31 Mei 2009

Chelsea glory in FA Cup! What happen to MU Fans ur team lose at UEFA Champion League?





Salam...semalam telah berlangsung perlawanan akhir antara chelsea vs everton.Perlawanan berlangsung dengan sengit dan akhirnya seperti yang aku kata pada lemosyi,hero kalah dulu tapi akhirnya menang piala.Hasilnya chelsea menang trofi FA cup dengan 2-1.Hasil jaringan drogba dan Lampard...Tahniah The Blues....

28 Mei 2009

Gambar-gambar menarik bersama OKU di Pusat Dalam Komuniti (PDK)

1. Gambar pesakit OKU terlantar..tempat di mana ek?kg. sempang kalau x silap...
2. Adik2 OKU di PDK Bukit Baru tengah belajar menyanyi..OOoooOOOoo
3. Cikgu sedang beri tunjuk ajar...buat betul2 nak...


4. Adik A (bukan nama sebenaar) jenis penyakit macam syok sendiri
5. Kelas menulis adik2 OKU
6. Dalam bilik PDK Net...wah! pandainye main komputer ek...

7. Hasil kraftangan pelatih OKU PDK Nur Shahirah
8. Aku dan adik daniel kot...(jauhnyer akak nie amik gambo..)
9. Ruang fisioterapi...cita2 aku nk jadi ahli fisioterapi x kesampaian...

10. 1...2...3....senyum :)
11. Makan adik2 jangan gelojoh2...
12. Set belajar tajaan JKM...he3

13. Pasu2 bungu yang bermutu keluaran PDK Seri Pengasih
14. Adik hairi yang kiut walaupun OKU...
15. Barang2 OKU yang mahal dan diimport


putera annur-walaupun mereka ini adalah manusia 'istimewa' namun mereka juga adalah golongan istimewa di syurga dan di akhirat kerana tidak berdosa dan masuk syurga.

26 Mei 2009

Abang ku bertunang 30hb Mei 2009...Semoga 'deras' ke jinjang pelamin

Salam...Minggu orang nak kahwin...nikah...tunang...ops aku?Belum lagi.Maybe zaman Malaysia maju 2020.
Baiklah sentuh soal di atas, putera annur nak ucapkan tahniah n mendoakan abang lang ku Muhammad Afiq yang akan melangsungkan majlis pertunangan pada hari sabtu ni akan dapat meneruskan ikatan ke gerbang perkahwinan kelak.
Huh, apa yang mengejutkan mengenai entry di atas adalah...family aku dapat undangan sebanyak 17 keping kad kahwin walimatul urus.Fuh, macam pertandingan kad saper paling lawa! he3
Menyentuh soal kahwin atau tunang ni, hikmah dia besar kalau niat kita betul dan ikhlas bukan semata-mata nak menunjuk2 atau sekadar nak puas NAFSU...hu2, bisa ayat demo.
K la kawan2 kalo ada cite pasal kahwin or tunang kat kampung or taman umah koorang bleh share dalam blog ni k.Wassalam

25 Mei 2009

Perempuan atau lelaki : siapa liat bayar HUTANG?

Salam semua pembaca blog. Syukur minggu ini aku telah meneruskan azam ke minggu bersama warga tua dan keluarga. Insya Allah aku akan mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng tempat ditempatkan orang tua. Baiklah isu kali ini mudah sahaja. Perlukan blogger lelaki dan perempuan sahaja, yg tengah2 x diizinkan. Anda diminta untuk memberikan komen atau pendapat seberapa panjang yang mahu janji x hilangkan blog aku jer..he3.Soalan cukup senang siapa payah nak bayar hutang? Lelaki atau perempuan?

putera annur - pemberi hutang kot payah nak bayar hutang coz dia beri hutang...he3

24 Mei 2009

Mereka juga perlukan belaian dan kasih sayangmu...OKU & WTK

Salam...
Minggu yang dah berlalu aku praktikal di JKM berada di bawah unit OKU
so tugasan aku pada minggu tu kenala buat lawatan praktikal ke beberapa PDK
Tau pe tu PDK? PDK ialah Pusat Dalam Komuniti.
Di sini terdapat beberapa pelatih OKU yang ditempatkan.
Antara PDK yang aku lawati ialah;
PDK seri pengasih
PDK nur shahirah
PDK bukit baru
PDK nur ehsan
Insya Allah minggu depan aku akan berada di bawah unit WTK
Ape pulak makna WTK? WTK ialah warga tua dan keluarga
Fuh,every week i change my unit
Boleh jadi pegawai JKM...He2 (walaupun sudah di offer oleh penyelia dan timb pengarah namun aku akan teruskan pengajian ke peringkat master.Insya Allah)
Antara tempat menarik aku akan lawati ialah;
RSK Cheng - Rumah seri kenangan Cheng dan lain2

p/s - Gambar menyusul kemudian...

Cinta Aku, Dia & Kamu...

Cinta?

Ibnu Qayyim Al Jauziah menerbitkan istilah Cinta itu kepada bermacam - macam makna.(banyak sangat.. antaranya nafsu, kasih sayang etc) 

kalau ditanya tentang cinta, biarlah ku sentuh dari sudut kesannya.

cinta membuat insan berani bangkit dari kegagalan.
bukan membuat insan tersungkur me"layu" dek kerana kejayaan

kerana cinta , kita terputera, dan kerana cintalah kita menghadap-NYA.

kerana cinta kita bersama, dan kerana cintalah, kita berpisah...

org akan kata... 
kalau nak ikhlas, niat mestilah Kerana Allah... bukan kerana syurga-Nya, kerana keredhaan-Nya.

Ikhlas ialah rahsia Allah, begitu juga keikhlasan dalam bercinta.

asal kiblat hati kepada Allah, Insya - Allah .....

Wallahu 'alam

(dipetik drp sahabat blogger Mohd Azizol)

21 Mei 2009

Saper nak beli tupperware?

Salam kengkawan.Kalo ade yg berminat nak beli tupperware bolehlah check di www.ibunurul.blogspot.com. Seorang anak nak bantu ibunye bizzness...k Iklan Annur

16 Mei 2009

Apa yang anda tahu pasal C.I.N.T.A?


Salam semua blogger...aku baru lepas jenguk2 blog rakan2 blogger dan blog YAB Dato' Seri Najib. Very nice! Untuk kali ini aku nak tanya n kongsi2 pendapat dengan koorang tentang istilah CINTA...Apa yang koorang tahu pasal CINTA?Apa pengalaman yang koorang dah lalui tentang CINTA?Apa semua ini?Kalau kawan2 nak tahu sepanjang dua minggu aku kat ofis JKM Melaka teruk aku di asak oleh akak2 JKM yang nak tanya status aku 'dah berpunya?' 'awek orang mana?' 'bila nak kawen?'huh...Insya Allah aku masih solo dan sedang mencari.Aku pun tertanya2 sejak dua menjak no tel aku dah jadi no tel public,macam2 no tel x bernama masuk call list,paling terkejut ada gurl tanya 'awak ada gf?' n 'awak mesti dah berpunya,nnt awek awak marah'..huh...kalau dia seorang blogger plz read this message > saya masih solo dan sedang mencari seorang isteri.He3.Isteri?Ya, dialah awek dialah isteri sejati hingga ke syurga menanti.Wah! macam tajuk lagu rock kapak.Oklah kawan2 anda buat seperti biasa tinggalkan komen dengan klik buang di bawah entry ini.Selamat berpuitis. :)

13 Mei 2009

Siapa ada Pokok Ribu-ribu...my mom kena 'Buatan Orang!'...Ya Allah kau tunjukkanlah pada mereka.


Salam..buat rakan2 blogger saya nak minta sape2 yang ada tanam pokok ribu-ribu boleh tak hubungi saya di no tel - 013-9945457 kerana ibu saya sedang menghidapi penyakit yang doktor tidak dapat kesan kerana ia berpunca drp buatan manusia yang berhati hasad dengki dan jahat.Tolong sangat2 saya merayu.Kalau boleh mereka yang tinggal di Melaka atau saudara2 dekat sini k.Wasalam.

10 Mei 2009

Kahwin jarak jauh atau sebelah 'rumah', mana anda mahukan?


ibuku :)
Salam berpraktikal...Hu2...Hari ini adalah hari ibu namun bagi aku setiap hari sehingga hari seorang ibu pergi buat selama-lamanya ia tetap hari ibu. Selamat hari ibuku ke-52!

Minggu hadapan aku kena buat lawatan praktikal ke institusi kanak-kanak di Melaka;
1. Sekolah Tunas Bakti (STB) Lereh. (14/5)
2. Asrama Akhlak, Bukit Baru. (13/5)
3. Rumah Budak Laki-laki, Durian daun. (12/5)

Laporan praktikal yang dapat aku kongsikan selama seminggu lepas di tempat praktikal;
1. Suai kenal dgn kepimpinan JKM Melaka.
2. Kena baca semua Akta Kanak-kanak 2001.
3. Buat tugasan analisis semua laporan Akhlak (ada 10 keping jer...)
4. Pergi melihat situasi bacaan kes dan perbicaraan kes kanak-kanak dan juvana di Mahkamah Kanak-kanak,ada 13 kes (mesti koorang baru dengar pasal ni erk...)
5. Check semua laporan akhlak, sosial, inkuiri dan perlindung....

So, aku nak share sikit jadual praktikal aku selama 8 minggu;
1. Unit Kanak-kanak (minggu 1 & 2)
2. Unit OKU (minggu 3)
3. Unit Advokasi dan perundangan (minggu 4)
4. Unit Ekonomi & Bantuan (minggu 5
5. Unit Warga Tua & Komuniti (minggu 6)
7. Unit Perintah Khidmat Masyarakat a.k.a CSO (minggu 7)
8. Unit per ntah...luperla plaks! he3

Okla, pasal entry di atas,aku nak kongsi dgn koorang apa baiknya aku @ koorang pilih bakal suami@isteri yang jauh dalam erti kata jauh jarak antara negeri.Contoh,si isteri orang Terengganu & si suami orang Melaka.Kan jauh tu???so apa pendapat koorang bagus ker kurengla....Macam tu jugak kalau kahwin sebelah rumah bak kata org tua2...so koorang boleh share dlm blog aku kali ini dengan menekan butang comment dan taip apa2 yg nak taip tak lebih dua puluh ratus patah perkataan (perkataan pun boleh patah erk?).K 
selamat mencuba!  

06 Mei 2009

Hari Pertama & Kedua Praktikal...Sungguh Mengasyikkan...

Salam...Ketika entry ini ditulis aku dah melalui hari kedua praktikal.Syukur,walaupun aku masih tak tahu soal status elaun praktikal namun aku memiliki rakan2 ofis yang happy dan sedia membantu.Tak lupa En Pathmanathan,selaku aku punya penyelia praktikal cukup bersemangat dalam menjaga n memberi tunjuk ajar dalam membangunkan komuniti JKM.

Mungkin mengalah itu pahit, mungkin minta maaf itu kelat tapi itulah lumrah bagi manusia yang hebat akan sentiasa memaafkan orang walaupun diri ini sering dianaiya. DENGAN INI SEMPENA MEMBINA UKHWAH DAN MAHABBAH ANTARA JPKP & MPP KHUSUSNYA JPKP KKC,SY MOHON MAAF KEPADA SESIAPA YG TERASA ATAU TERPANAS TELINGA YG MEMBACA & MENDENGAR ENTRY TENTANG "SAYA & PRESIDEN MPP UDM SIAPA HEBAT?".

