Memaparkan catatan dengan label mahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahasiswa. Papar semua catatan

25 November 2010

Pembaharuan: Tidak perlu terlalu mendesak tetapi biarlah selangkah demi selangkah....

Salam Untuk Semua, yang bukan Muhrim jangan bersalaman dengan aku =P

Maaflah pada kalian sebab dah lama aku tinggalkan dunia blog ni sejak kecanggihan sains teknologi telah menarik ramai untuk ber'facebook' berbanding ber'blogging' yang suatu ketika dahulu sangat menarik minat kebanyakan manusia dalam, mahupun luar negara.

Sekarang pula kita berhadapan dengan dunia 'twitter'. Aku sendiri baru melibatkan diri dengan aplikasi twitter. Erm, modenisasi & globalisasi secara halus menjadikan alat atau mesin ini sebagai wadah untuk kita bersama-sama mengikut arus ciptaan mereka ini. Jika tidak, maka anda mungkin akan dilabel oleh kawan2, para pensyarah sebagai kolot, terkebelakang atau kembali ke masa silam macam cite 'back to future'.Eee...

Kembali aku ke duni blog ini juga disebabkan rasa tanggungjawab untuk mengembalikan mood blogging di kalangan mahasiswa UniSZA yang sewaktu ketika dahulu aktif dalam menyebarkan ideologi kemahasiswaan di kampus. Maaflah jika kebangkitan semula aku atau Renaissance ciptaan aku ini tidak digemari sesetengah manusia yang tidak mahukan 'freedom' di kampus Gong Badak. Al-maklumlah, dulu medium inilah yang banyak melontarkan buah fikiran bukan buah salak atau buah apa2 (jangan fikir kotor!)dalam memperjuangkan students' right~

Kini aku bergerak bukan atas landasan sebagai mahasiswa sarjana muda lagi, yang suatu ketika aktif dengan MPP, Kolej Kediaman, Orator dan lain2, tetapi aku hanya menjadi pemerhati dari jauh melihat pelakon2 yang sentiasa melakonkan wayang opera di UniSZA masih berada di tempat yang sama, malah kini mereka semakin agresif dan ada di mana2 mengaut keuntungan dan laba milik mahasiswa UniSZA. Bukan peruntukan tiada tetapi ketirisan dalam menggeluarkan peruntukan & wujud tangan2 yang mengaut 'untung' setiap program yang dijalankan di UniSZA, dulu kini & selamanya. Bukan mahasiswa punya kerja tapi jembalang! ha3~ada jugak SPRM datang UniSZA kalau baca entry aku ni.

Akhirul kalam, perubahan yang ingin disampaikan kali ini bukan berentak sama seperti dulu bukan kerana aku seorang pelajar MASTER tapi atas dasar komitmen pada UniSZA juga. Bukan membawa budaya liberal mahupun sekular, tetapi membawa budaya 'freedom in critics but still on academic fact'. Perubahan itu tidak perlu terlalu mendesak, tetapi biarlah selangkah demi selangkah. Walaupun makan masa, namun tidak sesekali makan hati =)

Sekian.

25/11/2010