Assalam...
Maaflah buat kenalan semua selepas sekian lama tidak meng'update' blog disebabkan FB sering mencuri perhatian. Disebalik kesibukan kerja & urusan GRA (bukan GRO yer :P) perlu juga kita berkongsi sesuatu dgn kenalan blog lain. Sekarang aku sedang bertungkus lumus mencari & menyelami kehidupan2 yang dialami oleh mereka2 keluarga HIV/AIDS di negeri Terengganu. Suatu kajian yang menarik dan mencabar, namun dalam masa yang sama masih kurang diterokai oleh kebanyakan kita. Setiap isnin dan rabu adalah masa untuk aku bersama dengan mereka yang memerlukan perhatian dan dorongan semangat bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup. Satu kisah yang ingin aku kongsikan adalah pertemuan dengan seorang ayah yang menghidap HIV + namun disebalik tanggapan masyarakat bahwa keluarga ini sentiasa 'tidak sejahtera' dan bermasaalah namun keadaan sebaliknya yang aku dengari dari si empunya diri. Mana tidaknya aku berjumpa dengan seorang ayah yang mempunyai anak2 yang berjaya, seorang ke MRSM dan seorang ke asrama. Anak2 keluarga yang sihat dan lebih 'sejahtera' pun ada yang 'hanyut'. Begitulah persepsi masyarakat kita hari ini yang terlalu cepat menuduh dan menjatuh hukum ke atas seseorang sedangkan kita tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Dan ini juga merupakan 'kebodohan' dan 'kedunguan' diri sendiri. Lihatlah hari ini masyarakat terlalu mudah percaya dari mengambil pendekatan menyelidik ataupun mengenali sesuatu masalah berbanding menjatuh hukum semata-mata. Adakah ini dinamakan sikap masyarakat madani? Rata-rata keluarga yang aku temui mereka mahukan sokongan dan bantuan daripada masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup terutama perkembangan dan pelajaran anak-anak mereka. Ayuhlah rakan2 kita mengubah persepsi ke atas seseorang dengan melihat, menyelidik dan menilai terhadap sesuatu masalah terlebih dahulu. Penyakit HIV ini hanya tersebar dari 3 bentuk cara. PERMINDAHAN DARAH, PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN & HUBUNGAN SEKS TERUTAMA LESBIAN DAN GAY. Dan penyakit ini juga jika dibandingkan dengan Hepatatis B dan H1N1, HIV/AIDS duduk di tangga ketiga. Manakah tidaknya, H1N1 dan Hepatatis B lebih mudah tersebar dalam udara melalui percakapan dan sentuhan berbanding HIV/AIDS. Bagaimana koorang terkejut tak? Kita sering dimomokkan mengenai bahaya HIV/AIDS...itu selepas koorang atau sesiapa terkena atau mencari penyakit itu. Tapi penyakit H1N1 dan Hepatatis B koorang sendiri kalau tak hati2 memang boleh terkena atau melekat di sebalik bergaul dengan bermacam2 manusia sekeliling yang kita tidak sedar status kesihatan mereka. Semua ini disebabkan fungsi dan peranan media massa hari ini yang memainkan peranan tersebut dalam memberikan kesedaran total mengenai penyakit ini. Justeru itu, kawan2 semua janganlah kita rasa elegik atau takut tak tentu pasal bila ada dalam kelompok tempat tinggal koorang mereka yang menghidap HIV/AIDS. Tertarik untuk berkongsi kata2 oleh seorang penolong pegawai AADK negeri Terengganu berkenaan isu ini semasa beliau menyampaikan ceramah di salah sebuah lokasi di Terengganu, "Adakah anda semua boleh yakin dan percaya bahawa keturunan anda, anak anda, cucu anda dan waris anda akan terselamat daripada penyakit dan gejala HIV/AIDS atau dadah?"...persoalan yang dilontarkan oleh beliau telah menyebabkan semua hadirin (ada juga Dato' dan Datuk) terdiam seribu bahasa dan ada juga yang menggelingkan kepala menandakan bahawa mereka bersetuju dengan kenyataan pegawai ini. Generasi akan datang kita belum pasti dapat menjamin mereka selamat dari wabak seperti ini jika kita sentiasa prejudis daripada mengambil tahu mengenainya. HIV/AIDS untuk difahami bukan untuk ditakuti iaitu sebuah slogan atau tema yang cukup memberi kesan dan makna kepada aku dan juga koorang yang masih waras :) Lain-lain perkara, aku hanya nak maklumkan pada sesiapa yang membaca entry ini ingatlah tarikh ini 18 JANUARI 2011...Fikir2kan apakah peristiwa pada tarikh itu. Wassalam
3 ulasan:
weh... ni artikel ker draft ni... main gomol dlm satu perenggan jer... poning kopalo eden membaco eh.... tak menarik kalu cmni..
kurangkan ayat yang berjela2 kerana itu boleh mematikan mood pembaca sedangkan isi belum lagi dapat difahami.
anyway it's a good starter! keep it up bro...
haha...amek ko,nak sgt suh ak menulis~he3..sebenarnye tu bukan ak pny style blogger...nak tengok camne?tunggu keluaran akan datang :)
betul kata shaiham tu jat..kasimenarik skit,macam tak biasa.Bukan ke kau penulis novel cinta ke skrg? kasi ada 'rasa' la skit: )apapun thanks sudi berkongsi..apa jua yang pada kau, aku dan mereka,kita semua bersaudara.
Catat Ulasan