22 Februari 2011

Sudut Pandang Pasca Pilihan Raya Kampus UniSZA 2011

(Gambar hiasan: poster salah seorang calon kerusi FKI)

Assalamualaikum....warahmatullahi wabarakatuh.....


Panjang salam aku paagi ini (bangun awal sebab tak leh tidur lepas subuh...)

Seperti permulaan dalam melihat pilihan raya kampus unisza kali ini sebagai pemerhati dari jauh, aku beranggapan pada kali ini angin perubahan sememangnya akan berlaku walaupun sedikit. Kemenangan dan kekalahan beberapa calon 'kesukaan' terutama kekalahan mantan timb. presiden 1 mpp sdr izzudin bin rosli agak mengejutkan. Namun begitu, pada pandangan dan andaian aku sendiri sebelum berlangsungnya pemilihan mpp, aku sudah menjangkakan kekalahan yang bakal diterima oleh izzudin. Mungkin disebabkan beberapa faktor-faktor sekeliling atau dalaman yang akan aku cuba kongsikan. Tapi kemenangan saiful islam untuk kerusi umum memang sesuatu yg aku tak sangka tapi tak terkejut sebab mahasiswa telah melakukan protes terhadap 2 calon yang tidak digemari sejak awal kempen lagi (ala...koorang semua dah boleh agak!).

Tahniah buat kepimpinan baru MPP UniSZA sesi 11/12...Jalankan tanggungjawab yang diberi dengan adil dan amanah. Tempoh kempen dah tamat! Sekarang tempoh esessmen :P BTW, tahniah juga pada sdr Isa Yussuf yang memperolehi undi tertinggi (2k+++) dan memenangi kerusi umum. Umpama Lembing awang pulang ke ganggang, sdr Isa kembali ke kerusi mpp yg sebelum ini pernah disandang semasa mpp sesi 07/08. Tahniah juga kepada semua calon sama ada yg menang mahupun kalah kerana anda telah berusaha berkempen dan berhadapan dgn mahasiswa dlm rapat umum. Sesungguhnya bukan mudah utk bercakap di hadapan khalayak ramai (tiba2 teringat zaman bercakap di rapat umum kolej kediaman...sumpah kalau dah cakap tak reti nak berhenti ^_^)

Ada beberapa faktor kekalahan yg berlaku kepada calon spt izzudin rosli, tapi mungkin ia lebih mudah jika dikaitkan dengan faktor pemilihan riduan zaaba sbg calon dan dikatakan sbg regu kpd izzudin andai membentuk kabinet mpp nanti. Namun begitu, perkara spt dijangka tidak berlaku disebabkan kuasa mahasiswa atau protes mahasiswa terhadap dua calon ini.

Terdapat beberapa perkara yg aku sendiri amat berat utk kongsikan, walaupun ia adalah andaian peribadi dari aku sendiri tapi apabila aku memerhati dan mengikuti sepanjang perjalanan pemilihan mpp kali ini, memang andaian tersebut sedikit munasabah. (bukan pergi sabah naik basikal~woha!)

Kekalahan riduan zaaba adalah suatu yang telah dijangkakan sebelum PENAMAAN CALON diadakan. Bagi aku, dia mempunyai masalah peribadi yang masih belum diselesaikan dgn mahasiswa FKI (khususnya di peringkat PMFKI). Walau bagaimanapun, aku melihat kegagalan beliau dlm menarik perhatian mahasiswa di kolej kediaman di bawah dia sendiri (JPKP KK"A") telah memberikan gambaran kelemahan dlm urus tadbir kepimpinan mahasiswa. Jangan marah aku sebab aku bukan duduk blok USM yer, tapi aku tahu apa yg berlaku di sana. Aku sebagai mantan YDP kolej sendiri melihat usaha yg dilakukan dia di peringkat kolej masih jauh dan sikap yg dipamerkan dia sendiri telah memberikan persepsi buruk mahasiswa terhadap kepimpinan dia sendiri. LIHATLAH SESEORANG MELALUI AKHLAK, KERANA DENGAN AKHLAK ITU MAMPU MENARIK SESEORANG KEPADA KITA. Aku bukanlah baik sangat, bukan ustaz (walaupun student aku ada yg panggil..ngege) tapi ini adalah suara2 orang bawahan iaitu mahasiswa. Maka kelemahan dan kelompangan yg ada pada riduan telah memalit kepada potensi utk kemenangan izzudin bg mempertahankan kerusi mpp umum yg dimenangi sebelum ini. Jika pemilihan yg lepas, sdr izzudin memperolehi undi terbanyak namun untuk kali ini, dia hanya mendapat undi ke-7 terbanyak (kalau tak salah kiralah~ahaks!). Selain dikaitkan dgn 'stigma regu riduan', izzudin juga berhadapan dgn ketidak percayaan mahasiswa terhadap kepimpinan mpp dia. Mungkin dia memperolehi undi dari mahasiswa ipend, tapi TIDAK dari semua mahasiswa fakulti lain. Andaian aku disokong oleh penemuan beberapa orang mahasiswa (bukan pengkritik mpp unisza yew!he2) mengenai penolakan calon umum iaitu izzudin dan riduan zaaba. Baiklah, setakat ini utk fasa yg pertama, aku nak minum air seteguk,woha!

Kemenangan isa, pok cek, rai, marzuqi dan siti hajar; boleh dikatakan sudah dijangka dan diteka. Tapi kemasukan saiful islam sbg mpp kali ini sedikit mengejutkan kerana undi saiful telah mengatasi undi izzudin dgn bezza (bukan kereta produa yg baru k!he2) sebanyak 100 undi lebih (mungkin terlebih terkurang...ho2). Seminggu sebelum pemilihan, aku ada memberitahu kpd calon umum, isa yussuf mengenai calon saiful islam, kemungkinan kali ini saiful akan menang dan tak sangka jangkaan aku tepat! (ha2...gelak jahat!)

Bagi kerusi fakulti, aku kurang mengambil perhatian. Cukuplah sekadar aku meninjau di kerusi fakulti pengajian kontemporari islam (FKI) dan fakulti undang-undang (FUHA) kemenangan amirrul (bukan watak ustaz amirul slot zahra tv3 ye!) dan hasniza telah didudga, sebab calon no.2 najib kurang bersungguh2 berkempen dan paling tak blah, boleh plak seorang calon suruh mahasiswa undi calon lain~adoyai!ha3. Bagi calon kerusi FUHA kemenangan fitri memang aku jangkakan bukan sebab dia dan aku penyokong chelsea atau dia pernah join program aku dulu2, tapi undi mahasiswa lelaki telah pergi hampir 99.99 % kepada dia, manakala undi belah bahagi telah berlaku antara calon mogana dan diyana (kedua2 dari kelab orator, so koorang jangan gaduh2 tarik rambut :P )

Berhenti sekejap, nak masuk tandas jap!

Apapun amanah disandang, tanggungjawab digalas (bukan pilihan raya galas ye!) & tugas yang diberi haruslah dipikul dgn penuh akauntabiliti (tak ada kena mengena dgn pelajar akaun yerr...) Sungguhpun masing2 bertanding atas proksi masing2 Pro A ke Pro M ke Pro B <---macam nama berus gigi! koorang kena betulkan niat, "anda dipilih kerana apa?" Jangan dah naik lupa segala macam manifesto yg anda buat. Bukan manis di mulut atau keras diluar, cair di mulut :P Semoga kepimpinan MPP kali ini dapat meneruskan apa yg baik telah diperjuangkan oleh kepimpinan sebelum dan memperbaiki sebarang kelemahan yg wujud demi faedah insan!



Penulis merupakan mantan timbalan presiden MPP sesi 07/08 & mantan YDP kolej kediaman UniSZA sesi 08/09

7 ulasan:

Unknown berkata...

Wow... ulasan yang mantap! Syabas.... Musim2 revolusi asia barat ni camtu lah gayanya.... tak semesti yg menyandang akan menang... Suara rakyat adalah suara sakti... jika anda tidak 'bekerja' untuk mereka, mereka akan 'kerjakan' anda.... TAKBIR! Allah Maha Besar!

Mohd Syahmi Mohd Miswan berkata...

ulasan yg kaw2..hehehe..aku tak pandai nak komen banyak2, tapi ko sendiri2 faham la ejat eh..hehehe...moga kita semua dapat muhasabh diri dengan apa yg terjadi..:)

aunieZ berkata...

banyak btul salah eja nama org..kalu nama i salah eja i da kcik hati taw :p

'Aizat Annur berkata...

shaiham-selepas sekian lama 'terbiar'...

kure-kopi cap kapal api betul2 kaw!

iqa-takkan salah 'iqa' di eja :P

1976 bundle's berkata...

takbir!!!

Nabil Norhalim berkata...

gelombang apa yang sedang menerjah masuk ke kampus UniSZA agaknya, ternyata bukan lah intonansi merdu sang burung memukau seisi umat mahasiswa UniSZA, sang burung dan sekutu regu nyaring menyifatkan diri segagah rajawali di persada langit sana. dihimpunkan kata setinggi langit dengan amal secetek perigi. mahasiswa kini menilai kembali bait-bait lagu burung.
buat sang burung, tidak lah elok jika menjadi lalang yang tinggi, cuba segagahnya menutup ruang bagi si padi yang merunduk ke bumi berkhidmat bakti.
aku merasakan sangat terkilan atas apa yang berlaku pada sahabatku. pada hemat dan pndanganku. ombak gelombang harus terus menghayunkan badainya. sehinggalah kepimpinan mahasiswa terserlah mengubah sistem sosial, sistem pradaban mahasiswa.
-pengulas merupakan orang-orang di jelapang padi, melihat dan memahami seni alam dan signifikasi kpd manusia-

'Aizat Annur berkata...

mujahidabu-aduh terlalu terpesona atau terkesima dengan turutan ayat yg ditaipnya sebab terlalu tinggi bait2 kata yg dituliskan...hu3...tapi aku tau apa yg dimaksudkan walaupun terpaksa bertanya dgn sasterawan negara~ngege