26 Jun 2009

Jadual ku padat...Jom memeriahkan MMS KKC & Kempen 3K

26-28 Jun 2009
Program Motivasi Keinsafan Pagi Sebelum Senja
di Balai Cerap Al-Kawarizmi

9-11 Julai 2009
Malam Mesra Siswa JPKP KKC'09 & Perlancaran Kempen 3K (10 Julai 2009)
Kempen Kesihatan (9 Julai 2009)
Kempen Derma Darah ( 10 Julai 2009)
Kempen Kebersihan (11 Julai 2009)

Coming soon...

21 Jun 2009

Selamat Hari Ayah Ke-59 tahun


Selamat Hari Ayah kepada semua blogger !
Apa hadiah anda kepada ayah anda & bakal ayah mertua anda?he3

19 Jun 2009

Keputusan yang setimpal dengan usaha dan tawakal...Apa azam anda pada semester akan datang?

Salam...

Syukur alhamdulillah akhirnya aku dan koorang dah tahu keputusan masing2.Bersyukur di atas usaha yang telah dilakukan memandai dengan tekad,usaha dan tawakal yang telah aku lakukan. Keputusan yang aku dapat masih DL namun turun sedikit beberapa angka. Maklumlah kesibukan membataskan tumpuan (alasan semata2...)

Buat makluman rakan2 blogger, sekarang aku sedang menyiapkan teks khutbah bertajuk 'Menghargai Orang Kurang Upaya (OKU)' untuk bacaan khutbah seluruh negeri Melaka kelak Insya Allah.

Dalam masa yang sama aku sedang menyediakan modul untuk aku jadi fasi bagi program bengkel 'Keinsafan Sebelum Senja' untuk 40 orang remaja di bawah perintah khidmat masyarakat CSO.

Lepas selesai kedua2 tugas maka beredarlah aku dari JKM yang penuh dengan coret2 kenangan dan pengalaman.

Baiklah,entry kali ini nak mengajak koorang berkongsi azam sempena musim naik semester baru sesi 09/10...(hu3 tahun akhir beb....)

Jumpa lagi semester depan dengan cabaran yang lebih mendatang :)

Kisah sebelum result keluar;
-masa otw nak pg keje,terkena air lecak dek di langgar oleh kete pajero...sabor
Kisah selepas result keluar;
-masa otw balik keje,paku setengah inci terbenam dalam tayar motor...habis ku tolak sejauh dua marhalah (2 km jer...) ....sabor lagi

17 Jun 2009

Semoga Berjaya Rakan2 Dengan Result yang Menggempakkan...

Semoga berjaya dari putera annur...
Apa nazar anda apabila berjaya mencapai hajat anda?

12 Jun 2009

Coretan Batinku...Pasal PPSMI, Stadium Sultan Mizan & Keputusan Peperiksaan Semester Lepas

PPSMI
Mak Jah-X bagus dik,mak cik pon x faham...ape tue?base omputeh?
Prof Madya-Orang melayu x kaya bahasa.Oleh itu kena belajar bahasa Inggeris sebab kita akan dapat tau lebih banyak bahasa sainstifik.
OrangBisnes-Bahasa melayu cuma ada jutawan.Tapi kalau Billionaire dalam bahasa melayu per ek?
Mat Saleh-Its good channel...
Mat Salai-Ini roti canai...
Putera Annur-Perlu belajar bahasa Inggeris dalam masa yang sama Bahasa Melayu terus diperkasakan dan dimartabatkan.

Stadium Sultan Mizan Robohnya Atap
Mak Jah-Ape kehelnye atap boleh roboh?Kalau x de angin mana mungkin atap boleh bergoyang.
Prof Madya-Kelajuan angin x geseran x kos x masa x kontraktor korea x tak ada CF = roboh atap
Orang Bisnes-Tak boleh untung ni kalau baru setahun dah roboh...manyak rugi wooo...
Mat Saleh-Oh my god!Its so amazing...Believe it or not...
Mat Salai-Ya tuhan,ampun2.Ni benda ajaib stadium baru sudah runtuh atap...
Putera Annur-Salah siapa?Tepuk dada tanya minda

Keputusan Semester Lepas Keluar 16 Jun 2009
Mak Jah-Ape kone dengan Mok cik nak?
Prof Madya-Semoga berjaya semua...
Orang Bisnes-Ada duit x kalau dapat A?
Mat Saleh-Wish u luck n get flying colours
Mat Salai-Kejayaan ada di mana2 seperti tangga...usaha tangga kejayaan!
Putera Annur-Ramai SMSSAD sem 6 dapat 3.0 above.Tahniah!

11 Jun 2009

7 Ayat Cinta (Ditujukan khas buat Insan Tersayang)

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim :
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah :
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah :
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah :
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah :
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

(ehsan daripada saudara Hairulnizam Kassim)

09 Jun 2009

Setujukah anda dengan Sister In Islam (SIS)?

Salam wacana ringkas yg harus dikongsi bersama.
Setujukah anda dengan pertubuhan Sister In Islam (SIS)?
Adakah mereka wajar diharamkan?
Setujukah jika mereka ditukar nama kepada Sister In Malaysia seperti saranan Pemuda PAS dan Dato Seri Dr Khir Toyo?
Apa pun anda yang berhak membuat keputusan. Keputusan di tangan anda :)

07 Jun 2009

Pertandingan Muzikarama Kanak2 Negeri Melaka dan ronda2 Banda Hilir (sorang2...)

Salam...
Entry ni diposkan dalam keadaan tergesa2 kerana aku nk keluar kejap je lagi.So aku nak kongsi sikit event aku bersama JKM baru2 ni iaitu Pertandingan Muzikarama Antara Institusi Kanak2 Seluruh negeri Melaka.

Penyertaan:
PDK seluruh negeri melaka
PAKK yang terpilih
Sek Tunas Bakti Sg. Lereh
Asrama Bukit Baru Melaka
Rumah Budak laki2 Tun Abdul Aziz
Rumah remaja harapan Alor Gajah

Pemenang:
Poco2 - STB sg lereh
Kompang berirama - RBL TAA
Poco2 (OKU) - PDK Seri pengasih
Shuffle - RBL TAA
artis undangan-pancaragam dari STB SL

- Didoakan semoga adik2 akan berjaya dalam pertandingan kanak2 di peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Pahang dan seterusnya menaikkan nama melaka. Gambar di bawah ini;



(ulasan gambar akan diberikan selepas ini.tengok je gambar dulu k,wat ulasan sendiri k)




05 Jun 2009

Sekitar Majlis Pertunangan Abang Lang ku di Sri Gading, Johor

Untuk tontonan mereka yang merancang nak bertunang..he3





Gambar 1 : Aku dan abang ngah aku kat depan P.O. Box rumah bakal akak ipar aku.Asal boleh je nak bergambar...he2
Gambar 2 : Rombongan bertunang sebelah lelaki....Mak2 andam..he3
Gambar 3 : Barang2 tunang lelaki...amacam?
Gambar 4 : Adik aku dengan pose iklan buah die...
Gambar 5 : Bergambar selepas balas hantaran tunang...gottcha!

















04 Jun 2009

Welcome My New Blog-Preview

Salam.Kepada sesiapa yg mempunyai cadangan atau pandangan bolehlah mengemukakan kepada saya bagi mencorakkan lidah rasmi putera annur ini. Sekian

01 Jun 2009

Kepimpinan Mahasiswa di UDM : Siapa pilihan anda?


Aku dan anak buah 'alif irfan'
Salam semua sahabat blogger. Rasanya sudah sekian lama aku x mencoretkan sesuatu isu yang sangat2 serius untuk diperdebatkan dalam sangkar blog aku ini. Sudah sekian lama aku x menglagukan sesuatu yang biasa dibaca dan disensasikan.Namun itu mungkin dulu.Aduh,apa punya bahasa daa...Baiklah,untuk entry kali ini aku ingin mengajak rakan2 menyerotkan pemikiran keinteletualan masing2 mengenai beberapa frasa dan kata2 yang perlu kita bersama2 bincang dan ungkai secara berhikmah dan paling penting intelektualan.

Isu 1 : 1 Malaysia - Realiti atau retorik?                 Piala yang aku menangi sepanjang hidup
Laungan 1 malaysia yang sedang hebat diperkata dan pertontonkan kepada masyarakat malaysia sebaik sahaja pemimpin kita kelima, dato' seri utama najib tun razak menjadi perdana menteri. Kita sibuk melihat pemimpin2 baik yg atasan atau bawahan sibuk memperkatakan frasa terbabit.Namun begitu,apakah ada segelintir pihak yg mewakili dato seri najib atau dato najib sendiri menjelaskan apakah sebenarnya makna dan intipati dalam frasa '1 malaysia; agar ia tidak terus dimanipulasi dan dipermainkan oleh pihak lain.

putera annur : suka 1 + 1 jawapannya 2.

      Aku dan shaiham...dua orang sahabat
Isu 2 : Musim Dua
Ni bukan sitkom atau sambungan filem yg kedua tetapi ia adalah realiti semasa di mana negara kita yg terkenal dengan demokratik telah diheret ke kancah dua pemimpin, dua speaker dan dua parti.Baiklah, mari aku bagi contoh 2 pemimpin-dato seri zambry vs dato seri nizar, dato seri idris jusoh vs dato ahmad said, dato seri shahidan vs dato seri isa sabu & kavyeas vs t.murugiah. Bagi 2 speaker yg paling hot sekali antara ganesan vs sivakumar dan akhir sekali 2 parti iaitu BN vs PR.

putera annur : suka musim pertama jer...
            Saat menerima sijil dan saguhati drp en mad taufan di TER
Isu 3 : Kepimpinan Mahasiswa di UDM : Siapa pilihan anda?
Tidak lama lagi UDM akan menerima warga baru yg ada di kalangannya muda dan ada juga terlanjur tua..he3.Kadang kala aku sentiasa terfikir beberapa persoalan di benak hati dan dada mengenai perihal pelapis kepimpinan di UDM. Asyik2 orang tu jer...Tak de muke lain ker?...Wekk,nyampah siot!....Huh,dah agak daa....Ermm,mujur dia kalo dia....Ni semua petikan kata2 mahasiswa UDM yg dirakam oleh kamera litar terbuka. Aku merasakan selepas ini UDM perlu pelbagaikan pemimpin yang mempunyai gaya kreativiti yang berbagai dalam mencetuskan aroma kepimpinan UDM yang bersifat glokal. Kenapa aku suka sangat guna term glokal? Sebab aku boleh terjemahkan term ini kepada perilaku. Cuma apakah tindakan yg boleh kita laksanakan bagi mengimplimentasikan ke arah kepimpinan glokal? Banyak caranya. Paling penting kena berani berubah dan pedulikan apa orang nak kata. Insya Allah, untuk entry selepas ini aku akan sertakan semua pengalaman dan jawatan yg pernah aku sandang dan akhirnya apakah rahsia disebalik semua itu,semuanya anda akan ketahui.Aku x nak menunjuk2 tetapi mahu berkongsi pengalaman dan nadi kepimpinan yg telah sebati sejak di sekolah rendah dan menengah lagi.Kemungkinan selepas bersara JPKP Kolej aku nak buat bengkel kepimpinan mahasiswa.Insya Allah.

putera annur : kadang kala kritikan itu lebih baik daripada pujian...

Isu 4 : The New Blog - Coming soon...
Saja nak speaking emglish. So sorila if my speaking r broken english k.I want to improve my speaking. Bak kata bonda dr norizan,if u want to cont after 1st degree u must try speaking english everyday.So i want try!Mesti ada yang gelak guling2 baca ayat aku.Lantak koorangla.Insya Allah dalam masa terdekat aku akan lancarkan transformasi blog aku yg berwajah baru.Cuma material masih kurang. So nantikan yer.

putera annur : bla...bla..bla...

Isu 5 : Tawaran Demi Tawaran, syukur Alhamdulillah
Alhamdulillah sudah sebulan masa berlalu. Hari demi hari aku sudah berjaya melalui saat berpraktikal di HQ - orang JKM panggil.Nama penuh dia ibu pejabat JKM Negeri. Sekian lama berpraktikal aku dapat rasakan macam sinonim je JKM ni dengan jiwa aku.Mana taknya,kalau di dalam kampus aku sibuk dengan menjaga kebajikan mahasiswa tetapi di alam JKM aku didedahkan hal ehwal menjaga kebajikan masyarakat. Penyelia aku sentiasa memberikan tunjuk ajar walaupun aku dan dia berlainan bangsa dan agama namun kami saling hormat-menghormarti. Aku telah ditawarkan bekerja bersama JKM selepas graduate samada jadi fasi sementara tunggu sambung master dgn gaji rm1600 sebulan atau aku bekerja dgn taraf pegawai gred n41. So aku akan sentiasa berusaha untuk menuju puncak kegemilangan.

putera annur : Bukan AF tau!