26 November 2009

Selamat Hari Raya Edul Adha...Bersama menghayati erti pengorbanan :)

Kepada semua pemimpin mahasiswa UDM selamat menyambut hari raya edul adha 1430H teristimewa buat tersayang.Sekian

20 November 2009

Bagaimana menghasilkan kertas kerja yang baik...mungkin belum terbaik

salam
sepertimana yang pernah aku janjikan dahulu
rasa macam perlu kongsi sesuatu dengan raan2 sebelum aku keluar dari UDM
almaklumlah yang datang pasti pergi
yang pergi takkan kembali
baiklah semua boleh ambil pen dan kertas
(peringatan:ianya hanya tip yang biasa2 aku gunakan dalam menyiapkan kertas kerja program)
bagi yang inginkan kertas kerja yang mantap bolehlah bertanya pada mana2 MPP atau Unit Aktiviti Kelab dan Persatuan Pelajar HEPA UDM k...aku bagi yang sekadarnya :)
Perkara paling penting kita kena fikir dahulu apakah program yang kita nak buat itu sekadar program yang melepaskan batuk di tangga atau program yang diwarisi daripada kepimpinan sebelumnya?
kemudian anda hendaklah fikirkan lakaran gerak kerja yang bagaimana,perlukan ramai atau sedikit AJK bagi program anda...paling penting program tersebut perlukan banyak kerjasama luar atau sekadar sesama kita?
bagi program yang biasa kertas kerja kebiasaannya perlu ada-
tujuan
latar belakang
objektif
rasional
cara perlaksanaan: tarikh,tempat,masa,penglibatan,pengisian...
senarai ahli jawatankuasa (induk atau program)
implikasi kewangan
motto/misi/visi
lampiran 1,2,3-jawatankuasa induk&program, tentatif program, belanjawan
penutup

lampiran 1-jawatankuasa
lampiran 2-tentatif program
lampiran 3-belanjawan

inilah item2 yang aku rasa perlu ada pada sebuah kertas kerja dan yang selalu aku buat (orang kata kertas kerja aku buat semua lulus) paling penting kertas kerja kena kemas dan relevan dengan program yang nak buat.kalau semua aspek ada maka tak mustahil program boleh lulus walaupun bajet rm10,000 pun.

terdapat elemen nasib atau kelebihan pada sesebuah program yang dibuat mendapat full budget
misalnya program yang melibatkan semua mahasiswa,baru dan gempak serta melibatkan semua entiti di UDM (pihak pengurusan UDM dan mahasiswa UDM juga)

oleh itu,untuk permulaan ini aku rasa ini sudah cukup bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia kelab dan persatuan.kalau ada apa2 masalah boleh tinggalkan di ruang komen k.
Assalamualaikum

18 November 2009

Perkosaan Visual? Pernah tak dengar wahai kaum Hawa?

PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace)
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.
Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda
Lagi info menarik Tolong sebarkan informasi ini dengan fowardkan kepada semua kawan-kawan anda =)

Ihsan Zem Master

13 November 2009

Nur Kasih-karya drama seni Islam yang wajar ditonton...apa komen anda?

Nur Kasih...
selepas episod ke-22 baru aku terdetik nak tonton...
sarat dengan mesej dakwah melalui drama atau skrin...
penuh dengan latar masa dan suasana yang mengasyikkan...
aku jadi teruja dan kaget untuk menunggu setiap episod yang mendatang...
ibarat karya novel habiburrahman el-shirazy, ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih...
nur kasih sememangnya setaraf atau setanding dari segi sentuhan seni halus Islam...
daripada seorang pengarah berbakat, khabir bhatia dan isterinya...
sesungguhnya inilah drama atau filem bersulamkan Islam yang semakin tandus dalam masyarakat kita...
aku jadi tak tidur semalaman sebab nak flashback semua episod lepas2...
siapa aidil?siapa adam?siti aminah dan siti sarah....
aku mula menjadikannya sebagai satu bentuk dakwah melalui hiburan yang halus dan agak tersentuh...
semoga akan datang lebih ramai pengarah yang akan menghasilkan karya seni Islam terutama drama dan filem di Malaysia. Amin.

09 November 2009

Bercinta dengan orang yang lebih muda daripada usia anda?

salam...maaf entry mmg pendek...

apa pendapat anda bila bercinta dengan orang yang lebih muda usia drp anda?

sila berkongsi dengan sy...