09 Ogos 2009

Banyak Isu Yang Perlu Dikupas....antaranya

Status aku sebagai JPKP, bila tarikh sebenarnya melepaskan jawatan?
Sebenarnya aku x nak komen hal ehwal benda ini tapi memandangkan baru2 ni ada diadakan meeting Exco Kebajikan MPP (rasanya dah 4 kali diadakan tapi aku still x dapat join sebab atas faktor2 tertentu...) aku dengar diaorang kata maybe lama lagi, maybe bulan 10 maybe 11....ntahla Kassim....janji bukan kassim store.Abg, ada tender baju lepas ni!ho

Pertandingan Debat Piala Dekan HEPA Kali-1 Antara Kolej Kediaman UDM (Part 2)
Ini yang dinamakan 'Rumah Siap Tapi Rangka Berbunyi'.
Persoalannya apa kaitan rumah dengan debat?Rumah dengan Kolej Kediaman?
Begini sebenarnya, aku benggang dengan beberapa orang yang benggong kalau rasa diri adalah seorang pendebat terimalah segala hakikat yang berlaku dan bukannya menimbulkan beberapa masalah yang tidak berapa waras sehingga menganggu gugat kelangsungan dan kelancaran debat ini.Ambik ko ayat2 power aku dah kuar!Apa pun debat ini paling best yang pernah aku handle berbanding debat PNC Kali-1 dan en din pun puji dengan berkata 'Bagus aizat,lepas ini boleh buat program seperti ini dengan berkonsepkan terbuka kerana mahasiswa memang perlukan keterbukaan yang luas dan debatlah mediumnya.

Sahabat, sahabat dan dikaulah sahabatku....
Erm, nak mula dari mana?
Ayuh sahabat2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita ex-UDM kos dakwah, saudara Firdaus atau lebih dikenali dengan panggilan EWAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berkat. Sepanjang aku kenali si arwah, beliau tidak pernah nak gaduh2, asyik suka je walaupun kadang2 aku suka kacau dia.Kehilangannya membuatkan aku terfikir, zaman sekarang atau akhir2 ini orang baik selalunya pergi dulu.Fikir2kan dan selamat beramal.
Ada lagi ni...
Tak lupa juga sahabat aku seangkatan seperjuangan...Sdr Izudin yg mengalami demam panas.
Kisahnya bermula sebaik sahaja aku dan sabir nak pg SR (secret recipe) kat Jalan Duta bukan2 KT. Last2 lepas dah order semua makanan macam Oreo Chesse Cake, Coffee Latte, Lasagne, Cupocino hot tea, Carrot, Blueberry Cake....Tiba2 si din ni boleh demam panas.Mujur ada si sabir utk membantu.Aku ucapkan terima kasih.Kawan mulia lagi berhati mulia di bulan mulia takkan biarkan saudara seislamnya terkapai2 bila memerlukan pertolongan di kala kesakitan dan kemudaratan.Tapi yang penting aku dah dapat bezakan siapa sebenarnya sahabat dan siapa sebenarnya Hang Jebat.he3

Program Ziarah PERKIM UDM ke HSNZ
Terima kasih bro sabir...
Back to back program PERKIM UDM...
Syabas! Biarkan mereka yang tidak tau dan buat program berasa malu dan segan dengan kita.
Aku doakan program ko boleh pergi dan jadi program terbaik di PERKIM Kebangsaan bawah cawangan IPT k.

Program Ramadhan JPKP KKC dan program2 seterusnya...
Insya Allah dalam masa terdekat akan diadakan program untuk Bulan Ramadhan cuma mekanisme perlaksanaan akan diputuskan dalam meeting JPKP KKC hari selasa malam.Banyak isu nak dikupas.Entahlah,aku malas dah nak meeting2 ni tapi apakan daya,YDP x semestinya ada kuasa veto 100%.he3.K la sahabat2 nantikan 3 buah program terbaru disajikan khas buat anda k.

Isu anugerah.....bla bla bla....
Sejak akhir2 ini banyak sangat aku jumpa orang yang dengki, buruk sangka dan paling x tahan gunakan pensyarah sebagai 'alat' untuk menjaja keburukan dan ketidak betulan sesuatu kisah individu tertentu atau lebih dikenali dengan nama meng'umpat'.Setahu aku banyak dah Hadith disebut tentang keburukan benda ini cuma aku kesiankan nasib pensyarah2 aku yg menjadi mangsa!Selagi kita argue sesuatu penyataan maka kita ttelah bersetuju dan bersetongkol.Erm, mujur ada lagi sahabat dan kawan2 yang baik bagi nasihat.
"ko buat bodoh jer..."
"ala diorang bukan tahu buat apa pun yang penting kita teruskan tanggungjawab yang diberi ok!"
"ala rileks ar,janji program ko berjalan..." dan lain2 lagi.
Apa kaitan tajuk dengan entry ni?Sebenarnya beberapa minggu yang lalu aku telah dipilih menjadi MC.Walaupun berat nak terima tapi disebabkan nak memenuhi hati sahabat juga....(masuk angin keluar angin),maka aku pun jadi MC.Cuma di saat kemuncak aje aku rasa x berapa klimaks sebab koorang yg jadi audiens boleh tengok.Aku tersasul2 memang banyak.Hakikatnya semua dah dipilih,ko angkat 'orang-orang' kita!,persoalannya...apakah kriteria dan indkator yang menjadi garis pengukur disebalik nama2 itu diangkat sebagai penerima?Kembalikan sesuatu kepada yang hak dan jauhkan drp kebatilan.Sesungguhnya kerja di dunia ini memang banyak PENIPUAN dan PENINDASAN buat mereka seperti aku dan sahabat2 aku yang lain.

Wiyerless....Pergh,sampai gak kat bilik aku (Low jer)
Syukur.Tu aje nak ucapkan.Bersyukur kepada Allah atas limpahan rezeki dan rahmatnya.
Apabila kita bersyukur Insyallah Allah akan tambah.

Cuti Mid Sem...Apa aktiviti anda?
Aku dah niat nak pergi JKM Melaka.
Member2 JKM dah telefon boh.
"Wei bile nak mai JKM?Nak datang telefon k"
Tu la sebahagian coretan jika hubungan kita dah akrab.Paling penting kena wujudkan kemesraan dahulu.Jangan terlalu mesra je.He3
Jumpa semua lepas ini dengan azam baru.Aku pun kena usha semua tempat bagi Program JPKP KKC Lawatan Kepimpinan Ke UM dan UTeM.Insya Allah

5 ulasan:

Iemochi Arihyoshi berkata...

weh, malam ni ade game chelsea vs man utd

'Aizat Annur berkata...

mesti chelsea menang ek

Umar Furqan berkata...

mantop..
hehe..

aunieZ berkata...

JPKP KK C paling mantop di UDM ;)

yeh program yang paling best jugak saya pernah join sbg ajk..enjoy je ;)

al-fatehah kat Ewah..n sedih nya din kna kuarantin..waaaaa T_T tu la makn secret recipe x bwa balik kek utk org wuwu harap2 din cpt smbuh ;)

utk PERKIM n sabir, saya pun doakan bnda yg sma mcm aizat ;)

yg pasti sy akan join prog yg diberi nama...jengjengjeng hehe..mau ditolong nggak? :p

'Aizat Annur berkata...

to mustaqim, tq n aku ingat ko la pelapis kepada barisan kepimpinan UDM kelak...

to Haziqah, tq2...arigatohozaimas!!!