Salam semua blogger.
Cer Best 1: Aku di alam peperiksaan.
Hari ini masuk hari ke-7 peperiksaan UDM berlangsung. Alhamdulillah aku dah melepasi 3 paper setakat ni. Antaranya, Gerakan Keagamaan (Prof Madya Dr Fadhli bin Adam), Kelompok dan Budaya Minoriti (En Wan Mohd Nasir bin Wan Abdullah) dan baru lagi habis Siasah Syariah (Dr Basri bin Ibrahim to become Prof Madya Insya Allah).
Cer Best 2: Aku di alam praktikal.
Mula daftar diri pada 5hb Mei 2009 (Selasa) di Pejabat Ibu Negeri Kebajikan Masyarakat dan Keluarga di MITC, Melaka. Aku dipraktikalkan selama dua bulan mula 5hb Mei hingga 3hb Julai 2009. So kenalah beristiqamah bangun awal kalau nak mulakan kehidupan selepas ini dalam kerjaya.He3...
Cer Best 3: Aku dan banner ucap selamat kolej kediaman
Dah gantung tapi ada masalah sikit lalu jatuh...maka di hantar ke kedai abg rizal.Hu3...
Sebenarnya KKC dan KKD ada merancang untuk menggantungkan banner yang mempunyai serampang tiga mata iaitu-KKC dan KKD mendoakan kejayaan anda dalam peperiksaan akhir semester dan memperolehi kejayaan kelak. "Jawapan yang tepat drp Usaha Yang hebat". Kedua, Selamat pulang bercuti dan jumpa lagi semester depan dan akhir sekali Salam perpisahan dan selamat maju jaya kepada warga KKC dan KKD semester akhir."jasamu dikenang".
Cer Best 4: Aku dan mpp.
Blog aku dilistkan dalam blog mpp. Maceh mpp.He3 :P
Mpp jual kotak ada logo lagi! Nice but simple....RM 3.50.... x kate ape2....nnt ada org mrh.
Tahniahlah MPP bcoz mula sedar khidmat anda banyak ditagih oleh mahasiswa dalam perkhidmatan domestik mahupun logistik bukan kosmetik shj...
Biar program kurang tapi perkhidmatan kena meningkat baru mahasiswa x rasa terjerat. Jangan asyik nk kerat JPKP jer kalo salah x pandai berkomunikasi dan berdebat...ini sume satu hikmah dan berkat....baru isu kebajikan mahasiswa x berkarat....bila MPP dan JPKP sama2 ambil berat....jangan asyik2 nak salahkan JPKP yang yang x ramai berkerat2...sebab kuasa kami hanya di KKC sahaja tempat bertempat...Ada MPP yang tegur n sindir KK konon macam hebat...tau sume pasal KK kalah dari aku konon x bape hebat...tapi sume silap dan melarat...kadang2 aku dah x larat....nk layan cakap2 budak2 MPP yg 'x matang' not all MPP sebab mind become korporat....sebab asyik fikir takat kaparat...dulu aku sebelum masuk MPP aku dari matrik tangkak...aku bekas jawatankuasa kolej al-farabi KMJ...bukan nak riak atau nk tunjuk hebat..tapi hakikatnya pengalaman membuktikan segala2nya.Nantikan nex sem aku akan masuk dalam setiap mesyuarat MPP.Wasalam.
Gud luck untuk semua dalam peperiksaan akhir semester dan putera annur mendoakan kejayaan anda. :)
25 April 2009
13 April 2009
Analisis Program Kolej Kediaman C sesi 09
Aku dan En Mad Taufan di TER...Saat berpisah dengan KASTRO
Aku dan Din...Saat berjaya menawan gunung bujang melaka, perak
Aku dan Mad Daus...Saat terakhir sebelum berpisah....hu3
Salam sumer....seperti di ceritakan sebelum ini saya akan membuat analisis tentang beberapa program KKC yang dah lepas untuk 'diaudit' oleh semua blogger terutama yang duduk di KKC.
1. Bengkel Permantapan Organiasi JPKP KKC
-dibuat khas untuk ahli organisasi JPKP KKC dengan matlamat dua serampang iaitu memperkasakan organisasi dengan langkah-langkah menangani stress dalam berpersatuan dan menyusun takwim program selama sepenggal.
2. Konsert Amal Kemanusiaan Untukmu Palestin - NSTP
-program kemanusiaan dengan berkonsepkan hiburan nasyid dan sajak bagi memenuhi aspirasi rakyat Palestin. Mendapat sambutan di luar jangkaan dengan dihadiri wakil FKI iaitu Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi. Wang kutipan derma diserahkan kepada wakil NSTP Cawangan terengganu.
3. Forum Bingkisan Maulidur Rasul
-forum Islamik yang sudah lama dirancang oleh saya dan syukur dapat diimplimentasikan melalui program di atas. Ahli panel oleh Ust Badli Shah dan Ust Dr Basri dengan moderator Fathullah al-Haq. Semua mahasiswa/i memenuhi perkarangan dataran.
4. Kempen Derma Darah KKC & HSNZ
-program bercorak khidmat komuniti HSNZ iaitu unit tabung darah. Menepati sasaran pihak HSNZ iaitu 168 beg darah dan melebihi sasaran awal. Selepas ini ada program kempen derma darah susulan.
5. XPDC Gunung Bujang Melaka, Perak
-XPDC yang mencabar dan memberikan ketenangan kepada peserta dari aspek fizikal dan mental sebelum menempuhi alam peperiksaan yang akan mendatang. Bukan senang menguruskan program yang paling ad-hock iaitu 4 hari sebelum program uruskan segala2 persiapan namun dapat ditempuhi dengan jayanya.
Program-program yang ditunda ke semester akan datanag:
1. Kejohanan Sukan 7 sebelah antara blok KKC UDM
-minggu kedua bulan 7
Program-program mendatang khas di 7 edition (bulan 7) :
1. Minggu Beramah Mesra Kolej Kediaman "C" dan Perlancaran kempen 3K
-Program rintis khas buat pelajar baru KKC dan kempen khidmat kesihatan, kempen bumi hijau dan kempen derma darah KKC.
2. Pertandingan Pidato Kefahaman Islam Antara IPT Negeri Terengganu dan Pameran Dakwah
-Diadakan sempena Bulan Dakwah Peringkat Negeri Terengganu dengan kerjasama HEPA dan JHEAT.
3. Bengkel Kekeluargaan
-Forum,LDK dan lain2.
4. Latihan Kebakaran
-Latihan semasa berlakunya sesebuah kebakaran.
5. Pertandingan Debat Piala Dekan HEPA antara Kolej Kediaman.
-Sebuah program rintis dan berkala bercorakkan debat.
Isu-isu Kebajikan:
1. Mesin Basuh (dalam perbincangan dengan pihak HEPA)
2. TV di setiap blok baru (dalam 2 minggu @ pembikinan)
3. TV di kafe (sudah dipasang)
4. Tempat parking kereta (tindakan terhadap pembangunan UDM)
5. Air bertakung di longkang dan limpahan air selepas hujan lebat (pihak HEPA akan ambil tindakan pada bulan 7 ini di bawah unit perumahan dan kebajikan pelajar iaitu selepas tamat tempoh jaminan JKR)
Semua isu-isu ini telah dihantar melalui resolusi exco kebajikan KKC UDM pada bulan lepas dan telah diambil tindakan serius oleh pihak berwajib. Diharapkan pihak asrama,MPP dan rakan2 mahasiswa/i dapatlah berkerjasama dalam menangani masalah kebajikan mahasiswa.
Kebajikan Mahasiswa matlamat Bersama~
Muhammad 'Aizat bin Anwar Apandi
YDP
JPJP Kolej Kediaman "C" sesi 09
Tambahan Cerita Best:
Aku dah lepaskan jawatan dalam Kelab Astronomi UDM 09/10 (KASTRO)
- sememangnya inilah yang aku nantikan saat meletakkan jawatan dikala KASTRO berada di tahap tertinggi dalam mencapai kejayaan di mata ahli dan mahasiswa/i UDM. Pelbagai program dan rancangan yang berjaya diadakan sepanjang perkhidmatan aku sebagai ahli KASTRO. Bermula pada awal pertubuhan Kelab Astronomi UDM aku diberikan jawatan sebagai exco ekonomi dan kemudian selepas itu aku beralih ke jawatan exco publisisti dan multimedia. Ketika ini aku telah menjadi MPP UDM dan pembahagian komitmen sememangnya sangat2 dituntut namun Alhamdulillah aku berjaya memberikan kerjasama sepanjang program yang diaorang adakan walaupun ada desas desus yang mahukan aku dipecat....Dan akhirnya aku telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan kedua terpenting iaitu timbalan presiden KASTRO. Hakikatnya aku seolah2 menjalankan tugas Presiden sebab ketua aku selalu menghilang....Takpela demi KASTRO. Namun baru-baru ini aku telah ditawarkan jawatan Presiden KASTRO oleh Penasihat KASTRO dan aku sendiri dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu tak kena dengan KASTRO. Akhirnya selepas memikirkan masa depan KASTRO dengan barisan pelapis yang sedia ada maka saya telah melepaskan jawatan dan semua tugas selaku AJK KASTRO akan datang. Aku akan ada masa untuk tumpukan KKC dan kemungkinan 'Kelab Baru' yang bakal aku sertai.Nantikan....
11 April 2009
Aku dan motor suzuki panther 150 cc dan buku "Benarkah Iskandar Bukan Zurkarnain?"
Gambar Hiasan
Salam tatapan tengahari sabtu....Aku berada di Melaka dalam tempoh pantang study week sementara tunggu nak exam minggu depan....he3
Isu best 1 : aku dan motor suzuki panther 150 cc
Firstly,aku ucapkan terima kasih pada sepupu aku yg beri pinjam aku motor kesayangan die-mana taknyer sebelum kawen lg motor tu peneman setia dia....aku betul2 terhutang budi dengan bang cik aku.Pape pun aku kena jaga amanah org supaya motor tu nampak terus cun selamanya.he3
Isu Best 2 : Benarkah Iskandar Bukan Zurkarnain?
Jawapannya tidak. Kerana Iskandar adalah sandaran kepada Alexander the Great iaitu pemerintah Yunani yg menguasai Macedonia dan Parsi manakala Zurkarnain adalah sandaran yg diberikan oleh Al-Quran pada pemerintah yang beriman dan mempunyai hubungan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum itu. Persoalannya siapakah Zulkarnain?
Maka saya akan berkongsi sedikit melalui pembacaan buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain" oleh pensyarah kanan UM iaitu Prof Dzulkifli,dan diadaptasi dari dokumentasi di saluran OASIS.
Zulkarnain adalah sandaran yang ditujukan kepada Raja Kurush bukan Raja Iskandar seperti dinyatakan sebelum ini.
Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa perosak yang hidup di banjaran Caessen.(kalo x silap ejaan)
Bangsa yang memohon pertolongan Zulkarnain adalah bangsa yang mahir dalam membuat tembaga dan besi sehingga boleh membina tembok dari menghalang kemaraan Yakjuj dan Makjuj iaitu bangsa Georgia.
Baikklah saya ceritakan secara ringkas kerana pembacaan dan pemahaman tentang isu siapakah sebenarnya Zulkarnaian seperti digambarkan dalam Al-Quran bolehlah didapati buku ini kerana sarat dengan fakta dan bukti empirikal. Wassalam.
04 April 2009
Salam Mesra, Kembali Sua...(Bukan Sua Rasa)
Salam...
Aku sebenarnya baru lepas belek2 blog org. Sedang khusyuk jengah,tiba2 aku terbaca list blogger udm kat blog AUNIEZ.... putera annur side - 2 weeks....ops! dah dua minggu aku x update blog aku..hu2....Btol kate iqa,aku benci istilah BUSY....tp nak wat cam ne mmg aku dah dua minggu sibuk dengan pebagai aktiviti dan komitmen yg x berbelah bahagi. Mula2 Debat PNC UDM, pastu Lawatan ke Penang n dis week aku baru habis xpdc gunung bujang melaka, perak! Program terakhir untuk KKC 4 dis sem. Thanks Ja coz berjaya menguruskan dgn jayanya xpdc gunung ni yg dikira paling ad-hock mana x nye dalam masa 4 hari settle urusan dgn HEPA, Gunung dan Kedai. Sedar x sedar dah 5 program berjaya dilaksanakan Syukur. nsya Allah memontum seperti ini akan diteruskan untuk semester akan dtg. Entry akan datang aku akan buat analisis kelima2 program KKC yang dah berlalu n program yg menyusul akan datang.
Wassalam.
Aku sebenarnya baru lepas belek2 blog org. Sedang khusyuk jengah,tiba2 aku terbaca list blogger udm kat blog AUNIEZ.... putera annur side - 2 weeks....ops! dah dua minggu aku x update blog aku..hu2....Btol kate iqa,aku benci istilah BUSY....tp nak wat cam ne mmg aku dah dua minggu sibuk dengan pebagai aktiviti dan komitmen yg x berbelah bahagi. Mula2 Debat PNC UDM, pastu Lawatan ke Penang n dis week aku baru habis xpdc gunung bujang melaka, perak! Program terakhir untuk KKC 4 dis sem. Thanks Ja coz berjaya menguruskan dgn jayanya xpdc gunung ni yg dikira paling ad-hock mana x nye dalam masa 4 hari settle urusan dgn HEPA, Gunung dan Kedai. Sedar x sedar dah 5 program berjaya dilaksanakan Syukur. nsya Allah memontum seperti ini akan diteruskan untuk semester akan dtg. Entry akan datang aku akan buat analisis kelima2 program KKC yang dah berlalu n program yg menyusul akan datang.
Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
