17 Jun 2008

Apa nak jadi dengan UDM?



Salam dan selamat kembali ke UDM & IPT masing2...
Rasenya aku x mau nak komen panjang pasal isu ini tapi benda ini semakin parah...(kalau lama2 boleh bikin 'hot' sama student) Sepanjang aku berada di UDM terdapat banyak masalah yang sewajarnya tidak berlaku kepada sebuah IPT yang baru dan dinaik taraf.... Kenapa aku bercakap sebegitu? Suka ati akula, ni blog aku yg punya...he3.. Aku harap apa yg aku tulis dan sapa2 yg baca harap berfikir, merenung dan cuba mengambil langkah proaktif dengan mengubah tindakan yg selama ini dipandang serong oleh mahasiswa UDM yg baru dan yg bakal bergelar mahasiswa UDM tidak lama lagi. Di sini aku nak tulis puisi yang mengambarkan kedukaan dan kesepian aku sepanjang berada di universiti darul iman malaysia (udm) iaitu 4 semester...Bacalah dengan hati yg terbuka.

Bismillahirrahmanirrahim.


Perasaan sedih mengenangkan keadaan dan insfrakstruktur UDM yg agak ketinggalan sudah lama kulupakan....
Dulu aku berbangga kerna ada tiga kampus tapi kini semacam angin bertiup kata dua sahaja....
Namanya baik kerana ada darul iman namun sikap kakitangan semacam tak beriman (tak semua...)
Pelajar datang mengadu masalah namun diherdik dan disuruh 'blah'....
Keadaan semakin rumit bila semua staf macam x nak berubah...
Walaupun gred gaji alangkah dinaik taraf semacam IPTnya juga...

Trent bodek sana,bodek sini x sudah2...

Kuingat staf sahaja rupa2 ada juga pelajar...

Rosak2 tapi itu yang x mahu nak ubah...

KUSZA kata pergi UDM kata mari...

Tapi kod pakaian tak mai2...

Memang aku mahukan perubahan tapi bukan sahaja pelajar...

Tetapi yg lebih besar adalah pemikiran segelintir besar staf dan kakitangan atasan...

KUSZA sudah berakhir...
Hanya tempat jadi kenangan...

Mari bangun dan berfikir secara Universiti...

Dulu memang aku x mengerti kerna aku masuk bukan IPT yg dah lama jadi....
Diambil negeri bila menang pilihan raya,konon mahu tunai itu dan ini...

Aku seakan-akan dari Kolej ke Kolej...

Jika difikir KMJ tempat sebelum aku kini lebih mengajar aku berdikari...

Aku kini adalah MPP...

Bukan mimpi tapi realiti...
Rasa amat pahit bila menang tanpa bertanding...
Dipandang seakan macam dinding...

Tapi itu memang hakikat bagi sebuah IPT yg nak berubah tapi masih merangkak2...

Lihat sahaja bahagian akademik, makluman peperiksaan pun x tampal dekat papan kenyataan berhampiran pelajar....
Ale2 pelajar dah kena saman...

Sudahlah tidak ada pengumuman awal2 kena bayar rm5 jika lewat, Yg mereka tau sudah jalankan tugas dan tak ada kat office (macam chipsmore)...
Habis pelajar yg x mampu dan terbeban dgn PTPTN kena saman...

Mujurlah ada diskaun,mungkin takut kena pecat...

Sudahlah kafeteria sume bermasaalah...

Ada yg kotor,harga mahal dan x mesra pelajar...

Ingat hutang sama ini negeri kaa?
Aduhai UDM yg ku dambakan...
Usahlah kau terikut2 rentak sistem KUSZA yg lama...
Penuh dgn Korupsi,Nipotisme dan Kroni...

Bukan aku membenci KUSZA yg lama tetapi aku benci sikap lama yg terbawa-bawaan...

Bukan hanya aku sahaja berkata tetapi mereka2 yg masuk ke UDM dgn pnh harapan...

Ingatlah wahai UDM yang masih mentah...

Janganlah disimpan staf2 dan kakitangan yang mengeksploitasikan kamu buat keuntungan kroni...
Sampai pelajar akan nampak kekurangan kamu dimana sahaja...

Aku amat simpati dan terus simpati sehingga kini...

Moga doaku untuk melihat sebuah perubahan drastik dari peringkat atasan sehingga bawahan menampakkan kesan...

Untuk UDM,Ilmu Demi Faedah Insan....

Sekian...

oleh: putera annur

p/s: makluman tentang keputusan peperiksaan x sama dengan portal...sistem pun boleh silap ingatkan manusia saja...

Tiada ulasan: