21 Jun 2008

Salam Bervisi Aku Kembali Ke Universiti




Cerita 1: Sepi-Filem yg aku nak tonton...he3


Sudah lama x menjejakkan kaki ke wayang. Sejak belajar kat UDM langsung x pergi wayang...(bersih2...). Tapi lepas tengok priview Filem Sepi yg mengisahkan org2 yg berada dalam kesepian dan mengharapkan peluang ke dua dalam hidup...dgn mainan emosi dan latar belakang filem yg benar mengambarkan Filem Kita Wayang Kita...cukup mempersonakan! X sabar nak beli cd dia coz kat T-Ganu x ada wayang...safe my own money...heh3


p/s: aku bukan jiwang yer!




Cerita 2: Bengkel Pengucapan Awam & Protokol


2 in 1...bukan MILO...hu3...Tapi program2 tergempar menanti aku setibanya aku sampai UDM pg sok...So wait n see apa contain dia....Best or menghabiskan duit saje.Aku x minat sgt Obama tetapi cara dia berucap ketika presidential campaign utk pilih wakil parti demokrat lepas.


p/s: aku nak wujudkan persekitaran sihat debat dan pidato di UDM

18 Jun 2008

"Cerita panas hari ini" - Berita Harian


Peraduan 100 hari 100 kereta CELCOM adalah HARAM - Majlis Fatwa

Kepada sesiapa yang dah masuk dan akan masuk fikir2lah yer,peraduan 100 hari 100 kereta oleh CELCOM adalah haram. Ia telah disahkan oleh Ketua penilaian iaitu Mufti Pulau Pinang sambil diperakui oleh CEO Celcom sendiri. So, jgn cari pasal nak pandai2 masuk yer...Lu pikirlah sendiri!

p/s: mencari yang halal adalah ibadah bagi setiap umat ISLAM...

DSAI VS KJ

Adakah Anwar Ibrahim dapat menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September ini?

Hu3...Panas2..dahla ada pilihan raya kecil di DUN Sanglang selepas patisyen oleh mahkamah mengarahkan supaya kerusi DUN tersebut dikosongkan bagi diadakan pilihan raya kecil selepas 3 bulan pilihan raya umum ke-12. Namun,berita panas dalam akhbar ialah cabaran KJ a.k.a Khairy Jamaluddin (kini nak bertanding kerusi tertinggi UMNO) kepada penasihat PKR iaitu Anwar Ibrahim...Dari segi riak wajah dan gaya macam yakin dengan cabaran tersebut dengan mengharapkan jawapan segera daripada Anwar yang mahukan 30 orang ahli parlimen BN lompat parti ke Pakatan Rakyat. Bagi saya mana2 yang perintah mereka perlu utamakan kepentingan rakyat yg sy gelar 3K : Kebajikan, keselamatan dan keselesaan.

p/s : x sokong mana2 pihak...

17 Jun 2008

Apa nak jadi dengan UDM?



Salam dan selamat kembali ke UDM & IPT masing2...
Rasenya aku x mau nak komen panjang pasal isu ini tapi benda ini semakin parah...(kalau lama2 boleh bikin 'hot' sama student) Sepanjang aku berada di UDM terdapat banyak masalah yang sewajarnya tidak berlaku kepada sebuah IPT yang baru dan dinaik taraf.... Kenapa aku bercakap sebegitu? Suka ati akula, ni blog aku yg punya...he3.. Aku harap apa yg aku tulis dan sapa2 yg baca harap berfikir, merenung dan cuba mengambil langkah proaktif dengan mengubah tindakan yg selama ini dipandang serong oleh mahasiswa UDM yg baru dan yg bakal bergelar mahasiswa UDM tidak lama lagi. Di sini aku nak tulis puisi yang mengambarkan kedukaan dan kesepian aku sepanjang berada di universiti darul iman malaysia (udm) iaitu 4 semester...Bacalah dengan hati yg terbuka.

Bismillahirrahmanirrahim.


Perasaan sedih mengenangkan keadaan dan insfrakstruktur UDM yg agak ketinggalan sudah lama kulupakan....
Dulu aku berbangga kerna ada tiga kampus tapi kini semacam angin bertiup kata dua sahaja....
Namanya baik kerana ada darul iman namun sikap kakitangan semacam tak beriman (tak semua...)
Pelajar datang mengadu masalah namun diherdik dan disuruh 'blah'....
Keadaan semakin rumit bila semua staf macam x nak berubah...
Walaupun gred gaji alangkah dinaik taraf semacam IPTnya juga...

Trent bodek sana,bodek sini x sudah2...

Kuingat staf sahaja rupa2 ada juga pelajar...

Rosak2 tapi itu yang x mahu nak ubah...

KUSZA kata pergi UDM kata mari...

Tapi kod pakaian tak mai2...

Memang aku mahukan perubahan tapi bukan sahaja pelajar...

Tetapi yg lebih besar adalah pemikiran segelintir besar staf dan kakitangan atasan...

KUSZA sudah berakhir...
Hanya tempat jadi kenangan...

Mari bangun dan berfikir secara Universiti...

Dulu memang aku x mengerti kerna aku masuk bukan IPT yg dah lama jadi....
Diambil negeri bila menang pilihan raya,konon mahu tunai itu dan ini...

Aku seakan-akan dari Kolej ke Kolej...

Jika difikir KMJ tempat sebelum aku kini lebih mengajar aku berdikari...

Aku kini adalah MPP...

Bukan mimpi tapi realiti...
Rasa amat pahit bila menang tanpa bertanding...
Dipandang seakan macam dinding...

Tapi itu memang hakikat bagi sebuah IPT yg nak berubah tapi masih merangkak2...

Lihat sahaja bahagian akademik, makluman peperiksaan pun x tampal dekat papan kenyataan berhampiran pelajar....
Ale2 pelajar dah kena saman...

Sudahlah tidak ada pengumuman awal2 kena bayar rm5 jika lewat, Yg mereka tau sudah jalankan tugas dan tak ada kat office (macam chipsmore)...
Habis pelajar yg x mampu dan terbeban dgn PTPTN kena saman...

Mujurlah ada diskaun,mungkin takut kena pecat...

Sudahlah kafeteria sume bermasaalah...

Ada yg kotor,harga mahal dan x mesra pelajar...

Ingat hutang sama ini negeri kaa?
Aduhai UDM yg ku dambakan...
Usahlah kau terikut2 rentak sistem KUSZA yg lama...
Penuh dgn Korupsi,Nipotisme dan Kroni...

Bukan aku membenci KUSZA yg lama tetapi aku benci sikap lama yg terbawa-bawaan...

Bukan hanya aku sahaja berkata tetapi mereka2 yg masuk ke UDM dgn pnh harapan...

Ingatlah wahai UDM yang masih mentah...

Janganlah disimpan staf2 dan kakitangan yang mengeksploitasikan kamu buat keuntungan kroni...
Sampai pelajar akan nampak kekurangan kamu dimana sahaja...

Aku amat simpati dan terus simpati sehingga kini...

Moga doaku untuk melihat sebuah perubahan drastik dari peringkat atasan sehingga bawahan menampakkan kesan...

Untuk UDM,Ilmu Demi Faedah Insan....

Sekian...

oleh: putera annur

p/s: makluman tentang keputusan peperiksaan x sama dengan portal...sistem pun boleh silap ingatkan manusia saja...

