02 Disember 2011

Kepulangan dinanti, kesyukuran dirai

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah esok kepulangan bonda & ayahanda tercinta dari Tanah Suci Makkah setelah 40 hari berada di sana mengerjakan ibadah haji, umrah & ziarah. Kususun sepuluh jari menadah tangan syukur pada-Mu kerana Engkau telah memilih mereka menjadi tetamu Allah untuk 'bertemu' & beribadat di rumah yang Maha Mulia di bumi Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Setiap kali selepas solat tidak sesekali aku terlupa untuk mendoakan kesejahteraan & keselamatan diri mereka. Perasaan rindu & sayang sering kali mengamit diri ini tatkala teringat akan mereka. Walaupun begitu, dek kecanggihan sains & teknologi aku dapat SMS & berborak dgn bonda & ayahanda tercinta di bumi Makkah & Madinah. Sesungguhnya, rasa syukur dan gembira menanti kepulangan mereka pada keesokkan harinya. Semoga kepulangan bonda Nurul Humaimah bte Abd Wahid & ayahanda Anwar Apandi bin Abd Hadi akan membawa 1001 sinar rahmat & berkat ke dalam teratak Annur nanti. Sekian.

p/s-bilakah masa kita untuk menjadi tetamu Allah?

Tiada ulasan: