27 Disember 2009

Semester L.A.P.A.N. kini menjelma~apa perasaan kamu wahai ahmad aizat?`

Salam berita penting...
Sengaja nak komen untuk entry terbaru~
Semester lapan dah semakin menjelma~
Pensyarah baru dan lama kini bersama~
Mengajar aku subjek semua~
Agak2 boleh mantain ke gayanya?

(pantun tak cukup "kerat")

Dalam menyusuri arus kemodenan di UDM,
banyak perkara yang aku yakin dan pasti ramai yang tak amek sedar langsung beberapa bab...
kiranya aku tak leh la nak salahkan sebahagian manusia yang berdaftar as student UDM
tak mau amek pusing soal atau isu penting yang berkumandang di UDM~esp tempat tinggal koorang!
Simptom masih anggap gaya hidup Universiti masih sama dengan Asrama wajar dikikis agar budaya lewat ke kuliah atau budaya bising mampu dihakis dan dikikis~almaklumlah aku as college members'~
Kewujudan dan fungsi Kolej Kediaman pun aku rasa rata2 student tak perasan berbanding MPP yang sememangnya lebih kurang jew macam Pengawas Sekolah Menengah atau JPP di kolej atau matrik...
Isu seterusnya yang hampir lupa atau pudar dari ingatan sebahagian student adalah soal kepimpinan tertinggi pelajar~bilakah pemilihan MPP nak dibuat secara open tender?Maksudnya tak disorok2 dalam soal memilih calon dan hebahan maklumat kepada mahasiswa bila dan masa akan diadakan itu atau ini. Hakikatnya selepas 4 tahun aku di UDM pihak tertentu berjaya menjadikan mahasiswa UDM tidak terpikir soal demokrasi atau kepentingan dalam pemilihan individu yang layak untuk mewakili mereka,semuanya serah pada HEPA~Janji tidur ok, makan sedap mandi basah,kami tak nak komen! Bagus sekali "stigma" yang berjaya diwujudkan di UDM.Apa tindakan aku kali ini?Jawapannya mudah,biarkanlah semoga kamu sedar siapa yang kamu pilih.Masing2 dah besar.Nak minta nasihat aku boleh tak minta pun tak apa.
Budaya belajar atau Campus Life di UDM bagi aku masih belum wujud atau kalau ada pun baru 10%!Entahla apa silapnya.Ikutkan UDM dah jadi IPTA sudah masuk hampir 4 tahun.Ada student beritahu pada aku akibat tekanan daripada pegawai keselamatan yang tidak membenarkan belajar hingga lewat malam maka budaya itu terpakasa dipendam!
Baiklah,aku akan berikan penjelasan mengenai isu ini.Kedua-dua pihak kena faham akan situasi ini.Belajar atau belai jer...
Yang belajar ini kalau ada buku ladtop dan bahan ilmiah termasuklah aktiviti ilmiah seperti latihan debat dll yang semestinya kena lebih daripada 2 orang wajarlah diberikan kebebasan untuk belajar tanpa gangguan dan semestinya mereka ini kena faham belajar di tempat yang cerah dan tidak ter'lalu' sunyi~
Maka yang belai jer,adalah jenis belajar budak2 melayu yang konon2 bawa buku dan ladtop ni ke hulu hilir cari pot (kebanyakkan di kafeteria la) duduk berdua di atas bambu, pergh! belajar dan belai jer!Di sini barulah perlukan pengawasan dan teguran dari pihak berwajib.
Sebenarnya kita terlupa yang UDM adalah IPTA.Maka perlu ada perbezaan ketara mengenai undang2 atau peraturan UDM dan KUSZA.Bila dah jadi UDM risikonya lebih besar tapi kita sebenarnya masih boleh mengawal melalui peraturan2 yang bersifat dalaman iaitu yang diwujudkan bagi mengawal sosio-budaya budak2 UDM.So apakah target UDM?
Bila menjadi UDM,peraturan atau etika bersifat terbuka!Namun kawalan dan pengawsan boleh diwujudkan bukan untuk tindakan tetapi lebih bersifat halus dan mendidik!
Justeru itu, untuk makalah kali ini aku berhenti sampai di sini.Esok pagi nak belajar kereta.
Selamat tahun baru 2010 dan memulakan hidup dengan azam yang baru.
Wassalam.

21 Disember 2009

Isu Semasa~Teka silangkata Berita Harian~Lesen Kereta~Tesis~Rombongan Pertunangan ke KL~Result Sem 7~Bajet 2010~

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Minggu ni banyak isu nak dikupas,dan harap koorang sanggup baca dan berjela2 sampai lebam~
Tajuk entry kali ni pun boleh tahan banyak,so bagi menjimatkan masa aku hanya mengupas setiap tajuk melalui permasalahan pokok saja~bukan pokok kedundung~ahaks!
1. Teka silangkata~ini bukan mainan mudah...
keje ni la yang banyak menganggu aku seminggu yang lepas...
bukan x ada faedah cuma dia buat aku & ayah aku jadi gian bila setiap 'puzzle' dapat diselesaikan
paling x blah,pak sedara aku pun masuk jugak...cuma x taula dia berjaya habiskan tak...
cuma isunya di sini,aku melihat penganjuran teka silangkata oleh BH ini amatlah bagus kerana mampu mendatangkan minat & galakan kepada rakyat malaysia untuk menambah kosa kata & memperkayakan istilah2 baru~saper tau nama lain cacar air selain jeluntung?ha2
so,Alhamdulillah...selepas perjuangan selama seminggu aku berjaya siapkan bersama ayah aku (checker) dan aku ada nazar andai terpilih sebagai juara....apa dia?
nak beri sikit pada mak ayah aku buat tanggung pergi HAJI...Amin
selebihnya aku nak simpan untuk bina masa depan...Kahwin???

2. Lesen Kereta~huh,setiap kali belajar kena marah,tak mengapa...
Minggu ni dan depan aku sibuk belajar kereta...
padahal tiket balik tganu dah beli~29hb 12.2009 pukul9.00pm!
so,maybe aku terpaksa tangguhkan sebentar & kena sambung semula nex happy new year...
Alhamdulillah aku dapat seorg cikgu yg tegas & tak jemu ajar aku~
kanak-kiri-tekan clutch-tekan brek-angkat hand brek-bla3x

3. Tesis oh tesis...perjuanganmu belum selesai
sepanjang cuti ni dengan kesibukan benda2 di atas sedikit sebanyak telah menganggu tumpuan aku pada si tesis ni~
bukan nak menduakan dia tapi aku betul2 sibuk~
maafkanlah aku tesis~ha3
macam dialog Aliff Firdaus takpun Natrah atau Nur Kasih...
naik cuti ni siaplah ko!
masa ku untukmu jua~tesis

4. Rombongan Meminang bukan rombongan Che Kiah tau...
hari jumaat minggu ni dengan diiringi beberapa buah kereta mewah akan menuju ke KL
sebab apa?
ada majlis pertunangan ke KL...
bila,siapa & dimana?
semuanya terpaksa dirahsiakan dahulu.he2

5. Result sem 7...dimanakah silapnya?
erm,sejak entry ni ditaip macam2 berita yang aku dengar tapi yang pasti result tak kuar pada hari ni (21.12.2009)
antara isunya, keluar 27hb tapi daftar kursus 24hb...
ada plak kata keluar 24hb...
ada yang berbunyi keluar lepas meeting akademik harini
apa pun result sudah pasti akan keluar
cuma masa & ketika kita pun xtau~
cuma aku berdoa yang terbaik bagi result sem lepas & sem last aku nanti...

6. Bajet 2010~apa cer....
orang kata orang poteng meeting selalu rugi~
orang kata silap langkah seribu bahaya mendatang~
dan paling best, jangan ponteng keje nanti cikgu marah...
begitulah nasib yang melanda muasir ini...Datuk Najib sound direct jer pada MP2 BN~
usul bajet yg diminta undi belah bahagi oleh Pakatan Rakyat (PR) hampir buatkan sejarah baru rakyat Malaysia iaitu kerajaan ditumbangkan sebab tiada duit jika usul Bajet 2010 ditolak~kata pandikar Amin kita punya speaker Parlimen...
buktinya,
MP BN : 66
MP PR : 63
majoriti : 3...
apa implikasi kalo PR berjaya? bak kata Pandikar Amin ini jawapannya,
mandat terpaksa ditentukan melalui pilihanraya baru
hilang sokongan kepada PM
tiada wang atau kewangan yang boleh disalurkan bagi apa2 perbelanjaan pada januari 2010
huh...lain2 aku xtau lagi
cuma ia merupakan satu bentuk signal atau loceng dr PR kepada BN supaya sentiasa mengambil serius dalam apa jua keadaan...zaman dah berubah & dunia dah maju

salam Tahun Baru Hijrah 1431 & Tahun Baru Masehi 2010...

16 Disember 2009

~debaran semakin memuncak~Apa cerita best koorang time sekolah menengah?~kongsi blehhhh?

kadang kala pernah tak koorang terpikir~
kalau masa dipusingkan semula macam2 koorang nak ubah~
kiranya buat yang terbaiklah???
Ya!....begitu juga macam aku...
teringat masa sekolah menengah dahulu....
d'SMKA sultan muhammad, batu berendam, melaka
alangkah macam2 memori & kenangan terindah (samsons)
tapi tak semuanya ia berakhir dengan 'sweet memory'
macam aku, pernah masuk pertandingan pidato piala diraja peringkat kebangsaan bertempat di hotel olimpia (cukup maen berdebar2)
almaklumlah~budak kampung masuk hotel 5 bintang,kena plak jadi wakil melaka~hu3
...dengar jer nama seperti KIK, SMS dungun, MCKK, SMS pokok sena...huh~aku terus jadi 'kecut'
mana taknya nilah bidang yang aku jadi 'bidan terjun; disebabkan tak ada wakil sehingga melayakkan aku sejauh begini~thanks cikgu surati yg banyak membimbing aku ke saat itu...
pada peringkat separuh akhir kebangsaan~aku tersingkir cuma aku terkilan tak mampu berikan yg terbaik buat ibu & ayah aku yg turut hadir~ntahla....mungkin disaat kesedaran aku memuncak pasti aku boleh masuk akhir kurang2 keluar TV 1!he2...
itu babak 1...babak 2 plak aku menyertai pertandingan larian peringkat kawasan bukit china~
dapat masuk akhir 4x100m tapi aku tak pergi sebab makluman awal team kitaorg tak layak~oh! miss~
soal exam janganlah nak kata kalau ditakdirkan kembali,pasti koorang jadi albert einsten~takpun jemmy neutron~ha2
aku terkilan tapi pasrahlah jugak,bila paper yg aku paling minat ADD MATH x dapat A, tapi sangkut B+~rasanya aku dah kecewakan cikgu math aku jew time tu~tapi sekarang langsung tak praktik dah~ngeh2
banyak lagi babak2 manis yang aku nak kongsi ketika di sekolah menengah~walaupun sekolah aku semua lelaki~hu3
jumpa lagi lain hari lain entry~sekian

11 Disember 2009

Asbab aku tak ber"kapel" sejak berada di UDM???

Salam...Salam...Assalamualaikum!
(sajer nak suruh koorang jawab sebab memberi salam itu sunat menjawab itu wajib)

tazkirah ringkas. Sekian....dah habis ker?
belum la....he2
baiklah bagi menjawab persoalan yang dilontarkan kepada aku selama ini mengenai perihal tajuk di atas, suka aku jawab beberapa kenyataan yang mengatakan bahawa aku dah dimiliki adalah satu tuduhan yang tidak berasas sebab tidak ada cincin di jari manis aku...
teng
ok....
oklah,aku senaraikan 'alibi' yang menunjukkan asbab aku tidak ber'kapel' di UDM bukan disebabkan aku jual mahal, jual murah (macam YES jer...) ke ape2la tapi adalah...
1. Terlalu 'memanjakan' orang lain hingga lupa untuk 'memanjakan' diri sendiri
2. Tanggungan aku belum mampu untuk menanggung si 'dia' buat masa ini
3. Jalan terbaik untuk declaire dgn seseorang 'awek' bagi disunting menjadi ISTERI adalah bila aku dah keje...
4. Tak salah kot kalau nak kenal tapi masa aku kena bahagi pada si dia...erm
5. Selama 7 sem terlibat dgn badan pelajar, tak kira atas, bawah atau tengah semua sibuk...so in d last sem is my time 4 search somebody...
6. Nasihat dari orang2 berilmu penting dalam membimbing hidup kita. maksudnya aku nak dapatkan pandangan dari pensyarah aku terlebih DULU bila tertarik pada seseorang...
7. Perkahwinan itu umpama membina masjid. So, nak lukis pelan bukan senang. begitu juga dalam proses perkenalan utk kasih yang berkekalan bukanlah suatu yang senang.
8. Erm, ko nak kapel sampai bila? Elok kapel ditukar kepada tunag. So sume nak kena pakai duit. Ayoyo, malula kapel pakai duit pinjaman. OPS~!!!
9. Aku dah serik bercinta~ditinggalkan~dijanjikan~dikhianati :P
10. Famili aku ada sistem pengiliran kahwin. So buat masa ini abang 2nd aku kahwin, kak yong aku belum lagi...achik plak dah lama kapel,takpe kot adik kawen dulu dr abg...aku nak kumpul sedikit harta untuk bina sedikit keselesaan hidup selepas kahwin (Terengganu)

Faktor2 sampingan (ciri2 bakal isteri ku kelak...pergh macam poyo jer)
1. Perempuan solehah-bagi menegur aku tika kelalaian
2. Pandai memikat...bukan kopi janda~
3. Orang terengganu~btol ker?kalau dah jodoh terima jer...
4. Sedia tinggal bersama dengan ku di Terengganu (Pilihan jika jodoh luar terengganu)
5. Mampu memahami kesibukan aku jika dalam proses awal perkenalan...kalau terpikat di UDM
6. Saling ingat-mengingati dan pesan-memesan
7. Faham sikap dan sifat aku kalau mesra dengan semua orang~dont b GATAl!
8. Berharapkan dia seorang yang pandai ENGLISH dari aku, bukan apa boleh tolong bab2 yang aku tak faham...
9. Famili dia terima aku dan si dia hendaklah akur jika aku lebihkan ibu aku,bukan apa kasih isteri berpada2 tapi kasih ibu bawa ke syurga
10. Dialah ISTERI ku dunia dan akhirat..Amin

10 Disember 2009

Dialog aku dengan pemuda cina

Asslamualaikum & salam sejahtera
Harap semua ok.... O_o
mase aku tulis pasal entry di atas macam2 kerisauan dah mula timbul dalam benak hati & fikiranku...
1. Result dah nak keluar (dengar cerita semua jatuh... macam lagu Adam-jatuh)
2. Tesis masih di permulaan...Naik semester banyak kena buat-siapkan jadual hari2!
3. Berat badan kena turun kan bro! Eh, aku dah jumpa formula mujarab...Rahsia!
4. Majlis kahwin berlambak member, sedara, kawan lama dan abang kandung...
5. Bagaimana nak cari awek yang memiliki ciri2 seorang ISTERI solehah???

Baiklah pasal tajuk kat atas,mesti koorang bengang sebab aku kona citer lain dulu,
nasiblah blog aku :P

di satu tempat di negeri melaka-aku dan pemuda cina asal bemban, jasin
aku panggil dia apek la senang....
Apek-haiya lu duk mana?
Aku-Umbai,ikan bakar maa...
Apek-belaja ka kerja?
Aku-erm...belaja
Apek-Kat mana ya?
Aku-sama itu negeri terengganu
Apek-wah sana ada bz mcm melaka?
Aku-tak ada,biasa2...aku ingat nak duk sana nanti
Apek-napa lu mau duk sana?makan murah ya?
Aku-a'ah, (sambil tgk perut sdr...no komen)
Apek-itu perempuan tutup kepala ramai ya?ada seksi2?itu hukum potong tangan ada tak?
Aku-perempuan sana masih ok,maybe budaya dan adat telah terbiasakan diaorg...hukum tu tak ada dilaksanakan lagi...(boleh tahan apek sorang ni)
Apek-bla..bla...bla...
Aku-Adoyai,banyak plak tanya....last2
bukan aku tampau dia tapi aku ajak die honeymoon lepas kawen kat Terengganu!
ngeh3...(sorila tak minat taip panjang2)
Okla...next entry aku akan ceritakan mengenai pelan semester depan dan result aku,sama ada ok ker tak...samalah berdoa.

02 Disember 2009

Kisah melalui gambar (Kenangan wif sahabat lama di MP Bowling Center-Seoul Garden-Old Town White Coffee

Salam semua...Sempena hari ketandusan idea,maka aku nak ubah gaya penulisan aku dari tepi ke tengah n huruf dikecilkan.Sekian.Belum habis lagi...
Baru2 ni aku berpacaran (ini bukan dengan gewe..)wif my frenz from MMU (macam2 uzair) di Mahkota Parade.Kita orang plan nak fight bowling kat MP,tempat lama kita orang lepak main bowling dulu.So pertarungan bermula dengan dasyat sekali.Result...

1st match-aku (132) vs UJ (128)


2nd match-aku (92) vs UJ (96)....3th & 4th UJ menang daa...
nevermind! kata friendly...he3
so,terdetik di benak aku alangkah dapat kumpulkan budak2 ex-skdhb'09@ ex-SMKASM'04@ ex-KMJ'06 sama2 main bowling ker konda-kundi ker makan ikan bakar bersama...yum3...(cukup aizat kata nak diet time cuti..hik3)
then lepas melenguhkan tangan masing2,aku terus pergi menunaikan solat di surau MP,lama tak pergi macam2 dah ubah.Mujur tak masukkan Roller Coster jer dalam MP.Ada gambar paling best kat bawah ni...he2


Koorang kalo baca yang rule no.2 memang tak blah!Dilarang mengubah arah kiblat.Memang bapak giler setan kalo ade yang berani tukar arah kiblat yang dilekatkan di atas syiling surau tu(selalu je penuh,kalau ada can tak tau la plak aku)
perut dah lapau (bahasa di alek melaka),pendebatan berlaku...
pizza hut vs seoul garden?
finally....seoul garden (pakej student=RM23+++)

atas ni aku punya masakan :)
so apa lagi bantai jer makan sampai kenyang,

daging & ayam punyalah banyak...sayur aku tak ambil (terlepas pandang)
air dia dah la macam2 panas sejuk beku semua ada (berapa kali refill pun aku lupe)

apa2pun thanks for UJ bcoz he suggest me to try and taste some foods from different resturants and most important is HALAL...
sebelum nak balik teman si mamat ni (kaki baju gak)
dari POLO ke Quicksilver ke Levis ke apa ntah kedai2 baju di Megamall
last place...Old Town White Coffee..
mamat ni belanja minum sambil sembang pasal awek!
awek lu tapi gua tak ade awek..hu3
moral dis stories-cepat2la ber'awek' supaya tak jeles tengok orang yang dah berkapel...huh aku jantan macholah! hehehe....
pertemuan ini ditamatkan kira2 jam 6.30 petang.TK