16 Jun 2008

Cerita2 @ Putrajaya

Episod 1:
Cerita ini bukan khayalan tetapi realiti. Aku mahu kongsi coretan ini bersama kamu semua agar mendapat faedah daripadanya.
Aku: Kamu umur berapa?
si A: 23 tahun...kamu muda setahun daripada si B...
Aku: Ya, (sambil mengangguk. Rupa2 dia tau aku muda daripada kawan aku)....Kamu kerja mana?
si A: di KBS (jawabnya simple)
Aku: Wah3x hebat kamu ya....macam mana kamu boleh dapat bekerja di situ?
si A: Aku berminat dan aku mempunyai potensi di situ.Aku pun terlibat dalam MPP seperti kamu dan aku juga pernah masuk debat sewaktu di UiTM Machang.
Aku:(Hebat jugak dia...) KIta ada persamaan la...Aku MPP juga dan Masuk debat cuma sekarang aku sejuk2 kuku aja...(sambil diiringi gelak tawa)
Si A:Kamu pernah masuk debat ASTAR?
Aku: Ya....(x tau nak kata apa)
si A: Aku yang wakili debat uitm sampai masuk akhir..
Aku : (Kagum)...kamu belajar lagi atau dah yumpu pada kerjaya?
si A: Ya,aku kerja dan belajar tapai jarak jauh. Aku ambil pembangunan belia di UPM dan Pengurusan di uitm.
Aku: Mesti kamu sibuk kan?
si A: Tidak,janji kamu dapat membahagikan masa.Aku sudah dilatih sedemikian.
Aku: Baguslah begitu.Aku mahu mengambil contoh daripada kamu.
si A: Sama2...Aku harap kamu bolehlah menjadi seperti saya nanti.
Aku: Baiklah...
(Perbualan terpaksa ditangguhkan kerana kawan baru aku mahu kembali menyambung kerja di sebelah petang.Kadang2 aku terfikir kenapa masih ramai graduan tidak mendapat kerja?erm...sama2lah berfikir.Mereka yang masih belajar pun boleh dapat kerja.Buat pengetahuan semua kawan baru aku ni seorang yang mampu memberikan taklimat dihadapan audiens yang jauh lebih tua dan berpengalaman.Beliau juga merupakan salah seorang Group Think Thank kepada KBS.Tahniah!!!)

p/s: terima kasih nasihat dan panduan dalam kepimpinannya...

Episod 2
(Kisah ini berlaku sewaktu di Apartment Cyberia,MMU.Rumah kawan aku sewaktu sekolah menengah. Petikan antara aku dan housemate kawan aku)
Aku: Sape nama?
B: Razaf ( bukan nama sebenar)
Aku: Ambil kos apa?
B: Management
Aku: Wah,bagus.
B: Kamu?
Aku: sosial sciences in athropology
B: ooo...aku dengar kamu mpp juga?
Aku: Ya,ala biasa2 ajer...Kamu MPP juga ya?Jawatan?
B: Sports...
Aku: Okla...aku nak borang dgn uzair (bukan nama sebenar)
C: Amacam borak dgn kawan aku tadi?Dia SRC sama dengan ko
Aku: Dah tau...dia kerja macam kau tak?
C: A'ah,tapi x sama dengan aku(kawan aku kerja di MSC,buat grafik tapi nak buat part time coz study)
Aku: Oh...mst best kerja macam kau jer erk..
C: Bolehlah...tapi yang menarik tu dia dapat offer kerja di Zurich Insurance iaitu syarikat insurans terbesar di Malaysia, kedua takaful....
Aku: Wah2...belum habis belajar tapi dah dapat...
C: Ya, dia antar resume pada compony tu...guna result yg latest dan pengalaman SRC...
Aku: Aku sekali lagi kagum dengan cerita itu
(Razif a.k.a housemate kawan aku adalah bakal employee atau pekerja paling muda di Syarikat Zurich Insurance)

p/s: aku nak keje sambil belaja pas ni...

Episod 3
Aku: Wei,jom balik melaka.Ko sibuk aja keje...
Kawan aku: Oklah.Tapi aku ada cerita...
aku: Cerita dalam cerita....Oklah aku dengar
kawan aku: pensyarah aku ada kata....seorang yang ingin bergelar manager atau berfikiran kreatif hendaklah membezakan situasi dengan kritis
aku:macam mana tu?
kawan aku: begini, jika ko ada tanah yang kerajaan nak beli dengan harga RM3 Juta...ko nak jual x?Ya tau Tidak?(Mari kita fikir bersama2 nak jual atau tidak?...)>>>Jawapan pada episod akan datang...he2

p/s: aku tau jawapan dan cara yang terbaik...

Apakah itu Agenda Ketuanan Mahasiswa?

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur atas pemberian dan kurnian daripada Allah yang menganugerahkan keputusan peperiksaan untuk semester 4 saya yang baik walaupun berhajat nak DL masih belum tercapai tetapi usaha, tekad dan tawakal adalah senjata utama bagi seorang pelajar yang inginkan kejayaan hasil daripada menuntut ilmu secara bersih dan halal. Baiklah berbalik kepada soal isu yang dikupas di atas, topik ini sedang hangat diperkatakan oleh saya dan rakan2 di friendster setakat ini dan siharapkan komentar yang berguna dalam memperbaiki mutu kemahasiswaan di universiti juga matlah dituntut. Usaha2 dalam mengembalikan semangat mahasiswa yang aktif bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam bidang pengucapan awam amatlah diharapkan agar mahasiswa bukanlah sekadar menjadi seorang yang hanya mampu menjadi ahli atau ajk pada sesebuah kelab atau persatuan tetapi mampu membina kekuatan memimpin dan menjadi penyumbang idea yang relevan dan rasional kepada pembangunan universiti. Tidakkah kita semua terfikir dimana letaknya kualiti seseorang mahasiswa?Mujurlah tindakan kerajaan memperkenalkan soft skill di kalangan mahasiswa mula menampakkan mata namun sering dipandang enteng terhadap kandungan dan kepentingan di masa depan. Terdapat beberapa perkara bagi mengembalikan semangat dan fungsi mahasiswa di universiti.
1. Mahasiswa harus sedar bahawa politik kampus bukanlah sekadar melaung2 dan berkempen tetapi harus bijak bagaimana hendak mempromosikan diri dalam menggerakkan segala apa yang dirangcang demi kebaikan mahasiswa dan universiti tanpa pengaruh pihak atasan.
2. Penglibatan mahasiswa dalam program2 pengucapan awam dan debat wajarlah dipertingkatkan jumlahnya,bukanlah menidakkan penglibatan dalam seni tetapi apabila seseorang lepasan universiti hendaklah sekurang2nya pandai menguasai atau pandai berkomunikasi dengan compony,client, atau masyarakat sekeliling.
3. Persatuan pelajar terutamanya MPP wajarlah menjadi persatuan kebajikan bagi menjadi suara mahasiswa yang bebas daripada kongkongan pihak tertentu yang sering diperguna2kan sesuka hati.
4. Meletakkan diri sebagai seorang yang fleksibiliti dalam apa jua perkara dalam menyokong atau membangkang apa jua perkara yang dibangkitkan dalam dasar universiti agar menjadi seperti 'policy maker' atau group think thank kepada universiti.
5. Pihak universiti haruslah berfikiran terbuka terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan mahasiswa dalam hal2 yng membabitkan kebajikan mutlak dan berkompromi dengan mahasiswa dalam masalah tersebut.
6. Galakkan penyertaan mahasiswa dalam kelab dan persatuan yang mampu mengangkat kefungsian diri sebagai mahasiswa seperti keusahawanan, debat dan pidato, bahasa dan intelektual serta sukan dan riadah.
7. Menyokong nasib mahasiswa yang sentiasa memajukan diri tanpa mengharapkan apa2 kabel dan kroni pihak atasan.

sesungguhnya agenda ini bukanlah bertunjangkan politik hanya kerana ia mementingkan mahasiswa daripada pihak atasan. Jika seseorang yang matang dan berumur 20 tahun ke atas ia mampu membezakan yang mana hak dan batin dan bukan hanya menguntungkan diri semata-mata.Kita seharusnya tidak menyokong atau simpati dengan mana-mana pihak atau parti, inilah agenda bersama mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

11 Jun 2008

sOk PegI PutRaJaya...

Sajer x tau nak taip aper...tapi sok aku nak pegi PUTRAJAYA ada Program Transformasi KPT di PICC (Putrajaya International Convension Centre)

10 Jun 2008

Salam...cepatnya berjalannyer cuti...

Salam...maklumat dan pendedahan ini aku dapat daripada akak aku...memang aku mintak tapi bukan entry macam ni tapi harap korg terhibur!

G u l a & B a h a y a nya…….

Kita bertemu lagi kali ini. Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA.
Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap.
Bagi saya GULA seperti racun!

Sedikit persoalan tentang gula.
============ =====
Gula dan Bahayanya
============ =====
Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.
Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?


1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?


Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?


1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?


Ini dikira rekod dunia!
Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya
masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati…...

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula!
Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".

Selamat maju jaya!



09 Jun 2008

Resolusi biar jadi solusi selepas ini...

Salam..bertemu kembali. Di sini aku nak kemukakan hasil daripada Mensyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di salah sebuah hotel di Putrajaya yang mana telah berjaya menyampaikan hasil resolusi kepada TPM...antaranya:

6 Resolusi MPP IPTA sesi 07/08 kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

1) Isu 1 : Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)

a) Maklumat tidak jelas mengenai isu riba samada 3% kadar faedah yg telah dikenakan
kpd pelajar, riba atau tidak dari perspektif islam.
b) Kadar pinjaman tidak selari dgn kenaikan harga barang.
c) Mahasiswa di Sabah & Sarawak mengalami kesukaran utk mengurus PTPTN.

2) Isu 2 : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)

a) Kajian dan pindaan terhadap seksyen 15(A), 15(B), 15(C), 15 (D), 16B (1), 16B (2), 16B(3), 16C dan 51(1) kerana dikatakan memberi impak terhadap potensi mahasiswa.

3) Isu 3 : Gerakan Mahasiswa Membantu Mangsa Gempa Bumi Sichuan, China & Taufan Nargis

a) MPP IPTA mengambil inisiatif untuk mengutip derma secara besar-besaran di seluruh IPTA secara serentak semasa sesi orientasi kemasukan pelajar baru.

4) Isu 4 : Kebajikan Mahasiswa - Krisis Global Kenaikan Harga Barang Yg Menyebabkan Kos Sara Diri Mahasiswa Meningkat.

a) Memohon pihak kerajaan agar mewujudkan "Zon Harga Rendah" dlm kwsn Kampus.

5) Isu 5 : Akses Teknologi Maklumat

6) Isu 6 : Sensitiviti Agama

a) MPP akan menyampaikan pendirian terhadap isu penghinaan Al-Quran kpd kedutaan
Amerika Syarikat (AS) di Malaysia.

05 Jun 2008

Selamat Bertemu Lagi...Kejapnya Cuti



Gambar Hiasan

Minyak Naik Lagi...Barang 'Confirm' Naik...

Semalam aku pergi petrol pam a.k.a stesen minyak...fuh, keadaan macam orang nak pergi tengok bola atau dengar ceramah pembangkang...tetapi itu bukan hal sebenar tetapi yang memeranjatkan adalah keadaan kereta yang berderet-deret macam yang koorang selalu sebut 'jem' tapi aku x galakkan koorang sebut jem strawberi coz panjang dia adalah 2km kereta beratur....sebabnya mudah bcoz minyak berkuatkuasa naik hari ini RM 2.70 seliter bagi petrol (naik 70sen dan diesel naik RM1)...(fuh! tinggi tu).Namun apa yang memeranjatkan adalah tiada khabar angin atau ura-ura melainkan hanya ada berita bahawa minyak x boleh dijual kepada warga asing atau lebih tepat orang asing x boleh beli minyak di stesen minyak di sempadan kerana minyak kita ada subsidi dan murah tapi ada beberapa perkara yang amat pelik dan janggal. Pertama, x ada makluman seminggu sebelum kenaikan harga....bukan 1 atau 2 sen tapi berposen-sen. Kedua, perbandingan yang dilakukan oleh kerajaan dengan minyak Singapura x wajar bcoz kita perlu lihat pada nilai matawang mereka yang lebih tinggi daripada kita, memangla koorang tengok murah bcoz harga di sana di 'convert' kepada rm, tu yang nampak tinggi (amacam tertipu ka...?).Ketiga, apabila minyak tidak dijual kepada warga asing sepatutnya harga minyak boleh turun atau stabil atau sama, tapi lain cerita semakin naik,pelik2....Keempat, kerajaan tidak menerangkan apakah 'harga apung' itu kepada golongan sasar, jikalau nak bagi kepada mereka subsidi perkara pokok yang mesti diambil perhatian serius adalah menerangkan sebab2 kenaikan harga bahan api secara mengejut. Kelima, adakah jaminan daripada kerajaan agar barang tidak naik secara mendadak???. Keenam dan terakhir, bagaimana mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan dalam pembahagian subsidi kelak yang boleh mensejahterakan rakyat agar dapat menangkis tsunami rakyat kali ke-2....Fikir-fikirlah.