Terus terang,apa yang sy tulis dalam entry sebelum ini memang lahir dari hati sy yg ikhlas.
Setiap org tidak akan sama dlm cara memberi nasihat dan berkhidmat.
Saya faham kebanyakkan MPP adalah adik2ku yg muda setahun malah ada yg muda 2,3 tahun.
Jadi MPP ini hanya sekejap macam biskut chipsmore.
Dato' Fadhilah kamsah ada berkata,'Anda berkarisma apabila anda sudah meletak jawatan nanti anda akan mendapat rakan2 dan kawan2 yg ramai bkn semakin berkurangan!'
Implimentasinya apabila sy masuk bertanding dlm election JPKP,hasilnya ex-MPP menang jawatan YDP JPKP.Apakah rahsianya?Ada.Tapi sy akan tulis di entry akan datang.Insya Allah selepas perletakkan jawatan sy kelak.

Baikklah.Saya akan ulang sekali lagi apa pendekatan sy terhadap MPP kelak tnp didorong oleh mana2 pihak yg sy sdr ada katakan pada pertemuan dgn YDP MPP UDM lepas iaitu:

SAYA AKAN MENYERTAI MANA2 MESYUARAT ANTARA MPP & JPKP JIKA X BERTEMBUNG DENGAN PROGRAM KK.
BERSEDIA MENJADI THINK-THANK KEPADA MPP DALAM ISU KEBAJIKAN DAN KEMAHASISWAAN.
SANGGUP BERKOMPROMI DALAM ISU2 YG MELIBATKAN UDM & KEBAJIKAN MAHASISWA KHUSUSNYA.
TIDAK AKAN MENULIS PERKARA NEGATIF TENTANG MPP DLM BLOG JIKA IA X SAHIH.
DAN AKAN CUBA BERKERJASAMA DENGAN PROGRAM2 YG MPP ANJURKAN JIKA X BERTINDIH DGN PROGRAM JPKP.

Akhir sekali,sy berharap dgn penjelasan sy dlm blog ini akan menamatkan perbahasan org di luar sana mengenai 'perang saraf' sy dgn MPP UDM.Sy bekas MPP tau di mana buruknya MPP dan ia juga buruk kpd diri sy juga andai keburukan itu tidak sy tutup dengan teguran pd MPP sekarang.Sy amat mengharapkan apabila tibe sem baru (bulan 7) ini dgn tinggal 3 bulan lbh tempoh kalian,ayuhlah tingkatkan kredibliti dan kewibawaan kamu.Anggaplah setiap teguran saya dan pelajar2 lain tentang kamu sbgai MPP anggaplah ia sedarkan kamu sebagai MPP walaupun kita sama2 menang tanpa bertanding namun hakikatnya sy dh kikis simptom itu mll kejayaan sy dlm KK.Wasalam.

04 Mei 2009

Salam...Selamat Bermula Berpraktikal

Salam.Ini bukan curi tulang nak praktikal tapi aku memang akan mula pada 5hb Mei esokla mula!
Kadang2 orang pelik kenapa aku x mau komen or ulas isu2 hangat membabitkan dunia luar khususnya politik negara semasa.Jawapannya mudah,kalau rumah sendiri masih ada lompong maka aku kena utamakan yang paling dekat.Dalam maksud lain buat apa sibuk2 nak komen benda luar kalau yang dalam @ rumah tangga sendiri x betul.Pagi ni aku baru lepas jemur baju.Semua baju aku...Esok dah nak pakai.Sambil jemur2 aku sembang dengan ayah aku pasal trip my parent ke kelantan.Pg umah Besan ayah aku,kira ayah mertua abang aku yg kahwin hari tu.Nama dia Dato' Prof Emeritus Dr Mohd Nawi bin Abdul Rahman.Ayah aku sempat bersembang dengan Datuk Awang Adek (Timb Menteri Kewangan) tentang isu2 semasa.So,bila kita dah lihat orang2 yang telah berjaya disekeliling kita terutamanya dalam bidang akademik,maka mesti koorang atau aku terdorong nak berjaya macam diaorang so apa lagi?Mulakan langkah besar bermula drp sekarang!