06 Disember 2011

Antara filem Arthur Christmas & Misteri Jalan lama : Umpama Realiti & Fantasi

Assalam semua...kali ini saya akan membuat review berkenaan filem yang baru saya tonton iaitu, Arthur Christmas & Misteri Jalan Lama. Baiklah. Kedua2 filem ada kekuatan masing di sebalik genre filem yang berbeza. Satu mewakili puak kartun animasi. Satu lagi mewakili puak fantasi aksi seram bagai* (tak dapat dipastikan sampel genre ape!). Apapun kedua2 filem memberikan persepsi kepada aku untuk mengomen dan membuat penilaian ke atas filem2 tersebut sebab aku dah menghabiskan duit pada kedua2nya....ngege~

Filem : Arthur Christmas
Mengesahkan seorang budak bernama Arthur yang ayahandanya seorang santa dan atuknya juga seorang ex-santa. tinggal di kutub utara kadang2 ingat kutub selatan. ada seorang abang ala2 komando iaitu steve. kerjanya adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kanak2 setiap kali tibanya malam krismas, apakah perkhidmatan itu? maka jawapannya sudah tentu adalah hadiah yang diminta oleh bebudak. lebih kepada cerita kanak2 tetapi orang dewasa macam aku pun masih terhibur. kadang2 gelak sipu2 bahasa. apapun jalan cerita menarik, lawak ada sikit tetapi berisi dan ada kandungan pengajaran. sesuai untuk tontonan seisi keluarga, mak ayah adik abang akak n tok abah! untuk filem ini saya beri 3 1/2 BINTANG!!!

p/s: kalau aku nak request hadiah rumah banglo, agak2 santa hantar tak? (jawapan:mengarut sume tu!)

Filem : Misteri Jalan Lama

Menceritakan tentang seorang pelakon Que Haidar sebagai Eldar ke ape ntah (tak dengar jelas sbb nama terlalu klasik!) dan abangnya Hans Isaac sebagai Indera! lama tak berjumpa tetapi bertemu apabila kematian abah dia dalam kemalangan jalan raya. cerita banyak suspens dan agak seram mula2 macam tak sesuai dengan label 13pg! banyak sangat 'hantu' rambut putih keluar masuk....hush! last2 itulah watak wardina imran....tapi pelik kat bunting muke cumey tp dalam filem sikit macam 'hitam kelat'! boleh dikatakan aku sedikit terpinga2 dan terlayang memahami jalan cerita (mungkin ini dinamakan misteri jalan lama). plot demi plot buat penonton jadi terpaku (padahal tak tahu!) mula2 watak dengan gangster, pastu makhluk ntah apa2, kemudian jumpa watak seram2 last sekali jumpa alam fantasi! justeru itu, saya nasihatkan diri saya dan rakan2 semua untuk berfikir 5x sebelum tonton cerita ini walaupun pengarah die adalah nama besar dalam insdustri perfileman malaysia! untuk filem ini saya beri 2 BINTANG!!!

p/s: apa beza buat filem untuk kepuasan sendiri dan mencari kelainan yang menampakkan kebodohan sendiri?ermm

05 Disember 2011

Kahwin Sekarang? Siapa Takut!

Kahwin Sekarang? Siapa Takut!
Alhamdulillah...Lama tidak mencoretkan sesuatu yang berharga mengenai sesebuah buku. Al-maklumlah manusia ini kadang2 pemalas nak baca benda2 yang bermanfaat & berfaedah berbanding baca novel atau berita gosip. Di sini saya ingin berkongsi sebuah buku yang saya beli semasa pulang dari kenduri kahwin adik orator di dungun dulu. Pada asalnya saya amat tertarik dengan buku 'Al-Ikhlas : Jalan ke Syurga' tetapi lepas pusing2 jadi terpaku melihat sebuah buku yang bertajuk, 'Kahwin Sekarang? Siapa Takut!' tulisan Akhmad Muhaimin Azzet. Suatu perkongsian daripada penulis yang menceritakan pengalaman yang beliau lalui dengan disertakan ayat2 al-Quran dan al-Hadith. Sebuah buku yang wajar dikongsi bersama anak muda yang suka berpacaran atau berdua-duaan hatta termasuk jualah mereka yang baru bertunang. Buku ini menceritakan manisnya perkahwinan itu di sisi Islam dan kelebihan yang Allah berikan. Selamat membaca ^_^

p/s-penulis bagi 4/5 bintang!

