)
2. My Group 2
3. Habis minah nie kena balut....

17 November 2008

Berita Terkini Pukul 9pagi

Isu Pertama: Mawi dan Ekin nak kawen...
Saje nak kupas isu ini sebab kawan aku sorang ni pun x hbs2 komen pasal MAwi n Ekin...cite pasal kawen ni mesti koorg teringat dengan Ashraf Sinclair n his wife Bunga Cinta Lestari...Agak2 anak diaorg nnt nama pe?Bunga kemboja?Bunga rose?he3
p/a:Sekadar mengusik...

Isu Kedua:Chelsea still top on table
Buat penyokong Liverpool,jgn harapla dapat motong Chelsea yer...Kalo Man U plak baru jer menang 5-0,Chelsea dah banyak kali dah....Arsenal?Kena kosisten sikit beb!
p/a:Minat telekom melaka daa....

Isu Ketiga:Salam Perpaduan Mahasiswa-aku punya diciplak!
Buat sekadar mengungkit tapi saje je...baru2 ni ada hamba Allah yg bg tau pasal trademark salam ni,rasanye x silap kot...aku perkenalkan time PRK UDM baru2 ni walaupun x ada pemilihan lagi,so alasan MPP baru ni gunakan trademark ni adalah cara baru asyik salam aspirasi jer...persoalan mula timbul....Adakah diaorg akan berpaling tadah dan akan ikut agenda perubahan mahasiswa?jeng3!
p/a:Jadi calon presiden kumpulan gitar rancak....Kugiran...ha3

Isu Keempat:Pengembaraan 2 Hari di Kuala Lumpur
Fuh...bunyi yg pertama nak kuar dari mulut aku....x pernah2 rasenya berjalan non-stop dari stesen Damai (umah abg aku) ke stesen masjid jamek tukar LRT dari Putra ke Plaza Rakyat (beli tiket balik melaka) ke stesen Hang Tuah.....Mula jalan2 dengan member MMU. pg plak lalu kat BB (koorg cari sdr) lalu dpn Planet Hollywood,rupe2 mcm ni...kebetulan ak pg pagi so diaorg tido lg...aku pn pg jalan2 merentasi Low Yat, BB Plaza n Sungei Wang Market...B4 tu aku lalu depan penjara pudu...kwn aku habaq,penjara tu sebenarnya menjadi tempat penahanan sementara bagi banduan2 ISA sebelum dipindahkan kat mana2....Last tempat aku sampai ialah PAVILION....(gambar ada kat bawah nnt yup!)


p/a:Nama anak buah aku Alif Irfan...

14 November 2008

Isu Kaukus dan Majlis...

Salam...
Saje nak berkongsi pendapat dan wahana fikiran mengenai dua isu terbesar sekarang di Malaysia sekarang...

1. Kaukus Integriti Kehakiman
Ditubuhkan sempena krisis kehakiman 1988 dan pembayaran ex-gratia oleh kerajaan kepada bekas2 hakim oleh pakatan rakyat dan dihadiri oleh sorang menteri BN iaitu Datuk Nazri Aziz iaitu menteri undang-undang yang baru di dewan rakyat baru2 ini...

putera annur- kenapakah Kaukus ditubuhkan dalam masa dan keadaan sebegini? Adakah ia merupakan peluang terbaik kepada PR untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk lebih menjaga hakim2 walaupun sudah diberi hampir 10 juta sebagai ganti rugi? Atau masa sesuai dato nazri menjadi penyelamat kepada kerajaan daripada isu krisis kehakiman 1988 walaupun yang 'membuat tahi adalah orang lain'?...komen

2. Majlis Media Malaysia
Mungkin masyarakat kebanyakan tidak atau kurang terdengar mahupun membaca berkenaan saranan terbaru daripada Pak Syed Hamid Albar...Aku baru tonton Astro Awani dalam program analisis Awani dikelola oleh geng2 Shuhaimi Sulaiman.Memang best walaupun sekejap sebabnya pelbagai persoalan dijawab dengan selmba oleh Pak Hamid rasanya x salah fakta rasanya...he...Antara kata2nya;
"Di zaman keterbukaan dan ketelusan, akta dan undang-undang kebebasan media memang diperlukan rakyat walaupun terdapat gelombang rakyat,gelombang rakyat ini hanya sedikit sahaja yang mendesak tetapi kebanyakan daripada rakyat sebenarnya mahukan supaya akta dan undang2 ini ada dan memainkan peranan bagi menjaga dan mengawal kebebasan media. Misalnya berita dan isu yang menyerang seseorang pemimpin. Ikutkan terdapat akta atau undang2 namun ia lebih bersifat seperti ROTAN, kerana sifat rotan adalah menghambat..."

putera annur- persoalannya adakah rotan itu diguna pakai pada situasi dan tempat yang betul? Sedangkan guru yang salah guna rotan pun di 'rotan' semula oleh Kementeria Pelajaran Negeri atau Malaysia, ini pulak soal hak kebebasan. Komen lagi!

p/s- gud luck to all UDM debater. semoga mendapat kepulangan hasil lumayan daripada UIAM kelak.Kirim salam Daud n Shatir k!

Selamat Pulang Ber...Bercuti & Berhari Raya Haji!

Today...aku dah ada kat melaka.Maknanya aku dah mula cuti (walaupun hanya setakat seminggu).Buat pengetahuan semua aku dah berjaya menghabiskan segala penat merih keringat untuk menjawab soalan exam selama seminggu. Pelbagai cer... yang mencuitkan. Apa dia?Mari kita semak same2...
1. Se paper dah jawab sebelum exam sebab pensyarah kesayangan pegi haji, Dr. Norizan (moga mendapat haji mabrur)...
2. Aku hampir2 termiss paper akhir,ingatkan masa exam petang tapi rupenya pagi. Syukur Allah telah mengungatkan aku...(jangan tertiru)
3. Aku ada nazar utk exam ini...if i get DL (dean list), i will sponsor eating to all my coursemate sem 5 only...so same2la kita berdoa kejayaan bersama.
4. Aku akan resign daripada Sekretariat Rakan Muda dan kekal dalam kelab astronomi buat sepenggal lagi..pemintaan en lan dan rakan2
5. Nex sem aku akan tubuhkan d one new kelab baru...jeng3...apa tu? So aku ada kolokium *** di UUM 21-24.11.2008
6. Aku jadi pak cik untuk anak abang ngah n kak ngah aku...cograte! (gambar akan menyusul kemudian)
7. Maaf buat rakan2 orator udm,aku mungkin x dapat bersama utk bergiat aktif seperti dahulu sebab aku mungkin giat dalam hal ehwal pengurusan kelab dan persatuan dan juga praktikal n also thesis sem akhir kelak. Insya Allah aku akan aktifkan diriku (macam iklan hotlink) untuk debat inter-university.
8. Adakah masa dan keadaan aku tetap sama seperti sem lepas?Adakah aku akan dapat DL untuk sem ini?Adakah aku akan dapat cinta yang kudambakan selama ini?Semuanya akan terjawab...tunggu......

06 November 2008

Tahniah Obama....Dunia Menantikan Perubahan Besar mu...

Special edition...

Barack Obama adalah presiden amerika syarikat yang ke-44... Menang dengan undi 349 (obama) berbalas 162 (mc cain)... Berusia agak muda 42 tahun... Dapat pencalonan daripada undi sebahagian kulit putih, hampir semua kulit hitam, dan paling penting undi atas pagar... "...merupakan presiden yang menjalankan kempen pilihan raya dengan penuh progresif..." Brown (Britain) "...bersama0sama menjalinkan hubungan ke tahap yg lebih tinggi..." Perdana Menteri China Petikan ucapan sulung beliau, "....Obama introduced the world to a woman who "was born just a generation past slavery; a time when there were no cars on the road or planes in the sky; when someone like her couldn't vote for two reasons — because she was a woman and because of the color of her skin." Apapun beliau bakal menggalas tugas berat selepas "bangkai2 busuk" yg ditinggalkan Bush selama 2 penggal pemerintahan dia utk mengembalnyakinan global kepada AS terutamanya. Frasa yang paling aku tak dapat nak lupakan dalam komentar di surat khabar tempatan ialah "...kadang-kadang kita menonton di filem atau wayang gambar mengenai calon presiden AS yg berkulit hitam namun kali ini ia adalah realiti!".