05 Jun 2008

Selamat Bertemu Lagi...Kejapnya Cuti



Gambar Hiasan

Minyak Naik Lagi...Barang 'Confirm' Naik...

Semalam aku pergi petrol pam a.k.a stesen minyak...fuh, keadaan macam orang nak pergi tengok bola atau dengar ceramah pembangkang...tetapi itu bukan hal sebenar tetapi yang memeranjatkan adalah keadaan kereta yang berderet-deret macam yang koorang selalu sebut 'jem' tapi aku x galakkan koorang sebut jem strawberi coz panjang dia adalah 2km kereta beratur....sebabnya mudah bcoz minyak berkuatkuasa naik hari ini RM 2.70 seliter bagi petrol (naik 70sen dan diesel naik RM1)...(fuh! tinggi tu).Namun apa yang memeranjatkan adalah tiada khabar angin atau ura-ura melainkan hanya ada berita bahawa minyak x boleh dijual kepada warga asing atau lebih tepat orang asing x boleh beli minyak di stesen minyak di sempadan kerana minyak kita ada subsidi dan murah tapi ada beberapa perkara yang amat pelik dan janggal. Pertama, x ada makluman seminggu sebelum kenaikan harga....bukan 1 atau 2 sen tapi berposen-sen. Kedua, perbandingan yang dilakukan oleh kerajaan dengan minyak Singapura x wajar bcoz kita perlu lihat pada nilai matawang mereka yang lebih tinggi daripada kita, memangla koorang tengok murah bcoz harga di sana di 'convert' kepada rm, tu yang nampak tinggi (amacam tertipu ka...?).Ketiga, apabila minyak tidak dijual kepada warga asing sepatutnya harga minyak boleh turun atau stabil atau sama, tapi lain cerita semakin naik,pelik2....Keempat, kerajaan tidak menerangkan apakah 'harga apung' itu kepada golongan sasar, jikalau nak bagi kepada mereka subsidi perkara pokok yang mesti diambil perhatian serius adalah menerangkan sebab2 kenaikan harga bahan api secara mengejut. Kelima, adakah jaminan daripada kerajaan agar barang tidak naik secara mendadak???. Keenam dan terakhir, bagaimana mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan dalam pembahagian subsidi kelak yang boleh mensejahterakan rakyat agar dapat menangkis tsunami rakyat kali ke-2....Fikir-fikirlah.

1 ulasan:

end berkata...

blog nie memang berubah..