16 Jun 2008

Apakah itu Agenda Ketuanan Mahasiswa?

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur atas pemberian dan kurnian daripada Allah yang menganugerahkan keputusan peperiksaan untuk semester 4 saya yang baik walaupun berhajat nak DL masih belum tercapai tetapi usaha, tekad dan tawakal adalah senjata utama bagi seorang pelajar yang inginkan kejayaan hasil daripada menuntut ilmu secara bersih dan halal. Baiklah berbalik kepada soal isu yang dikupas di atas, topik ini sedang hangat diperkatakan oleh saya dan rakan2 di friendster setakat ini dan siharapkan komentar yang berguna dalam memperbaiki mutu kemahasiswaan di universiti juga matlah dituntut. Usaha2 dalam mengembalikan semangat mahasiswa yang aktif bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam bidang pengucapan awam amatlah diharapkan agar mahasiswa bukanlah sekadar menjadi seorang yang hanya mampu menjadi ahli atau ajk pada sesebuah kelab atau persatuan tetapi mampu membina kekuatan memimpin dan menjadi penyumbang idea yang relevan dan rasional kepada pembangunan universiti. Tidakkah kita semua terfikir dimana letaknya kualiti seseorang mahasiswa?Mujurlah tindakan kerajaan memperkenalkan soft skill di kalangan mahasiswa mula menampakkan mata namun sering dipandang enteng terhadap kandungan dan kepentingan di masa depan. Terdapat beberapa perkara bagi mengembalikan semangat dan fungsi mahasiswa di universiti.
1. Mahasiswa harus sedar bahawa politik kampus bukanlah sekadar melaung2 dan berkempen tetapi harus bijak bagaimana hendak mempromosikan diri dalam menggerakkan segala apa yang dirangcang demi kebaikan mahasiswa dan universiti tanpa pengaruh pihak atasan.
2. Penglibatan mahasiswa dalam program2 pengucapan awam dan debat wajarlah dipertingkatkan jumlahnya,bukanlah menidakkan penglibatan dalam seni tetapi apabila seseorang lepasan universiti hendaklah sekurang2nya pandai menguasai atau pandai berkomunikasi dengan compony,client, atau masyarakat sekeliling.
3. Persatuan pelajar terutamanya MPP wajarlah menjadi persatuan kebajikan bagi menjadi suara mahasiswa yang bebas daripada kongkongan pihak tertentu yang sering diperguna2kan sesuka hati.
4. Meletakkan diri sebagai seorang yang fleksibiliti dalam apa jua perkara dalam menyokong atau membangkang apa jua perkara yang dibangkitkan dalam dasar universiti agar menjadi seperti 'policy maker' atau group think thank kepada universiti.
5. Pihak universiti haruslah berfikiran terbuka terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan mahasiswa dalam hal2 yng membabitkan kebajikan mutlak dan berkompromi dengan mahasiswa dalam masalah tersebut.
6. Galakkan penyertaan mahasiswa dalam kelab dan persatuan yang mampu mengangkat kefungsian diri sebagai mahasiswa seperti keusahawanan, debat dan pidato, bahasa dan intelektual serta sukan dan riadah.
7. Menyokong nasib mahasiswa yang sentiasa memajukan diri tanpa mengharapkan apa2 kabel dan kroni pihak atasan.

sesungguhnya agenda ini bukanlah bertunjangkan politik hanya kerana ia mementingkan mahasiswa daripada pihak atasan. Jika seseorang yang matang dan berumur 20 tahun ke atas ia mampu membezakan yang mana hak dan batin dan bukan hanya menguntungkan diri semata-mata.Kita seharusnya tidak menyokong atau simpati dengan mana-mana pihak atau parti, inilah agenda bersama mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: