17 September 2009

Kisah di Pagi Hari Raya...(Coretan Harian Metro 16 September 2009)

Sekadar berkongsi sekeping cerita di pagi hari raya....(Berita Muka Depan Harian Metro 16/9/09)
Seorang ibu yang berumur sekitar 70-an ditinggalkan oleh seorang anak di depan rumah orang tua dikala ibunya memanggil2 anaknya yang terus memecut meninggalkan ibunya yang berlari dan terus mengejar sambil mengendong bungkusan baju yang sarat. Apa kejadah anak yang dilahirkan oleh seorang ibu sanggup bertindak sedemikian rupa??? Ingatlah dan hayatilah berapa ramai rakan2 kita di luar sana yang menyambut hari raya tanpa orang tua mereka? Sensitifkah kita dengan tindakan dan perihal laku oleh seorang anak yang derhaka? Ingatlah dan hayatilah di pagi Syawal tak lama lagi bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu mu...Sekian
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

7 ulasan:

Nuyu Yusof berkata...

siannya mak die..
jahat la si anak tu. sanggup buat mak die gitu :(

mintak2 anak nuyu x gitu
hoho..
selamat hari raya :)
maap zahir batin
selamat makan kuih raya..
(dari nuyu dan kuda2)

=]

Nabil Norhalim berkata...

di rumah kebajikan orang tua di dungun...majoriti orang-orang tua ditinggalkan anak-anak mereka..ada di antaranya berjawatan besar,ahli politik..ustazah..dan sebagainya..apakah mereka lupa..yang mengendong selama 9 bulan..yang sanggup mati melahirkan anaknya asalkan anaknya hidup terus bernafas..keringat ayahmu..makanan yang engkau makan,pakaian yang engkau pakai...aduh manusia..terpadam sungguh mata hati...apa erti syawal bagimu..? pada bajumu yang cantik,pada keretamu?pada rumahmu..?atau pada wang mu? jika itu kemenangan bagimu..engkau lah yang paling rugi....peringatan buat mereka>>

salam lebaran..salam kemenangan..

'Aizat Annur berkata...

to nuyu-harap2 anak kita semua x gitu, minta dijauhkan...hu3...dr aizat dan famili (ayah ibu kita)

to nabil_jangs-betol tu,bila senang kita susahkan mereka maka nerakalah tempatnya kalau anak tetap menderhaka...doakan anak2 mereka itu diberi taufik dan hidayah agar sedar akan perbuatan mereka kelak.Amin
Selamat menyambut tabir kemenangan x lama lagi :)

Mohd Daharudin Haji Daud berkata...

Salam 'Eidul Fitri akh Aizat Anwar yang ana kasihi kerana Allah..

Moga-moga Hari Raya Fitrah kali ini kita sambutnya dengan rasa kegembiraan yang teramat disebabkan kita memegang segulung IJAZAH yang terbaik dari MADRASAH RAMADHAN tahun ini...

Maaf Zahir dan Batin atas segala terlanjuran kata-kata ana..


dariku, insan yang dho'if di sisi Tuhan..
akh Mohd. Daharudin bin Haji Daud bin Haji Yusoff bin Abdul Kadir
[anjang_dahar]

'Aizat Annur berkata...

to anjangdahar-setiap manusia ada silap masing2 dan setiap manusia ada amanah yg perlu diguna iaitu menegur dan menasihati sesama mereka selagi ianya benar dan hak.Sy juga memohon kemaafan atas keterlanjuran kata2 juga

A d'Z berkata...

slmt hr ry aidilfitri, bro! maaf zhir & btin...

sabir berkata...

selamat berhari raya walapun lewat