05 Februari 2009

Politik, Bas, Kematian, KK dan dot..dot..dot...

(entry ni ditulis ketika penulis berada di Melaka)
Salam cuti di melaka...Banyak perkara yg berlaku walaupun sehari...Isunye pun x kurang sensasi walaupun kadang2 ia isu lapuk dan basi...

1. Politik - Isu lompat parti di Perak.Aku x nak menyatakan sokongan terhadap mana2 perikatan atau pakatan tapi yang penting kembalikan hak kuasa itu kepada yg berhak iaitu RAKYAT. Jika di Kuala Terengganu, suka aku baca 'Dari Rakyat Kepada Rakyat Untuk Rakyat', maka dimanakah peraktikalnya?Last2 rakyat Perak sendiri 'Bengong' dek kekacauan kematangan pemimpin mereka yg x sudah2 gilakan pangkat dan kuasa.Jangan sampai pemimpin kamu yg terlibat dgn rasuah seks dan moral boleh memimpin kamu, maka tunggulah akibatnya dalam PRU13-sekadar meminjam kata2 Tun Mahathir.

2. Bas- Semalam aku bertolak balik dr KT ke Melaka dgn menaiki bas Mara Linear.Namun kebenggangan aku malam tadi ialah masa bergerak kul9.00 mlm namun pok cik bas dgn muka selamba seolah2 x ada perasaan sivik mengatakan bahawa bas bergerak kul10 mlm dik!Kepala kereta api cap kapal api dia!Last2 aku pun duk terpacak kat mbkt sambil bermain gurindam menunggu waktu jam 10mlm....alkisah

3. Kematian - Apa yg koorg rasa kalau kawan koorg xcident?Kalo dia org yg koorg kenali?Debor x?Mcm ni cite die.Semalam time aku dan saleh (dakwah sem6) duk di mbkt,tibe2 aku dpt khidmat simpanan ringkas (sms) drp hamba Allah dr planet pe ntah yg mengatakan bahawa sesiapa kwn2 yg mengenali saudara Fazuwan bin abu bakar ia sedang xcident dan dimasukkan ke wad kritikal HSNZ,marilah kita bersama2 berdoakannya...Pe pendapat koorg dgn sms mcm ni?Percaya atau Tidak?Lastly,is hanya khabar angin.Pelik btol ada gak orang nak gurau2 pasal MATI ek.Aku serikla nampaknye kalau org bg sms pasal org matila pas ni cuma aku akan sentiasa coba ingat akan mati kerana ia akan melembutkan hati yg keras umpama api yg melembutkan pedang yang keras.

4. KK - Bukan Kota Bahru jauh lagi Kota Kinabalu tapi Kolej Kediaman. Be honest aku teringin nk menyertai tapi kalau terpilih cukup hanya menyandang jawatan bawahan.Aku teringin nak rasai suatu sistem aku sendiri jadikan ia perintis ketika zaman aku jd MPP UDM 07/08 dulu.Mana mungkin aku yg suka kritik tidak merasa apa yg aku kritik.Namun hakikatnya aku akan berhadapan dgn rakan2 sdr.Moga2 dgn doa dan dorongan daripada rakan2 akan membuka hati aku utk menyertai pemilihan kolej kediman kali ke-2 UDM.Semoga Allah membuka hati ini bagi mencanang perubahan.Amin

5. Im single - Saya tidak punya kekasih@awek@makwe@gewe...Aku ingin bebas seperti burung yang terbang di langit cerah namun aku perlukan sepasang sayap. Yg kanan aku dan kiri rakan2. Its our friendship~sharing is love~love to Allah!

6. Minggu depan yg sibuk - Aku ada dua presentation Dr Basri dan ust Aman + satu assignment kena submit En Wan Nasir + satu kuiz ust Aman + KK (kalo jadi)...doakan aku berjaya melepasi semua halangan :)

2 ulasan:

Notfah berkata...

Assalamualaikum..saya nak komen ni. (1)Politik: Betul2 apa yang Abang Aizat cakapkan. Sekarang ni, ramai dah orang yang gila pangkat ngan kuasa. Macam itu boleh tolong diorang dekat kubur je. Lepas tu, boleh pula main tukar2 parti. Tengok pun dah tahu diorang ni sebenarnya tak tetap pendirian. Macam lalang kena tiup dengan angin. Sebagai rakyat, kita mana boleh ambil lalang sebagai ketua..
(2)Bas: Oh.. pergi Melaka. Ada hal ke dekat Melaka atau kampung dekat Melaka?
(3)Kematian: Memang tak patut bermain dengan hal2 mati ni. Katakanlah kalau suatu hari nanti berita tu betul, tapi orang dah tak percaya. baru padan muka dengan si mati. Tak ada lah kawan yang nak lawat atau sedekah al-fatihah sebab diorang fikir yang si mati tu main2 je.
(4)KK: Wah... nak masuk bertanding ye? Bagus2.. Moga2 tercapailah hajat yang bersarang dihati..
(5)Im single: baguslah tu. Kawan memang lebih penting dari awek. Sebab awek ni tak bawa kita kemana-mana. Lainlah kalau isteri..
(6)Minggu depan yang sibuk: kesiannya. Tak apa- tak apa. Saya doa2 kan moga Abang Aizat dibagi kelapangan masa. Okey.. All the Best..

Tanpa Nama berkata...

OIT, KEMPEN LAGI SEBUK BOS...!!!

by muhammad izzuddin bin mohd rosli