15 Ogos 2009

Dengar sini adik2 MPP ku...

Salam semua.

1. Bukan nak kritik tapi sekadar mendidik. Bukan apa aku dah terlalu banyak dengar cerita yang kurang enak pasal MPP. Bermula dengan etika pemakaian MPP hinggalah yang terbaru MPP sedniri BOIKOT program MPP.

2. Aku bukan nak buka pekung tapi sekadar nak bendung. Soal menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran MPP bak kata Presiden MPP, Sdra Irfan, aku ingin menegur bahawasanya dalam menerapkan asas-asas nilai Islam perlu melihat kepada aspek yang paling hampir dengan kita iaitu aurat.Bukan nak buka pekung tapi sekadar membendung. Ada segelintir MPP yang pakai pakaian yang menjolok mata,pakaian yang agak ketat hingga mendatangkan keghairahan pada si lelaki yang melihat,memakai pakaian yang terlalu nipis dan tak salah kalau aku kata MPP sendiri mencerminkan keadaan sosio-budaya yang kurang terkawal dari aspek sosiol mahasiswa/i UDM, pakaian dan pergaulan! Bukan aku ingin meletakkan kesalahan di bahu koorang tapi selalunya apabila masyarakat rosak maka lihatlah pemimpinnya siapa. Jangan kata aku tak bantu tapi lihat. Siapa yang telah berusaha agar UDM mempunyai etika pemakaian yang menjadi garis panduan buat seluruh mahasiswa/i UDM? Persoalannya, selepas MPP sesi 07/08 berusaha takkan MPP sesi 08/09 lepas pandang tanpa bertindak untuk penambah baikan? Sekurang-kurangnya koorang buat meeting dengan pak guard agar tindakan atau teguran boleh dikenakan kepada mereka yang terlampau atau tidak selari dengan garis panduan etika pemakaian UDM. Bukan jatuh hukum tapi sekadar denda yang mendidik. Apa hukumannya? Fikir2kan takkan nak ajar jugak.

2. Bukan nak marah tapi ini amanah. Kes MPP gaduh sama MPP. Benda ni x sepatutnya berlaku sesama MPP terutama dalam menjalankan tugas hatta soal pribadi. MPP adalah cermin kepimpinan mahasiswa. Tapi apabila MPP gaduh sesama MPP terutama di depan khalayak ramai maka ia telah memberi gambaran betapa terunya tampuk kepimpinan induk mahasiswa UDM kini. Kalau di UDM belum ada lagi demontrasi pelajar2 tapi dah ada kes kejar-mengejar sesama MPP. Erm, mungkin ini tambahan cerita yang aku dengar dan direka2 oleh pihak lain dan harapan aku ia tidak benar. Cuma kalau dah ramai sangat yang bunyi takkan ia masih khabar angin? Harap2 masuk angin keluar asap (kentut...)

3. Bukan nak dengki tapi hak pribadi. Apa masalahnya MPP kali ini? Aku dapat aduan seorang mahasiswi mengenai masalah longkang di blok diaorang. Dia jumpa MPP buat aduan tapi budak MPP itu boleh kata, "Boleh tak jumpa JPKP kalau soal kebajikan". Aku nak tanya MPP yang berkaitan, sejak bila masalah kebajikan terletak di bahu JPKP secara total? Jawab??? Dah la program koorang x seberapa, ni plak isu kebajikan pelajar yang koorang perjuangkan seciput jer. Aku nak tanya secara peribadi, apakah isu kebajikan koorang telah perjuangkan di UDM kini? Aku nak tahu n nak tengok hasil bila korang letak jawatan.

4. Bukan fantasi tapi ia adalah realiti. Sepanjang semester baru ini apakah sumbangan MPP kepada program-progran yang membentuk intelektual mahasiswa/i UDM? Jawapannya tidak. Patutlah aku diminta oleh ust rusdi untuk bagi nasihat pada pemimpin2 baru (MPP le tu...) Cuma apa yang aku tak boleh buat disebabkan kemalasan segelintir MPP itu sendiri jumpa aku 'face to face' untuk dengar segala teguran dan nasihat drp aku. Terus terang aku dan sabir terbuka nak jumpa koorang dan bagi nasihat dalam meeting yang selalu jer MPP Faizali hadiri. Hatta aku dengar hampir setiap malam bermeeting. Cukup! Less Talk More Action!

5. Bukan bermakna apabila hiburan itu salah semuanya. Pernah dengar lagu Raihan, Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Tapi hiburan yang bagaimana? Hiburan yang tidak melalaikan. Berbalik soal program MPP di boikot oleh MPP. Rasanya inilah rekod yang MPP sesi 08/09 dah buat. Pertama kali berlaku. MPP keluar dewan dan hampir sebahagian audiens mengikuti tindakan yang sama hingga pengarah program pun datang dan tunggu depan pintu DABS adalah MPP juga. Tindakan yang tidak kena dengan cara dan uslub dakwah. Mungkin nasihat atau dakwah aku orang x boleh terima. Mungkin aku masih belajar dalam mengamalkan metod dakwah Imam As-Syahid Hassan Al Banna dimana golongan Ikhwan Muslimin di Mesir di awal pergerakkannya berdakwah di PUB....ya Pub! Kerana itu di JPKP Kolej Kediaman C, aku dan rakan2 JPKP menjadikan Kafeteria sebagai medium untuk berdakwah dengan pergi ke setiap mahasiswa/i dengan memberikan pamplet atau flyers berkaitan nilai2 Islam. Alhamdulillah pihak JPKP KKC dah dapat mengedarkan dua artikel berkaitan Fadilat Bulan Syaaban dan soal kod2 babi dalam makanan. Semoga Allah memberkati amalan aku dan rakan2 yang lain.

6. Akhir kata, aku nak ucapkan selamat menyambut Bulan penghulu segala Bulan iaitu Ramadhan al-Mubarak. Semoga amalan puasa kita diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua bloggers UDM. Wasalam

Aizat Anwar
Umbai, Melaka

11 ulasan:

Iemochi Arihyoshi berkata...

chelsea vs hull: 2-1

nasib la drogba score last minit..

'Aizat Annur berkata...

bukan nasib tapi usaha tangga kejayaan :)

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim berkata...

emmmm....

sedangkan lidah lagi tergigit jat... nikan hubungan dalam persatuan.. mula2 semuanya indah... nak wat ini, nak wat itu... muka semua nampak berseri.. alih2 dah lama pegang baru sendiri mau ingat... indah khabar dari rupa...

'Aizat Annur berkata...

btol tu kerana kdg2 lidah itu apabila bertutur macam menanam gula di hujung bibir :)

Lukluk Baidoa berkata...

mungkinkah mpp kita akan jadi seperti mppum?

aunieZ berkata...

ye adik2 mpp..smoga boleh perbaiki apa yg x molek..anda semua bkn x bagus..cuma perlu ditingkatkan lg n balaja la dr ksilapan k..

Umar Furqan berkata...

suka membaca. bila membaca dapat tambah ilmu pengetahuan. dapat jadi pandai. hehe..
"Pemimpin Terpimpin"..

sabir berkata...

wow berani bro membuat satmen....aku respect bagi semangat yang membina

'Aizat Annur berkata...

aku menantikan wakil mpp masuk n komen entry ni...kita tungguuuuu....

Umar Furqan berkata...

MPP ada masa ke nk baca blog hg..
dyeorangkan asyik meeting je..
x sempat nk bc..
hehe..

'Aizat Annur berkata...

btol gak tu...
tp mus aku dpt msg cam nak 'sound' aku je lepas dh publish entry ini...tp x sampai ugutla...kalo kena aku sdr nk saman diaorg :)he3~sekadar mencoret