25 Oktober 2008

Berita Terkini...Jam11 pagi

Isu Kurniaan Datuk Shah Rukh Khan...

Pada pendapat aku isu ini bukan berkisar kepada layak ke tak tapi lebih kepada soal maruah dan mereka yang cemburu...aku baru baca apa yang dicoretkan oleh Tun Mahathir dalam blog dia... cuba baca kat bawah ni,
"
DATO SHAH RUKH KHAN

1. Saya berasa malu apabila anugerah Dato kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan. Kita kerap juga memberi gelaran Dato Kehormat kepada orang asing bagi menghargai sumbangan mereka kepada negeri atau negara. Jasa mereka ini kebanyakannya kurang daripada jasa Shah Rukh Khan.

2. Saya terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Kerap kali saya tidak kenal pun calon-calon yang dikemukakan.

3. Sesungguhnya ramai yang lebih layak daripada calon-calon ini tidak termasuk dalam senarai dan tidak mendapat bintang-bintang kehormatan. Kemudian saya ditanya kenapa beri kepada orang-orang ini dan tidak orang itu. Saya tidak dapat jawab kerana tiada siapa yang diberi tugas memilih calon-calon mengemukakan nama mereka-mereka ini. Mereka juga tersilap. Tiap-tiap tahun ini berlaku.

4. Shah Rukh Khan seperti kita maklum adalah bintang filem Bollywood yang terkenal. Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga. Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

5. Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia. Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

6. Kita bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat-syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.

7. Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya banyak syarikat-syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.

8. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat. Ini tidak bermakna artis-artis tempatan tidak layak mendapat penghormatan seperti Shah Rukh. Tetapi janganlah kita tarik balik anugerah ini untuk diberi kepada artis tempatan. Kita punyai banyak bintang kehormatan lagi yang boleh diberi kepada diri kita."

begitulah apa yang disampaikan oleh Tun M...

Persidangan Pribumi Etnografi Malaysia di UDM

Sekadar nak promosi program ayahanda Dr Ramle Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UDM bertempat di UDM Kampus KUSZA pada 25-27.10.2008. Datang jangan x datang. Ada pameran dan pembentangan kertas kerja pasal orang asli...(orang asli jer? rasa better tanya pada yang arif) anyway,koorang rugi kalau x g.

Forum Sehari Bersama BPR anjuran SPR UDM

Semalam aku jadi ahli panel. Best gak tajuk dia> Rasuah:Punca dan Pencegahan. Aku dipadankan dengan En Yassin bin JUsoh drp Penguatkuasa BPR Terengganu. Aku kena cakap dari sudut mahasiswa esp UDM tercinta. Macam2 contoh dan pandangan yang aku beri. Kalau x kerana pob air,confirm student penuh dewan....hanya menggagak jer..

Sehati Berdansa dan Kekasihku Seru

Sehati berdansa adalah rancangan realiti di Astro Ria yang aku x nak tgk...sebab apa? Kalau korg nak tau, alasan yg paling best adalah mereka x pandai nak menari tp konon2 wat pandai sebab ini adalah salah satu startegi hiburan...balik cite Kekasihku Seru di TV3...mmg aku suka tonton coz dia arahan Khabir Bhatia...pastu plot cerita dia peh mmg nice! Scary,horror and fantastic!Wau!!!

Keburukan blog: Orang akan x berani nak kutuk depan2..(so jadi mcm fitnahla!)

Ini kes terbaru serangan peribadi aku. Ntahlah manusia ini ingatkan kita dah diam, dia pun diam rupe2 makin jadi syaitan. Puaslah aku tunggu org2 yg x puas hati jumpa face to face utk berdialog (ke nak wat debat mcm kat TV?) pape pun aku malas nak ulas cuma mahasiswa di UDM sekarang ini bagi aku dalam fasa ke arah kematangan berfikir tentang politik. APa yang penting> POLITIK KAMPUS X SAMA DENGAN POLITIK LUAR!!!... aku paling x suka orang yang cuba bermain politik kampus dengan campur2kan dengan politik luar. Buat masa ini aku hanya menyokong mana2 parti yang memperjuangkan soal kebajikan rakyat kita tidak kiralah UMNO, PAS, PKR or (DAP aku reject awal2) kalau parti itu benar2 berfungsi untuk rakyat maka kita akan sama2 lihat PRK 13 nanti...aku dah boleh mengundi time 2...Apa pun aku sikit x kecewa coz mereka yang masih mengkritik aku sebenarnya x ada modal nak cerita n kupas dalam blog, sama ada x ada blog atau x pandai buat blog atau jenis x kuat membaca...he3..hanya mengusik!


Tiada ulasan: