26 Disember 2008

10 orang student paling berpengaruh di UDM (putera annur's choice)




Salam Kembali Ke UDM. Di sini aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijri dan masehi. So, aku ingin nyatakan 10 orang student paling berpengaruh kat UDM sepanjang 2008~pilihan putera annur;

1. sabir (ex-ydp mpp) 
2. burhan sidqi (law student n debater udm) 
3. shaiham (ydp pmfki) 
4. asmawi (dak antropologi dan dakwah) 
5. shafik taufik (leader pengakap udm/akaun) 
6. izzudin rosli (debater udm) 
7. isa (ex-su mpp/3p) 
8. hafiz jawa (su n mc udm) 
9. shahril (ydp law) 
10 blaxchix (sains komp)/ marlina mahmud (ex-su mpp)
...aku?koorang letaklah di mana2..  

Bagi aku perjuangan dalam memberikan sumbangan kepada UDM adalah tanggungjawab semua mahasiswa tanpa perlu ada sekatan.Bak kata YB Dato' Khaleed Nordin,pindaan AUKU yang dicanangkan di parlimen pada beberapa minggu yang lepas bertujuan memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk lebih berkarya dan berirnovasi. Salam Mahasiswa di Alaf Baru 1430H/ 2009

putera annur- Ya Allah jauhkan aku dari 3 godaan ...Ta, harTA, takhTA & waniTA...
~sekadar berkongsi :)

23 Disember 2008

Salam Syukur Pada Yang Esa...(akhirnya Hajatku Termakbul)

Salam..entry terkini.Alhamdulillah,result ku kali ini adalah kurniaan dr Allah atas usaha ku selama 1 semester.Keputusannya aku x blh terperincikan di sini cukuplah sekadar aku memberitahu yg aku dapat DL selepas 4 semester lepas hampir tercapai.Syukur.

21 Disember 2008

Salam~Esok Result Keluar...Bersediakah Anda?


Salam Kepada Bloggers
Hari ini saya nak kupas satu isu yang melanda dalam dunia blog.Sedar atau tidak bahawa hampir setiap blog ada shoutbox masing2 termasuklah saya.Sebenarnya perkara yang saya nak tekankan di sini ialah aspek 'keberanian' pengunjung yang meninggalkan komen pada box tu.Kadang kala ada yang 'penakut' wal 'bacul' wal 'cik ti' (nie panggilan mak aku pada tikus yer) yang tidak berani meninggalkan nama sebenar atau nickname mereka.Macam inilah contohnya,saya punya nickname blogger as putera annur.Agak glamer sikit kalau orang2 yang ada blog rajin masuk blog aku macam HaziQah,Ainul Qalb,Ratu Syahadah,Laman Shaiham dan lain2~mereka kenal sangat siapa putera annur dan mereka2 yang kurang sebulu dengan aku pun kenal siapa putera annur.Aku rasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini adalah disebabkan budaya fitnah politik semakin meresapi dalam dunia blogger.Dulu masa debat ada tajuk 'Media lebih baik drp Blogging' tapi hari ini apa yang saya lihat dari segi ketelusan dalam berbicara tanpa ada sekatan adalah blogging namun perlu diingatkan kebenaran dan keberanian berhujah dengan identiti sebenar lebih kepada media lagi.Saya bagi contoh lagi,baru2 ni saya saja2 melawat laman blog MPP.Pertama,lambat update~Kedua,ada orang yang bukan MPP tapi menjawab semacam nada MPP (I know who...)~Ketiga,kat shoutbox banyak sangat komen2 negatif pada UDM~Keempat,ramai pengunjung tapi tak berani letak nama sebenar.

Baikklah. Aku nak komen aspek ketiga dan keempat.Koorang setuju atau tidak itu masalah koorg.Pasal komen negatif pada UDM dan ramai pengunjung yang x berani letak nama sebenar memang aku paling menyampah.Pada mereka yang mengadukan masalah itu saya merasakan eloklah kita bersama-sama memikirkan perkara yang mampu mencelikkan mata pihak atasan.Anda yang meninggalkan komen tanpa menulis nama sebenar atau nickname yg dikenali ramai umpama surat layang.Thats y aku nak cadangkan koorang buat surat hantar pada pihak pengurusan tertinggi UDM.Lebih efiksen daripada koorg luahkan kat situ yang bukan dijawab oleh MPP tapi gedebe2 yang masih bernada MPP but its not me k!MPP sekarang penat menguruskan SUA so give time 4 them.Anyway,aku cuma x berapa suka dengan makhluk2 yang cakap dgn nada membela UDM ke membela mahasiswa ke plzzz...sila guna nama sebenar dan nickname yg dikenali agar mudah benda tu jadi saksi dan realiti.Lupa plak,aku nak cadangkan juga MPP baru agar x layan komen kat shoutbox sesiapa yang tak guna nama sebenar kalau boleh kad matriks sekali bubuh,jgn layan yang GUEST, GUEST2 la...cit poodaaahhhh!

Kesempatan ini aku ingin ucapkan selamat memperolehit keputusan yang cemerlang wal mumtaz...dalam peperiksaan sem1 sesi 2008/09 kepada semua rakan2 blogger termat sekali buat rakan2 SMSSAD Sem5 yer...Amin :)

18 Disember 2008

Berita Hari-Hari.Net

18 Disember 2008, Melaka- Hari ini ada beberapa perkara yang mengujakan berlaku dalam hidup aku. Antaranya,coursemate aku akak ainul telah selamat melahirkan baby boy dan aku telah berjaya mencipta logo baru Persatuan Mahasiswa Antropologi dan dakwah a.k.a Antro.Dakwah. Tidak lupa dengan gosip result peperiksaan keluar hari ini dan aku telah berjaya mendapatkan tempat untuk praktikal kelak. (seterusnya di bawah ini)


Baby Kak Ainul yg bernama Ahmad Zayyad Thaqif, ada sikit mcm nama aku zayyad = aizat.ngeh2:)

Logo Baru Antro.Dakwah...penuh dgn vision dan mision baru untuk melonjakkan semula imej kos ini yg dahulu nye penuh melonjak ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! :) Berprinsipkan 3R bkn seperti di TV (itu perempuan pny) tapi dgn maksud yg mendlam dan menjurus ke arah asas persatuan ini.lain2 maksud akan di terangkan pada majlis transformasi persatuan antro.dakwah kelak.

Tarikh exam nak kuar mana betul? hari ini (18/12) or ahad ni (21/12) ? Tunggu dan lihat...

Alhamdulillah, aku dah dapat satu tempat praktikal utk semester depan cuma aku perlu ikhtiar satu, dua tempat lain. kalau ada rezeki lebih blh bg pd rakan2 yg masih buntu nak mencari ye.. Tempat praktikal yang Insya Allah aku praktikal di Melaka dan x jauh dr keluarga itu yg plg penting> Majlis Agama Islam Melaka Bahagian Saudara Baru (rasalah...)

*Kesempatan ini sy memohon ampun andai ada tersalah dan tersinggung bahasa dalam blog ini. Sy doakan anda sekalian mendapat result cemerlang dan begitu dengan diri sy hendaknya. Amin

16 Disember 2008

Bush dan Kasut Size 10

Salam Pembaca Blog...
Apa yg koorg akan teringat dgn tajuk entry mcm ni?
1. Macam cerita dongeng - 100 hits
2. Agak2 Bush nk beli kasut kot - 90.2 hits
3. Kasut jenama Bush kot...Belilah barangan Malaysia..ops terover plak! - 77.8 hits
4. Erm...kaki Bush sama dgn size kasut tu. Aku nmpk dia beli kat BATA Hang Tuah mall - 50 hits
5. Ntahla Labu & Labi oii...Ujar pendekar Mustar - 0.03 hits

* Agak2 apa pilihan jawapan koorg? (Jawapan disediakan di bawah ni jer...)

Jawpannyer:
Berita yg hangat kat Berita Utama, Astro Awani (Gerbang Dunia Anda), 7 Edition, Berita Harian, Utusan Online, harakahdaily, nanyang siang malam pau kari..yum3..ngeh3...Sebenarnya seorg journalist Iraq yg merupakan seorg wartawan telah membaling sepasang kasutnya (kira dua2 belahlah) yg hampir terkena muke Buash.Kebetulan kasutnya size 10 dan berwarna hitam kilat...(perlu ke?) Kejadian itu berlaku semasa Bush sedang menghadiri sidang keamanan di Iraq dalam satu bentuk sidang akhbar la lbh kurang di mana wartaman Iraq itu dgn perasaan geram kat papa Bush tu terus membaling kasut yg tak mengenai sasaran muke Bush sambil melaungkan kata2 (...ini adalah hadiah senyuman, a****g!) Sebaik saje kejadian itu berlaku pemuda tersebut telah dianggap wira oleh serombolan penduduk Iraq. Kejadian membaling kasut itu melambangkan kemarahan rakyat Iraq di atas penjajahan dan pencerobohan tersebut.

p/a: Aduh, x kena. Boleh berlatih lg dgn pelontar peluru sukan olimpik. Practice make perfect! betul kata org tua jgn ckp tll celupar nnt silap2 mkn kasut plak! ngeh3

15 Disember 2008

Tarikh2 Keramat Dalam Hidup Aku! (Hanya kebetulan...)

Salam semua sahabat...
Minggu yg menyempitkan aku. Kenapa? Aku kesakitan tulang belakang...(masuk entry ni ditulis dah seminggu...) Macam2 ikhtiar dah buat mcm mkn penadol pe ntah, minta adik aku pijak belakang la..., guna kerusi urut OGAWA...dan bila semua ikhtiar dah dibuat maka doala penghujungnya...Ya Allah Kau perbetulkan semuala otot dan tulang yg terseliuh di belakang badan ku dan Kau pulihkannya seperti biasa...Amin (^_^)

Baiklah entry kali ni aku nk nyatakan beberapa tarikh penting buat masa ni bagi aku bermula pd penghujung bulan 12 2008 hingga bermulanya tanggal 2009...

1. 20 Disember 2008 - Mawi & Ekin Kahwin - Abg Lang aku pny befday...
2. 21 Disember 2008 - * Dijangka result peperiksaan Julai 2007/08 keluar...(ura2...)
3. 18 Januari 2009 - My birthday....ngeh3 (agak2 brape umur aku time tu? sape blh jwb ak blanje ehem3...) * 7 hari selepas befday datuk siti nurhaliza...he3
4. 14 Februari 2009 - Que Haidar & Linda Jasmin AF kahwin - Sepupu aku (anas) befday...
5. 31 Mac 2009 - Abg Ngah aku pny befday plak...

>>> pemberitahuan tarikh penting akan menyusul selepas ini.... :)

09 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha....Koleksi Gambar di Pagi Raya!!!!

penulis di pagi raya aidiladha...
Klik di sini utk lain2 gambar...aizat@keluarga

07 Disember 2008

Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa & Penganugerahan Datuk Shah rukh Khan....



Salam pagi ahad!....esok raya haji...Peristiwa yg berlaku pada pukul 4.00 pagi semalam di kawasan Bukit Antarabangsa membabitkan beberapa buah banglo yg tertimbus sehinggakan meranapkan kemudahan di kawasan tersebut...persoalannya seperti kata pemerhati dan penyelidik alam sekitar Malaysia, Gurmit Singh...kita tidak perlu membuat projek2 lereng bukit yg berisiko...dan jgn terlalu nak sikit2 tubuh sekretariat khas tanah runtuh bcoz semua tu hangat2 tahi ayam...kalo tahi minyak xperla..(ni aku tambah..ngeh3). Justeru,apa yg Pak Lah sdr katekan,fikir dahulu sblm buat jgn sampai nasi mjd bubur sudahla...kejadian runtuhan di Bkt Antrbgsa ini merupakan peringatan kali ke-2...ke-2????maknenye,kejadihan runtuhan bangunan Highland Tower merupakan ingatan pertama yg sudah dilupakan oleh kerajaan, pemaju dan penduduk sdr.Jgn sampai buah berbuah dua kali sudahla.fakta drp berita utama tv3 semalam ulasan drp pensyarah UiTM bhw hampir keseluruhan tanah di Bkt Antarabangsa diklafikasikan x selamat jarak purata kira2 500meter dr tapak kejadian...jika x runtuh sekarang ia akan runtuh juga cume pokok2 yg ada disekeliling itu hanya melambatkan masa runtuhan susulan...Melambatkan masa beerti melambatkan ajal mereka yg berdegil.Fikir2kan.

Isu anugerah ari sabtu di Melaka.Bukan aku jeles ke apa,tp ni desas desus org melaka yg mengkritik pemberian anugerah datuk pada shah rukh khan...ala hero bollywood yg dahulu pernah popular dgn citer Kuchi2 Hota Hay...(main eja je..).Semalam masa aku nk g tgk autoshow kat mitc hbs sesak kenderaan kat bandar melaka ni semua angkara inspekter sahab!bkn2 aktor ni pny majlis yg berlangsung kat bandar hilir...nasihat aku mudah jika datuk shah rukh ni x beri kerjasama udah2lah bg anugerah pd artis tp bg pada mereka yg menyumbangkan jasa pd pembangunan intelektual dan materialistik di Melaka dan Malaysia.

p/a:alhamdulillah...abg akak ipar aku terselamat dlm tragedi Bkt Antarabangsa....
Best g tgk autoshow kat mitc...thanks uzair! nex time i'll join d racing club..ngeh3

05 Disember 2008

Takziah buat rakan baik ku khairul amar razali atas pemergian ayahandanya ke Ramahtullah (dato' razali ismail...)

Kenangan Terindah Pertandingan Pidato Piala Diraja Kebangsaan 2004



Dari kiri: Zul Jalal (wakil kedah), Aku (wakil melaka) & Amar (wakil terengganu)
wakil sarawak luper namela...sori :)

salam...aku menyeru rakan2 blogger yg melayari blog aku menyedekahkan Al-fatihah buat sahabat lama ku khairul amar razali (wakil pemidato terengganu pidato piala diraja 2004) di atas pemergian ayahandanya tercinta ke Ramahtullah berdasarkan sumber Bernama pada petang 28.november 2008...




Dari kiri: Sultan Mizan bertanya sesuatu pada balu Allahyarham...Bernama
Bersama mengaminkan doa untuk disedekahkan kepada Allahyarham...Bernama
Amar bersama Allahyarham ketika Mesyuarat parlimen bersidang kali-1....(ehsan www.amarazali.com)

Aku coretkan sedikit nukilan buat sahabatku Amar;
salam sahabat lama...terasa rindu dihati dapat ingat kembali...detik yg hilang kini menanti...walaupun saat ini dirimu sedang meratapi...namun sedekahkan al-fatihah buat insan yg disayangi...yg pergi tetap x kembali lagi...mengharapkan doa dan sedekah dari anak2 n isteri yg dulu di sisi...Allahyarham sering diingati....oleh generasi guru dan anak pertiwi...pendidikan di malaysia dulu dan kini...aku doakan dirimu dan keluarga semakin bermurah rezeki...kuatkan tekad dan bangunkan diri...utk kejayaan allahyarham dan keluarga sekali...semoga semangatmu teguh dan x luntur seperti ayahandamu sebelum ini....selamat berangkat pulang ke US nanti...walaupun perkenalan semula hanya sejenak ini...moga2 tuhan panjangkan usaha kita utk bersua di suatu masa nanti...di terengganu sebelum aku tamat belajar kelak nanti...wasslam

muhammad 'aizat bin anwar apandi
bekas wakil pemidato melaka piala diraja 2004

universiti darul iman malaysia
terengganu
3.46 am jumaat