02 Disember 2011

Kepulangan dinanti, kesyukuran dirai

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah esok kepulangan bonda & ayahanda tercinta dari Tanah Suci Makkah setelah 40 hari berada di sana mengerjakan ibadah haji, umrah & ziarah. Kususun sepuluh jari menadah tangan syukur pada-Mu kerana Engkau telah memilih mereka menjadi tetamu Allah untuk 'bertemu' & beribadat di rumah yang Maha Mulia di bumi Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Setiap kali selepas solat tidak sesekali aku terlupa untuk mendoakan kesejahteraan & keselamatan diri mereka. Perasaan rindu & sayang sering kali mengamit diri ini tatkala teringat akan mereka. Walaupun begitu, dek kecanggihan sains & teknologi aku dapat SMS & berborak dgn bonda & ayahanda tercinta di bumi Makkah & Madinah. Sesungguhnya, rasa syukur dan gembira menanti kepulangan mereka pada keesokkan harinya. Semoga kepulangan bonda Nurul Humaimah bte Abd Wahid & ayahanda Anwar Apandi bin Abd Hadi akan membawa 1001 sinar rahmat & berkat ke dalam teratak Annur nanti. Sekian.

p/s-bilakah masa kita untuk menjadi tetamu Allah?

05 Jun 2011

Kenapa TIADA Cinema di Terengganu?


Permandangan KT dari tingkat 20!


As-Salam...

Sebelum memulakan bicara, aku mohon ampun & maaf ye sebab lama tak mengatur kata dan menyulam bicara (perghhh!!!) atas faktor2 kesibukan jalan raya dan gangguan dalam hidup aku sebelum ini. Baiklah. Di sini aku rasa terpanggil untuk menulis sedikit komentar mengenai negeri Terengganu yg kini aku sudah duduki selama 5 tahun lebih. Yer! 5 tahun. Kenapa? Tidak percaya? Pedulik
an dia. ngege~

Tajuknya hadirin dan hadirat ialah, Kenapa ibu negeri di Terengganu tiada cinem
a? Eh, kenapa lain dengan tajuk entry di atas? Jawapannya, suka hati aku lah...kata blog sendiri, kebebasan suara sendiri. he2

Gambar hiasan: Panorama dalam Mesra Mall (Ihsan Pak Cik Google)

Kadang2 aku d
an kawan2 dari luar khususnya tertanya2 kenapa Terengganu yg besaq dan lebau (keluar dah loghat melaka dia) masih tiada cinema sedangkan di Kemaman (a.k.a Mesra Mall) sudah ada. Jangan bagi jawapan macam ni>>>sebab MB orang Ajil so ada kat kemaman la...Aisey...sebelum ini MB orang besut tak ada plak besut cinema. Huh, mungkin cadangan aku ini koorang yang x suka tengok cinema akan kate ini cadangan yang tak baik utk pembentukan sahsiah anak2.

Hellooooo......!!!!

Cer koorang tengok di Terengganu sendiri berapa banyak yang terlibat dengan lumba haram? Huh, kawasan panas lumba haram tau mana? Tambahan pula aku sedang buat kajian mengenai HIV/AIDS lagilah aku terkejut wal terkentut kalau ada anak muda sudah terlibat dengan najis dadah dan terkena penyakit ini. Nauzubillah~

Sebab apa dibuat kelab motor? Sebab meng'halal'kan lumba 'haram...
sebab membantu meluruskan mereka yang jauh tersasar bila berlumba...sebab apa???
Kalau tubuh kelab remaja masjid ke surau ke leh tahan lagi (sekadar omong2 pak!)

Aku bukan apa, kekadang terasa 'mereka' ini golongan belia@remaja@muda-mudi di Terengganu yang ada juga jenis cikaro ntah pape...mahukan 'entertainment' yg memenuhi selera mereka. Kalau ada cinema apa akan jadi pada mereka? Ada yg jawab mereka akan berdua-duan dan 'berendek'...aisey kalau wayang tak ada pun sudah pasti banyak tempat sudah direndek2kan, cuma kenapa mereka sanggup pergi tengok cinema di kemaman kalau tahu mereka akan merendek. Cuma kenapa tidak kita terfikir cinema ini senang2 leh buat dekat KT je.


Gambar hiasan : Mesra Mall dari luar...Kenapa KT ada Mydin & Giant jer? Mujur Sabahsun ada...

Kalau benda lain yg aku nampak adalah pusat sukan yang dibuka utk kegunaan awam ditambah baik dan ditambah banyak. Dua istilah yang sama tapi lebuh k
urang. he2~
Buatlah tempat bowling lebih banyak dan selesa...Tambahkan tempat berkuda dan berenang (lelaki lain dan perempuan lain) spt mana dituntut dlm Islam. Al-maklumlah negeri Terengganu 90% adalah melayu-Islam...

Akhirnya, inilah luahan yang terbuku dan ternota dalam hatiku. Jangan hipokrit dlm menyatakan sesuatu. Jangan kata aku tak tengok cite2 wayang sedangkan mu beli cite kat CD pasar malam~PANAS2..he2

Sekian.


Ini merupakan pandangan peribadi penulis. Penulis merupakan bekas Timbalan Presiden I MPP Unisza 07/08; YDP GPMS Unisza 06-08 & Pengerusi JPKP Kolej Kediaman "C" 08/09

20 April 2011

Selamat tinggal P dan Selamat datang ahli baru!

Assalamualaikum...x jawab dosa ye...!

Lama x berbicara di medan blog ini. Orang kata aku ni 'banyak cakap dari menulis'...
tak kurang juga yang mengatakan 'suam suam kuku je' blog aku ni...
Begini rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian...

Aku sebenarnya terpalit dengan bebenan kerja yang tak menentu sejak dua tiga minggu kebelakangan ini...
Almaklumlah, masa degree dulu tidaklah sama suasananya dengan master...
But now, aku kena mengajar, belajar, menulis, mengkaji dan bagai-bagai...
Semuanya memerlukan komitmen dan pembahagian masa yang cekap...Bak kata pepatah arab, 'Masa itu ibarat pedang, barangsiapa tidak menghargai masa, maka masa itu akan memancung ia'.

Berbalik kepada topik di atas (sikit main jauh kau merapu!) Selamat tinggal P atau P Mai P Mai tang Tu atau sewaktu dengannya, merujuk kepada lesen P aku sejak 21/4/2009-20/4/2011 yang secara rasminya menamatkan zaman 'bujang' dia utk bertukar ke lesen besau (gaya loghat orang melaka walaupun hakikatnya orang melaka tak adalah menyebut sedemikian rupa).

Banyak halangan dan rintangan masa mula-mula nak ambil lesen kereta bagi aku ni (orang lain biasa je, kau yang over-over.he). Mana taknya sebab umur aku masuk 24 baru leh lesen penuh. Pergh!!! (dengan sound effect double D) Lambat juga masa yang aku ambil untuk muktamadkan lesen ni. Mana taknya,sebelum ini kalau nak ke mana-mana aku lebih bisa menggunakan semut merah (gelaran yang ditujukan untuk motor aku (pinjam sepupu kot ^_^)).

Sekarang ini dengan menampung dua benda 'isteri' tak bernyawa iaitu, kereta a.k.a. tenggiling dan semut merah menjadikan kehidupan aku serba salah bila salah satu buat ragam. Kadang-kadang bila ada kerja yang sangat mustahak dan hanya dalam kampus, nak la guna si semut merah boleh pulak dia tak hidup. Paling best, tetibe je tayar motor boleh pancit sekelip mata. Sabor jer lah!

Berbalik kepada topik kedua (adoyai!jauhnya kau kona~) Siapakah yang dimaksudkan ahli baru itu? Jeng...jeng...jeng...bukan fernando anak lelaki torres yang dibeli dengan berjuta lemon oleh kelab chelsea atau kemenangan wakil rakyat di PRN Sarawak baru-baru ini, tapi................

(Berhenti seketika memberi laluan azan....he)

Tapi keluarga aku menerima ahli baru iaitu anak buah merangkap cucu kepada wan nurul dan datuk 'YB' anwar ke-2. Woha! (dengan bunyi yang cukup riang gumbira) semakin meriah tak terkata. Alhamdulillah, secara tak langsung semakin bertambah umat Nabi Muhammad s.a.w. Syukurillah ^_^

Disebalik gembira bertimpa-timpa ini, aku cuba bermuhasabah diri dan merenung akan nasib diri ini, sama ada aku benar-benar dah bersedia menerima tanggungjawab sebagai seorang suami kepada seorang isteri, menerima beban ketua keluarga dan anak-anak dan yang paling utama adalah, berubah untuk menjadi pemimpin rumah tangga yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke syurga....

Bilakah masanya akan tiba? Di saat aku meletakkan due datenya tahun depan, masalahnya masih belum ketemu yang benar-benar mahu menerima diri aku sebagai peneman hidupnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hati ini. Sekian.

Coretan ini adalah pandangan peribadi penulis, tanpa bersandar pada mana-mana individu atau cerita rekaan tertentu. Penulis merupakan mahasiswa semester dua dalam bidang sarjana sains sosial, pembangunan komuniti, universiti sultan zainal abidin (unisza).