27 Disember 2009

Semester L.A.P.A.N. kini menjelma~apa perasaan kamu wahai ahmad aizat?`

Salam berita penting...
Sengaja nak komen untuk entry terbaru~
Semester lapan dah semakin menjelma~
Pensyarah baru dan lama kini bersama~
Mengajar aku subjek semua~
Agak2 boleh mantain ke gayanya?

(pantun tak cukup "kerat")

Dalam menyusuri arus kemodenan di UDM,
banyak perkara yang aku yakin dan pasti ramai yang tak amek sedar langsung beberapa bab...
kiranya aku tak leh la nak salahkan sebahagian manusia yang berdaftar as student UDM
tak mau amek pusing soal atau isu penting yang berkumandang di UDM~esp tempat tinggal koorang!
Simptom masih anggap gaya hidup Universiti masih sama dengan Asrama wajar dikikis agar budaya lewat ke kuliah atau budaya bising mampu dihakis dan dikikis~almaklumlah aku as college members'~
Kewujudan dan fungsi Kolej Kediaman pun aku rasa rata2 student tak perasan berbanding MPP yang sememangnya lebih kurang jew macam Pengawas Sekolah Menengah atau JPP di kolej atau matrik...
Isu seterusnya yang hampir lupa atau pudar dari ingatan sebahagian student adalah soal kepimpinan tertinggi pelajar~bilakah pemilihan MPP nak dibuat secara open tender?Maksudnya tak disorok2 dalam soal memilih calon dan hebahan maklumat kepada mahasiswa bila dan masa akan diadakan itu atau ini. Hakikatnya selepas 4 tahun aku di UDM pihak tertentu berjaya menjadikan mahasiswa UDM tidak terpikir soal demokrasi atau kepentingan dalam pemilihan individu yang layak untuk mewakili mereka,semuanya serah pada HEPA~Janji tidur ok, makan sedap mandi basah,kami tak nak komen! Bagus sekali "stigma" yang berjaya diwujudkan di UDM.Apa tindakan aku kali ini?Jawapannya mudah,biarkanlah semoga kamu sedar siapa yang kamu pilih.Masing2 dah besar.Nak minta nasihat aku boleh tak minta pun tak apa.
Budaya belajar atau Campus Life di UDM bagi aku masih belum wujud atau kalau ada pun baru 10%!Entahla apa silapnya.Ikutkan UDM dah jadi IPTA sudah masuk hampir 4 tahun.Ada student beritahu pada aku akibat tekanan daripada pegawai keselamatan yang tidak membenarkan belajar hingga lewat malam maka budaya itu terpakasa dipendam!
Baiklah,aku akan berikan penjelasan mengenai isu ini.Kedua-dua pihak kena faham akan situasi ini.Belajar atau belai jer...
Yang belajar ini kalau ada buku ladtop dan bahan ilmiah termasuklah aktiviti ilmiah seperti latihan debat dll yang semestinya kena lebih daripada 2 orang wajarlah diberikan kebebasan untuk belajar tanpa gangguan dan semestinya mereka ini kena faham belajar di tempat yang cerah dan tidak ter'lalu' sunyi~
Maka yang belai jer,adalah jenis belajar budak2 melayu yang konon2 bawa buku dan ladtop ni ke hulu hilir cari pot (kebanyakkan di kafeteria la) duduk berdua di atas bambu, pergh! belajar dan belai jer!Di sini barulah perlukan pengawasan dan teguran dari pihak berwajib.
Sebenarnya kita terlupa yang UDM adalah IPTA.Maka perlu ada perbezaan ketara mengenai undang2 atau peraturan UDM dan KUSZA.Bila dah jadi UDM risikonya lebih besar tapi kita sebenarnya masih boleh mengawal melalui peraturan2 yang bersifat dalaman iaitu yang diwujudkan bagi mengawal sosio-budaya budak2 UDM.So apakah target UDM?
Bila menjadi UDM,peraturan atau etika bersifat terbuka!Namun kawalan dan pengawsan boleh diwujudkan bukan untuk tindakan tetapi lebih bersifat halus dan mendidik!
Justeru itu, untuk makalah kali ini aku berhenti sampai di sini.Esok pagi nak belajar kereta.
Selamat tahun baru 2010 dan memulakan hidup dengan azam yang baru.
Wassalam.

Tiada ulasan: