Salam..bertemu kembali. Di sini aku nak kemukakan hasil daripada Mensyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di salah sebuah hotel di Putrajaya yang mana telah berjaya menyampaikan hasil resolusi kepada TPM...antaranya:
6 Resolusi MPP IPTA sesi 07/08 kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
1) Isu 1 : Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)
a) Maklumat tidak jelas mengenai isu riba samada 3% kadar faedah yg telah dikenakan
kpd pelajar, riba atau tidak dari perspektif islam.
b) Kadar pinjaman tidak selari dgn kenaikan harga barang.
c) Mahasiswa di Sabah & Sarawak mengalami kesukaran utk mengurus PTPTN.
2) Isu 2 : Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)
a) Kajian dan pindaan terhadap seksyen 15(A), 15(B), 15(C), 15 (D), 16B (1), 16B (2), 16B(3), 16C dan 51(1) kerana dikatakan memberi impak terhadap potensi mahasiswa.
3) Isu 3 : Gerakan Mahasiswa Membantu Mangsa Gempa Bumi Sichuan, China & Taufan Nargis
a) MPP IPTA mengambil inisiatif untuk mengutip derma secara besar-besaran di seluruh IPTA secara serentak semasa sesi orientasi kemasukan pelajar baru.
4) Isu 4 : Kebajikan Mahasiswa - Krisis Global Kenaikan Harga Barang Yg Menyebabkan Kos Sara Diri Mahasiswa Meningkat.
a) Memohon pihak kerajaan agar mewujudkan "Zon Harga Rendah" dlm kwsn Kampus.
5) Isu 5 : Akses Teknologi Maklumat
6) Isu 6 : Sensitiviti Agama
a) MPP akan menyampaikan pendirian terhadap isu penghinaan Al-Quran kpd kedutaan
Amerika Syarikat (AS) di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan