25 September 2009

Warna warni hari raya aidilfitri keluarga annur



Warna warni Aidilfitri Annur Famili....2009


Alif Irfan....anak buah ku periang sampai x kering gusi sebab x ada gigi lagi bersama Pak Andak dia....he3


Wajah ceria bersama famili bahagia dan tercinta di pagi hari raya....


Gambaran penuh beerti di pagi syawal....aku tengah khusyuk baca SMS yang x putus2...adik2 ku tengah saling bantu-membantu dan ada tanduk ke 'peace'????he3


Hari raya pertama : Bergambar di rumah nendaku di Kg Umbai, Melaka
Hari raya kedua : Bergambar di rumah busu Rosku di Kg Bagan Pinang, NS

17 September 2009

Kisah di Pagi Hari Raya...(Coretan Harian Metro 16 September 2009)

Sekadar berkongsi sekeping cerita di pagi hari raya....(Berita Muka Depan Harian Metro 16/9/09)
Seorang ibu yang berumur sekitar 70-an ditinggalkan oleh seorang anak di depan rumah orang tua dikala ibunya memanggil2 anaknya yang terus memecut meninggalkan ibunya yang berlari dan terus mengejar sambil mengendong bungkusan baju yang sarat. Apa kejadah anak yang dilahirkan oleh seorang ibu sanggup bertindak sedemikian rupa??? Ingatlah dan hayatilah berapa ramai rakan2 kita di luar sana yang menyambut hari raya tanpa orang tua mereka? Sensitifkah kita dengan tindakan dan perihal laku oleh seorang anak yang derhaka? Ingatlah dan hayatilah di pagi Syawal tak lama lagi bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu mu...Sekian
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

16 September 2009

Ramadhan Diberkati Syawal Dinanti...Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua...dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon beribu kemaafan atas kesilapan dan kekhilafan yang sy lakukan sepanjang menjadi manusia di atas muka bumi Allah. Sesungguhnya hari kemenangan bagi umat Islam sudah semakin dekat dan kita akan sama2 raikan pada hari Ahad ini bersamaan 1 Syawal 1430H. Namun disebalik kita sibuk mengatur hari kemenangan tersebut kita kian lupa dan alpa akan nasib yang menimpa saudara seislam kita di Palestin. Mungkin di penghujung Ramadhan dan sepuluh malam terakhir bolehlah kita selitkan dalam doa kita dengan memohon Allah memberikan kemenangan kepada paea Syuhada Umat Islam yang berada di Palestin dan menikmati ketenangan dan keselamatan yang terjamin di pagi edul fitri. Ayuhlah sahabat2 semua kita doakan kesejahteraan saudara kita di Bumi Palestin sana agar bumi umat Islam itu akan kembali ke tangan kita. Allhuakbar!!!

13 September 2009

Asal-Usul Poco-poco (NAUZUBILLAH)

Salam...Di sini aku ingin berkongsi sebuah emel yang aku terima untuk tatapan sekalian dan fikirkan secara matang dan relevan akan kandungan emel ini dan sebarkan jika anda rasakan ia benar.

"Assalammualaikum.
|
| Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
| Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
| sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
| masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
| kerajaan ketika manghadiri kursus.
|
| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
| Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
| bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
|
| Mungkin kita x perasan
| kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
| Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
| apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
| maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
| yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
| tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
| Marilah kita sama2 fikirkan."
|
|
| Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
| Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
|
| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
| WALLAHUALAM.... |

Terima Kasih Kepada Semua Penderma Darah! Terima Kasih JPKP KKC & Terima Kasih Semua!!!!

Salam Semua...
Sekadar nak ucapkan sekalung penghargaan dan tahniah buat semua warga UDM kerana menderma darah dan menjayakan program Kempen Derma Darah Peringkat Kolej Kediaman Siri 2...
Rekodnya kali pertama derma darah di UDM diadakan pada waktu malam di kafeteria baru UDM...
Mendapat kutipan beg darah sebanyak 56 buah....ok ler tu 1st time
Kredit buat Sabir dan Izzuddin kerana mereka ni sokmo derma darah dan menjayakan program aku...
Terima kasih daun keladi buat En Sahar dr Unit tabung darah HSNZ...Harap2 jumpa lagi
Dan tidak lupa kepada semua warga UDM tercinta.
Aku lampirkan sebahagian gambar derma darah di waktu malam :)

12 September 2009

Mahasiswa UDM Perlu Bijak & Berani Bersuara...kembalikan hak kebajikan mahasiswa

Salam semua...

