20 Ogos 2009

Selamat Berpuasa...Marhaban Ya Ramadhan



SISIPAN BUAT SAHABAT2 BLOGGER UDM DRP KKC UDM

Dikesempatan ini, saya Muhammad 'Aizat bin Anwar Apandi mahasiswa SM Sains Sosial (Antropologi & Dakwah) semester tujuh Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) merangkap YDP Jawatankuasa Perumahan dan Kebajikan Pelajar (JPKP) Kolej Kediaman "C" UDM ingin memohon berbanyak kemaafan buat semua muslimin mahupun muslimat atas kelancangan dan keterlanjuran kata dan perilaku yang sengaja atau tersengaja. Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu satu pengertian yang cukup bermakna dan di isi dengan pelbagai amalan yang mulia lagi berpahala.Setiap amalan dilipat gandakan pahalanya.Yang pasti pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serta sekalian syaitan dibelenggu. Maka berdoalah agar Allah tabahkan iman dan amal kita sepanjang Ramadhan agar nafsu yang ada ini tidak membawa kita ke lembah kerugian dan keburukan. Sekadar berkongsi nasihat. Salam Semulia Ramadhan.

1 ulasan:

Nuyu Yusof berkata...

saya juga:
nurul farhanah mohd yusof, dari ijazah perakaunan sem 5 ingin meminta maap kalau ade salah silap..salam ramadhan

hehe :p