
Assalamualaikum. Pada hari ini macam-macam telah berlaku dalam suasana politik negara dan juga politik kampus. Hari ini pelbagai masalah kebejatan moral telah timbul dan isunya dimanakah penyelesaiannya? Hari ini mahasiswa kita semakin mandul dalam memberikan idea dan berani bertindak kerana asyik disuapkan dengan buku-buku sahaja? Apakah silapnya apabila kita semakin hari disuapkan dengan pelbagai berita dan isu semasa dalam dan luar negara. Barack Obama calon parti demokrat sedang sibuk berkempen melawan isteri clinton. Malaysia apa pula?huh, kadang-kadang kita seakan terlupa apa yang perlu dilakukan buat diri sendiri. Ada yang malang terlalu sibuk nak jaga diri sendiri sehingga jadi katak bawah gelas... Alhamdulillah,semua hanya bebelan aku sempena pembukaan blog baru aku ini. Madah bercili, senyum kambing, blog sentral, video terlampau...ops tidak2...adalah slot yg akan aku wujudkan dalam blog ini kelak demi menyahut seruan blog manifestasi rakyat merdeka ke-50!!! Syabas Malaysiaku gemilang...Sebagai pendahuluan awal,aku akan memberi respons tentang isu-isu semasa yang difikirkan sedap untuk dikupas serta warkah dari kampus-kampus IPTA di Malaysia...Akhir sekali,harap2la koorang singgah kat pondok aku ini dan cuba jadi mahasiswa intelektual,lokal dan global.wasalam. cetusan otak; putera annur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan