22 Februari 2011

Sudut Pandang Pasca Pilihan Raya Kampus UniSZA 2011

(Gambar hiasan: poster salah seorang calon kerusi FKI)

Assalamualaikum....warahmatullahi wabarakatuh.....


Panjang salam aku paagi ini (bangun awal sebab tak leh tidur lepas subuh...)

Seperti permulaan dalam melihat pilihan raya kampus unisza kali ini sebagai pemerhati dari jauh, aku beranggapan pada kali ini angin perubahan sememangnya akan berlaku walaupun sedikit. Kemenangan dan kekalahan beberapa calon 'kesukaan' terutama kekalahan mantan timb. presiden 1 mpp sdr izzudin bin rosli agak mengejutkan. Namun begitu, pada pandangan dan andaian aku sendiri sebelum berlangsungnya pemilihan mpp, aku sudah menjangkakan kekalahan yang bakal diterima oleh izzudin. Mungkin disebabkan beberapa faktor-faktor sekeliling atau dalaman yang akan aku cuba kongsikan. Tapi kemenangan saiful islam untuk kerusi umum memang sesuatu yg aku tak sangka tapi tak terkejut sebab mahasiswa telah melakukan protes terhadap 2 calon yang tidak digemari sejak awal kempen lagi (ala...koorang semua dah boleh agak!).

Tahniah buat kepimpinan baru MPP UniSZA sesi 11/12...Jalankan tanggungjawab yang diberi dengan adil dan amanah. Tempoh kempen dah tamat! Sekarang tempoh esessmen :P BTW, tahniah juga pada sdr Isa Yussuf yang memperolehi undi tertinggi (2k+++) dan memenangi kerusi umum. Umpama Lembing awang pulang ke ganggang, sdr Isa kembali ke kerusi mpp yg sebelum ini pernah disandang semasa mpp sesi 07/08. Tahniah juga kepada semua calon sama ada yg menang mahupun kalah kerana anda telah berusaha berkempen dan berhadapan dgn mahasiswa dlm rapat umum. Sesungguhnya bukan mudah utk bercakap di hadapan khalayak ramai (tiba2 teringat zaman bercakap di rapat umum kolej kediaman...sumpah kalau dah cakap tak reti nak berhenti ^_^)

Ada beberapa faktor kekalahan yg berlaku kepada calon spt izzudin rosli, tapi mungkin ia lebih mudah jika dikaitkan dengan faktor pemilihan riduan zaaba sbg calon dan dikatakan sbg regu kpd izzudin andai membentuk kabinet mpp nanti. Namun begitu, perkara spt dijangka tidak berlaku disebabkan kuasa mahasiswa atau protes mahasiswa terhadap dua calon ini.

Terdapat beberapa perkara yg aku sendiri amat berat utk kongsikan, walaupun ia adalah andaian peribadi dari aku sendiri tapi apabila aku memerhati dan mengikuti sepanjang perjalanan pemilihan mpp kali ini, memang andaian tersebut sedikit munasabah. (bukan pergi sabah naik basikal~woha!)

Kekalahan riduan zaaba adalah suatu yang telah dijangkakan sebelum PENAMAAN CALON diadakan. Bagi aku, dia mempunyai masalah peribadi yang masih belum diselesaikan dgn mahasiswa FKI (khususnya di peringkat PMFKI). Walau bagaimanapun, aku melihat kegagalan beliau dlm menarik perhatian mahasiswa di kolej kediaman di bawah dia sendiri (JPKP KK"A") telah memberikan gambaran kelemahan dlm urus tadbir kepimpinan mahasiswa. Jangan marah aku sebab aku bukan duduk blok USM yer, tapi aku tahu apa yg berlaku di sana. Aku sebagai mantan YDP kolej sendiri melihat usaha yg dilakukan dia di peringkat kolej masih jauh dan sikap yg dipamerkan dia sendiri telah memberikan persepsi buruk mahasiswa terhadap kepimpinan dia sendiri. LIHATLAH SESEORANG MELALUI AKHLAK, KERANA DENGAN AKHLAK ITU MAMPU MENARIK SESEORANG KEPADA KITA. Aku bukanlah baik sangat, bukan ustaz (walaupun student aku ada yg panggil..ngege) tapi ini adalah suara2 orang bawahan iaitu mahasiswa. Maka kelemahan dan kelompangan yg ada pada riduan telah memalit kepada potensi utk kemenangan izzudin bg mempertahankan kerusi mpp umum yg dimenangi sebelum ini. Jika pemilihan yg lepas, sdr izzudin memperolehi undi terbanyak namun untuk kali ini, dia hanya mendapat undi ke-7 terbanyak (kalau tak salah kiralah~ahaks!). Selain dikaitkan dgn 'stigma regu riduan', izzudin juga berhadapan dgn ketidak percayaan mahasiswa terhadap kepimpinan mpp dia. Mungkin dia memperolehi undi dari mahasiswa ipend, tapi TIDAK dari semua mahasiswa fakulti lain. Andaian aku disokong oleh penemuan beberapa orang mahasiswa (bukan pengkritik mpp unisza yew!he2) mengenai penolakan calon umum iaitu izzudin dan riduan zaaba. Baiklah, setakat ini utk fasa yg pertama, aku nak minum air seteguk,woha!

Kemenangan isa, pok cek, rai, marzuqi dan siti hajar; boleh dikatakan sudah dijangka dan diteka. Tapi kemasukan saiful islam sbg mpp kali ini sedikit mengejutkan kerana undi saiful telah mengatasi undi izzudin dgn bezza (bukan kereta produa yg baru k!he2) sebanyak 100 undi lebih (mungkin terlebih terkurang...ho2). Seminggu sebelum pemilihan, aku ada memberitahu kpd calon umum, isa yussuf mengenai calon saiful islam, kemungkinan kali ini saiful akan menang dan tak sangka jangkaan aku tepat! (ha2...gelak jahat!)

Bagi kerusi fakulti, aku kurang mengambil perhatian. Cukuplah sekadar aku meninjau di kerusi fakulti pengajian kontemporari islam (FKI) dan fakulti undang-undang (FUHA) kemenangan amirrul (bukan watak ustaz amirul slot zahra tv3 ye!) dan hasniza telah didudga, sebab calon no.2 najib kurang bersungguh2 berkempen dan paling tak blah, boleh plak seorang calon suruh mahasiswa undi calon lain~adoyai!ha3. Bagi calon kerusi FUHA kemenangan fitri memang aku jangkakan bukan sebab dia dan aku penyokong chelsea atau dia pernah join program aku dulu2, tapi undi mahasiswa lelaki telah pergi hampir 99.99 % kepada dia, manakala undi belah bahagi telah berlaku antara calon mogana dan diyana (kedua2 dari kelab orator, so koorang jangan gaduh2 tarik rambut :P )

Berhenti sekejap, nak masuk tandas jap!

Apapun amanah disandang, tanggungjawab digalas (bukan pilihan raya galas ye!) & tugas yang diberi haruslah dipikul dgn penuh akauntabiliti (tak ada kena mengena dgn pelajar akaun yerr...) Sungguhpun masing2 bertanding atas proksi masing2 Pro A ke Pro M ke Pro B <---macam nama berus gigi! koorang kena betulkan niat, "anda dipilih kerana apa?" Jangan dah naik lupa segala macam manifesto yg anda buat. Bukan manis di mulut atau keras diluar, cair di mulut :P Semoga kepimpinan MPP kali ini dapat meneruskan apa yg baik telah diperjuangkan oleh kepimpinan sebelum dan memperbaiki sebarang kelemahan yg wujud demi faedah insan!



Penulis merupakan mantan timbalan presiden MPP sesi 07/08 & mantan YDP kolej kediaman UniSZA sesi 08/09

07 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina :: Aku lahir tahun arnab :P


Gambar hiasan
Kenapakah unisza tak buat sambutan tahun baru cina utk meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya di unisza (wpun mereka x ramai) sbb x guna kalau belajar kenegaraan@TITAS sedangkan implimentasi ke arah pemahaman toleransi budaya masih kurang bersemi dlm diri mahasiswa.xyah susah2,buat aktvt bawa tanglung & bg limau je~nak best lg wat tarian naga,yee sang&bakau bunga api.he3 (tringat memori di matrik jhr dlu)penyertaan xkire cina ke malay ke indian =)

p/a-aku lahir tahun arnab!!!he3 :P

29 Januari 2011

HAPPY BIRTHDAY PUTERA ANNUR



>>> Inilah kek hari jadi aku yang ke.....(agak2 berapa koorang teka???)
>>> Thanks pada kak yong aku yg menempah kek segar dari ladang >_<
>>> Apapun, dikala umur meningkat dewasa, aku masih dapat kek :)
>>> Dan yang paling penting kek ini tiba masa aku dalam pantang (lepas accident) :(
>>> Istimewanya kek ini ialah, akak aku bubuh nama fames@nickname FB@blog aku, "ejat" & "putera annur"
>>> So jemput2lah makan kek keju snickers =)

***HAPPY BIRTHDAY PUTERA ANNUR***

28 Januari 2011

Kemalangan & Syafakillah



(wajah ceria pesakit dlm kenderaan rasmi UniSZA >van kecemasan<)

Assalam...bertemu lagi sekali dengan wajah baru :) baru2 ni aku telah melalui satu detik yg agak mencemaskan,iaitu kemalangan jalan raya dimana motor panther merah yg selalu koorg nampak di unisza tue telah dilanggar oleh pemilik kereta kereta perdana v6....



(ini bukan kesan 'penderaan' akibat dirotan ye >_<)

kejadian berlaku kira2 jam 10.30 pagi di laluan lurus selepas sempang empang stadium gong badak atau di jalan semarak... Kemalangan terjadi apabila motor ak digesel dari belakang (w/pun polis kata tepi motor tapi signal belakang motor telah patah!) telah menyebabkan berpusing beberapa kali lalu jatuh bergolek2 ala2 filem hindustan....koorg boleh bayangkan aksi bergolek bukan heroin dia k >_< style="text-align: center;">

(ini juga bukan kesan dera tapi melecet dr kaki hingga ke punggung (bontot))

Terima kasih kpd semua teman2 esp my beloved keluarga; buat Sdr Burhan yg menemani aku d HSNZ sampai ke UniSZA (merasa naik van kecemasan UniSZA & BMW yg dipandu oleh 2 org brother ke HSNZ..he3)kpd mustaqim (wakil MPP yg menguruskan laporan kpd phk UniSZA & pok ya yg memandu van kecemasan berserta kain yg diberi pinjam (pok nnt balik sy ganti balik :P) dan paling trimas buat rumateku, sdr razif@ustaz yg melayan kerenah ak semasa sakit di bilik...

Rumate aku ni yg paling baik (bukan bodek) sebab sepanjang aku terlantar di bilik Q 5-1/2 dialah yg tlg amekkan wudu' (gaya org uzur), belikan makanan & paling x lupa sewaktu mula2 nak cari pasir utk tayammum~syukurlah ade teman yg sebaik hati ini w/pun seorg :)

Apapun Alhamdulillah...ak petik ayat dr sahabat ak 'kenapa Allah tidak berikan ujian ini pada org lain?itu tandanya dia sayangkan kau & aku masih bernyawa hari ini. Syukur'

Semoga sahabat2 sebelum naik kenderaan membaca doa & mengucap jika perlu...Ajal jodoh di tangan Tuhan kita hanya merancang tapi Allah menentukan segalanya.

p/s-detik paling best ketika berpusing atas motor selepas dilanggar dan bergoilek berkali2 di atas jalan sambil sebut nama Allah :)

10 Januari 2011

Percubaan Pertama: Mulakan langkah mendekati mereka yang memerlukan :)

Assalam...
Maaflah buat kenalan semua selepas sekian lama tidak meng'update' blog disebabkan FB sering mencuri perhatian. Disebalik kesibukan kerja & urusan GRA (bukan GRO yer :P) perlu juga kita berkongsi sesuatu dgn kenalan blog lain. Sekarang aku sedang bertungkus lumus mencari & menyelami kehidupan2 yang dialami oleh mereka2 keluarga HIV/AIDS di negeri Terengganu. Suatu kajian yang menarik dan mencabar, namun dalam masa yang sama masih kurang diterokai oleh kebanyakan kita. Setiap isnin dan rabu adalah masa untuk aku bersama dengan mereka yang memerlukan perhatian dan dorongan semangat bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup. Satu kisah yang ingin aku kongsikan adalah pertemuan dengan seorang ayah yang menghidap HIV + namun disebalik tanggapan masyarakat bahwa keluarga ini sentiasa 'tidak sejahtera' dan bermasaalah namun keadaan sebaliknya yang aku dengari dari si empunya diri. Mana tidaknya aku berjumpa dengan seorang ayah yang mempunyai anak2 yang berjaya, seorang ke MRSM dan seorang ke asrama. Anak2 keluarga yang sihat dan lebih 'sejahtera' pun ada yang 'hanyut'. Begitulah persepsi masyarakat kita hari ini yang terlalu cepat menuduh dan menjatuh hukum ke atas seseorang sedangkan kita tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Dan ini juga merupakan 'kebodohan' dan 'kedunguan' diri sendiri. Lihatlah hari ini masyarakat terlalu mudah percaya dari mengambil pendekatan menyelidik ataupun mengenali sesuatu masalah berbanding menjatuh hukum semata-mata. Adakah ini dinamakan sikap masyarakat madani? Rata-rata keluarga yang aku temui mereka mahukan sokongan dan bantuan daripada masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup terutama perkembangan dan pelajaran anak-anak mereka. Ayuhlah rakan2 kita mengubah persepsi ke atas seseorang dengan melihat, menyelidik dan menilai terhadap sesuatu masalah terlebih dahulu. Penyakit HIV ini hanya tersebar dari 3 bentuk cara. PERMINDAHAN DARAH, PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN & HUBUNGAN SEKS TERUTAMA LESBIAN DAN GAY. Dan penyakit ini juga jika dibandingkan dengan Hepatatis B dan H1N1, HIV/AIDS duduk di tangga ketiga. Manakah tidaknya, H1N1 dan Hepatatis B lebih mudah tersebar dalam udara melalui percakapan dan sentuhan berbanding HIV/AIDS. Bagaimana koorang terkejut tak? Kita sering dimomokkan mengenai bahaya HIV/AIDS...itu selepas koorang atau sesiapa terkena atau mencari penyakit itu. Tapi penyakit H1N1 dan Hepatatis B koorang sendiri kalau tak hati2 memang boleh terkena atau melekat di sebalik bergaul dengan bermacam2 manusia sekeliling yang kita tidak sedar status kesihatan mereka. Semua ini disebabkan fungsi dan peranan media massa hari ini yang memainkan peranan tersebut dalam memberikan kesedaran total mengenai penyakit ini. Justeru itu, kawan2 semua janganlah kita rasa elegik atau takut tak tentu pasal bila ada dalam kelompok tempat tinggal koorang mereka yang menghidap HIV/AIDS. Tertarik untuk berkongsi kata2 oleh seorang penolong pegawai AADK negeri Terengganu berkenaan isu ini semasa beliau menyampaikan ceramah di salah sebuah lokasi di Terengganu, "Adakah anda semua boleh yakin dan percaya bahawa keturunan anda, anak anda, cucu anda dan waris anda akan terselamat daripada penyakit dan gejala HIV/AIDS atau dadah?"...persoalan yang dilontarkan oleh beliau telah menyebabkan semua hadirin (ada juga Dato' dan Datuk) terdiam seribu bahasa dan ada juga yang menggelingkan kepala menandakan bahawa mereka bersetuju dengan kenyataan pegawai ini. Generasi akan datang kita belum pasti dapat menjamin mereka selamat dari wabak seperti ini jika kita sentiasa prejudis daripada mengambil tahu mengenainya. HIV/AIDS untuk difahami bukan untuk ditakuti iaitu sebuah slogan atau tema yang cukup memberi kesan dan makna kepada aku dan juga koorang yang masih waras :) Lain-lain perkara, aku hanya nak maklumkan pada sesiapa yang membaca entry ini ingatlah tarikh ini 18 JANUARI 2011...Fikir2kan apakah peristiwa pada tarikh itu. Wassalam