Assalamualaikum semua mahasiswa dan siswi bervisi... Erm,aku nak taip panjang2 pun agak suntuk masa.Banyak masa nak cover subjek yang belum belek...aku ambil 6 subjek untuk semester ini.Buat pengetahuan semua aku sekarang di semester 4...selepas ini aku ada 4 semester lagi...hu2...far far away...Amacam semua dah study?Aku nak berkongsi tentang motivasi yang aku terima semasa Muktamar dan Makan Malam bersama Kelab Astronomi pada malam yang lepas,en roslan merupakan penasihat kelab telah mengingatkan kepada ahli perihal betapa pentingnya ilmu itu.Paling menarik ialah pasal belajar 'last minit'.Dia membuat perbandingan antara pelajar lelaki dan perempuan.Lelaki mampu belajar di saat2 terakhir kerana mampu study smart dan
perempuan tidak kerana mereka bijak membuat persiapan awal dan study hard.Bagi saya ada relevannya kerana aku juga akan berpulun2 di titik masa terakhir.(Dont try this at udm).hu3.Mesti koorg nak tau apa target aku untuk semester ini,erm...biarlah rahsia.Cuma aku mengharapkan rakan2 sekos aku supaya dapat mencapai result cemerlang dan tidak terus meniru.Aku ada melancarkan satu kempen kupon peperiksaan di bawah exco akademik.(gambar di bawah)
Apa yang boleh dikatakan mengenai kempen ini ialah pedas dan nasihat yang berbentuk sindiran buat yang terasa.Akhir sekali aku mendoakan kejayaan kita bersama2 dalam peperiksaan akhir semester ini. Wasalam.Man jadda wajada.p/a:betul2...macam ipin kata pada upin...
Solat Hajat Perdana di Masjid KUSZA sempena peperiksaan akhir semester
Ini merupakan program kerohanian dan program MPP yang terakhir untuk semester ini sebelum agenda dan program disusun pada cuti panjang ini(alamak x balikla aku...).Aku betul2 tak sabar ikut program ini kerana sudah lama program seperti ini tidak diadakan melibatkan kesemua mahasiswa-mahasiswi.Semoga apa yang kita hajati dalam solat hajat dan bacaan yassin ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t...Amin.
p/a:selembut bayu,seharum kasturi...

2 ulasan:
hai aizat.. akak dah link blog aizat.. gud luck exam...
arigatohozaimas k amni...
Catat Ulasan