Terima kasih atas komen sdr/sdri mengenai isu 'portal UDM kena hack-ini bukan berita bohong' yg saya paparkan secara terbuka sebelum ini dan saya menerima semua komentar yg positif mahupun negatif...Maaf andai ada satu komen yang saya terpaksa buang kerana saya tidak dapat access siapa empunya diri dan profile yang menghantar. Umpama baling batu sembunyi tangan. Komen dan tuduhan yang dilemparkan kepada saya adalah mengenai istilah 'Mahasiswa Tidak Integriti'. Mungkin si dia ini pelajar Law diploma sem 5 kerana sibuk membela si nisa' MPP yang sememangnya terpalit dengan macam2 tuduhan drp mahasiswa lain namun si dia ini (yang x malu gunakan gambar artis Eja, mungkin idola si dia seorg artis). Paling best, budak ini seolah2 macam 100% lebih mengetahui soal KK n MPP di UDM. Aku nak komen balik kat blog dia pun x boleh sebab budak ni bacul. U can meets me n lets talk about it face to face. Ada gak mahasiswa IPTS lebih arif soal kebajikan kat UDM ini. Maybe ya, maybe no. Aku rasa sekarang ni masa mahasiswa tertentu digunakan untuk membela MPP selepas teruk dibelasah oleh aku n kawan2 aku kat luar dan dalam blog. Aku sikit tak cuak! Cuma kalau berani boleh jumpa depan2 n berbincang apa masalah kamu itu dan ini. Pelik, wiyerless isu kolej katanya...Kolej mana satu? JPKP KKC dah hantar resolusi lama soal mutu wiyerless di UDM namun hakikatnya benda ini wajar di ambil cakna oleh MPP kerana ia melibatkan pada semua ruang di UDM bukan di KK sahaja. Kamu x nak undi saya? Tak mengapa kerana ia adalah hak masing2 dan itu nilai demokrasi di IPT. Tapi pelik dan janggal dengan budak ini macam kerek x pasal2 bila aku sdr mengunakan istilah X INTEGRITI pd mahasiswa tertentu bukan semua mahasiswa ye.

Di sini aku nak jelaskan perihal isu kritikan aku pada mahasiswa yg tidak berintegriti merujuk kepada segelintir yang tidak menggunakan ilmu dan ruang yang ada untuk bersuara dengan jelas dan tepat. Maksudnya aku x bangkan g tindakan hack tersebut oleh mahasiswa terbabit kerana aku sdr tahu cara nak hack n kawan2 aku ramai expert soal hack ini. Cuma silapnya bila dah boleh hack kamu bolehlah menaip dgn kata2 yang sopan dan nasihat yg sinis kepada pihak atasan utk mendengar perkara ini iaitu masalah wiyerless. Aku sendiri mempertikaikan sistem teknologi maklumat UDM yang longgar dan lemah dan tindakan susulan yang lembap. Maka dalam isu ini tiba2 ada seorang mahasiswa ini (maybe PA MPP kot..he3) cuba mengambil kesempatan dan menjadi hero dgn menghentam aku dan JPKP aku. Kalau berani datang berbincang secara ilmiah k. So aku mengharapkan selepas ini mahasiswa perlu bijak dan terus berani bersuara dalam mengambil peluang dan ruang yang ada untuk terus MENASIHATKAN dan MENGINGATKAN pihak atasan soal kebajikan. Zaman aku MPP dulu, KEBAJIKAN MPP yang lebih cakna, zaman aku JPKP juga KEBAJIKAN tetap cakna namun sebab x ambil PA macam MPP skrg maka x ada siapa nak terangkan apa sumbangan dan usaha yg telah dilaksanakan oleh JPKP dalam menyediakan kebajikan buat seluruh warga kolej kediaman C khususnya. Semoga para sahabat sekalian akan tetap berani bersuara dalam melontarkan pandangan kepada pihak yang lebih berautoriti di UDM. Sekian

Aizat Anwar
Mantan Timbalan Presiden 1 MPP UDM Sesi 07/08

11 September 2009

Banyaknya Rezeki Di Hujung Ramadhan

Alhamdulillah kini kita tiba di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan...
Macam2 gelagat mahasiswa aku jumpa...
"Erm...malam ni malam Lailatul Qadar la!"
"Err...kena iktikaf ni...kang melepas plak nak bangun malam"
"Jom beli baju raya!"
"Kad raya dah beli?Nak kad ke e-kad?"
"Jom meriahkan surau Saodah....(Apa kena mengena?)"
....dan macam2 lagi gelagat di hujung2 Ramadhan.
Tahun ini bermulalah tahun aku beli semua pakaian raya aku-bermula dengan songkok hingga ke selipar...tapi jangan hairan kalau semuanya murah dan sederhana.

Aku nak kongsi mengenai program yang dianjurkan pada hujung minggu ini bersamaan 12 september 2009 iaitu Kempen Derma Darah Peringkat kolej Kediaman Siri 2. Akan diadakan di Lobi Kafeteria Baru Jam 9-12 malam.

Baru2 ini aku tertarik dengan program yang diadakan oleh jiran kita UMT iaitu Tadarus Al-Quran selama 100 jam tanpa henti...terdetik dihati aku betapa mereka yang agak sosial drp UDM lebih kehadapan dalam program2 bercorak agama. Dimanakan Darul Iman dalam menerajui program berkonsepkan Islamik? Aku benar2 respect dengan pegawai agama HEPA UMT iaitu Ust Aswadi kerana terus2 menyokong program pelajar dan paling penting TERBUKA menerima idea pelajar. Justeru itu, aku teringat kembali saranan drp Dr Norizan mengenai sebuah program yang wajar UDM ambil kesempatan utk anjurkan iaitu PROGRAM BACAAN YASSIN SEBANYAK 52 Kali tanpa henti sempena tahun kemerdekaan negara kita. Insya Allah jika tidak ada aral melintang aku akan cuba untuk merealisasikan program tersebut dengan berkat sokongan semua pensyarah dan rakan2 seperjuangan. Sekian dan marilah menghitung hari2 terakhir pulang beraya. He2


10 September 2009

Portal Pelajar UDM di HACK!!! ni Bukan cerita bohong...

Salam...ketika entry ni diposkan aku baru lepas check kesahihan berita daripada sahabat aku, nuyu perihal portal student yang di HACK...koorang boleh baca entry die dan bukti vandalisme yang berlaku di http://nuyu88.blogspot.com/. Satu pihak ia seakan2 nampak macam hebat jer student boleh memasuki sistem teknologi maklumat UDM yang dikawal oleh PTM. Satu pihak lagi ia seolah2 menampakkan kelemahan kawalan dan security system dalaman UDM. Teringat aku macam mana aksi spiderman yang memanjat menara KLCC kite! Orang memperlekehkan sistem keselamatan kita yang mudah dibocori dan dimasuki orang luar. Kalau nasib koorang baik adala BUKTI pencerobohan yang dilakukan pelajar terbabit di www.sentral.udm.edu.my.
"Saya mengecam tindakan yang tidak berintegriti yang dilakukan oleh mahasiswa tersebut bagi menjaga nama baik UDM, Ilmu Demi Faedah Insan."

08 September 2009

Teringat kampung halaman di sana...dengarkan Dendang Perantau bagi yang tak balik....

Salam...
Huh, raya tinggal 10 hari jer lagi...kejam celik kejam celik...ale2 dah nak masuk 10 malam terakhir Ramadhan di mana banyak Hadis menyebut bahawa rebutlah kamu 10 malam terakhir di bulan Ramadhan kerana terdapat satu malam yang lebih baik drp 1000 bulan. Namun begitu, tak hairanlah jika kebanyakkan daripada kita dan mungkin juga aku, rebut 10 malam terakhir dengan mencari koleksi pakaian di hari raya kelak. Oleh itu, marilah berubah sedikit demi sedikit. Nak beli2 biarlah di pagi hari dan malam kita kekalkan dengan solat tarawikh tak kirala kalau koorang memang jenis gilir2 solat kat semua surau di UDM. Berbalik tajuk di atas aku tiba2 naik 'feeling' bila dengar lagu Dendang Perantau. Mana taknya, rasa macam duduk di perantauan jer (padahal kat Terengganu jer). So kawan2 yang lain mesti ada perasaan dan cerita bila berpuasa atau beraya jauh daripada keluarga....nun jauh di kampung halaman sana.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada adindaku, Muhammad Ajmal bin Anwar Apandi, abangmu mendoakan semoga kamu memperolehi keputusan yang cemerlang dan terbilang.

1 keluarga, ibu ayah didahulukan, keharmonian diutamakan.

04 September 2009

Pengalaman Puasa Anda di Bulan Ramadhan 1430H

Salam buat sahabat2 sekalian...
Seperti biasa dalam membahaskan sesuatu tajuk kita perlu lihat sejauh mana orang tertarik dengan topik perbualan kita. Sorila topik macam ala2 skema tapi x mengapa demi berkongsi pengalaman puasa aku kali ini bolehlah dianggap penuh dengan pengisian siang dan malam dengan pelbagai aktiviti.
Siang (Ahad-Khamis) Kuliah dan Jual Kat bazar...
Ulasan: Pengalaman jual kali ini best sebab aku dapat duduk as a student UDM yang berniaga di bazar dengan mencari sedikit income utk wang saku di hari raya. Maklumlah, ayah aku dah pencen,gaji pun separuh, my mom punya gaji je tinggal. So aku dah tekad raya kali ini aku ingat nak berdikari dan x nak nyusahkan diaorang. Baju, seluar, songkok n samping biar aku langsaikan...cuma baju raya sepasang n seboria dah ada orang sponsor.He3..Thanks ibu ayah!

Malam- Tarawikh....
Syukur kali ini aku dapat penuhkan malam dengan bertawarikh di setiap surau di kolej kediaman UDM dan juga Masjid UDM.Tiap2 malam aku gilir2 surau. Kejap Farabi, kejap Saodah, kejap Habibah, kejap surau baru kejap surau khansa' sememangnya aku dapat dengar alunan bacaan ayat Al-Quran dari pelbagai imam yg terdiri di kalangan mahasiswa UDM.

Tak lama lagi kita juga akan menyambut Nuzul Al-Quran iaitu memperingati peristiwa turunnya Al-Quran di bulan Ramadhan di mana menjadi kitab rujukan kepada seluruh umat manusia dan memisahkan yang hak dan batil.

Dikesempatan ini ingin aku mengajak rakan2 untuk sama2 memeriahkan kempen derma darah peringkat kolej kediaman pada 12 september 2009 dari jam9 hingga 12 malam bertempat di Lobi Kafeteria Baru. Memo akan diedarkan di semua surau UDM. Sekian