Salam...dah lama aku x komen dalam blog ni...alhamdulillah hari ini sempurna aku jawab paper exam ke-5...ada last paper 5.5.2008.Banyak benda yang aku tengah plan dan rancang untuk menghabiskan sisa hari yang mendatang dalam semester ini.Rabu ini parlimen akan bersidang...hu3...x Sabar rasanya nak tengok terlatah YB2 di parlimen.Mesti gempak.Mesti menarik dengan hujah2 dan idea.Harapan rakyat gar ia mampu mensintesiskan ke arah pembangunan negara yang holistik dari segi semua aspek.Semoga hujah2 yang berhormat mematangkan sesiapa yang menonton sidang tersebut.Aku tertarik dengan pendapat2 dari Saudara Khairulnizam Bakeri...(pendebat UiTM) menarik komen beliau tentang parlimen kali ini.Aku cuma x nak bila dah live makin terselah belang2 yang x sepatutnya ditunjukkan oleh YB yang dipilih oleh rakyat...sama ada BN mahupun PR...salam demonstarasi....
29 April 2008
25 April 2008
Perlancaran Rakan Muda dan Bahaya Air Kickapoo...
Rakan Muda IPT UDM
Salam...Di sini aku ingin merakamkan setinggi2 penghargaan buat crew mahasiswa udm terutama bdk2 sekretariat rakan muda ipt udm.Majlis perasmian telah berlangsung pada 25.4.2008.Sambutan agak memberangsangkan walaupun ramai siswa siswi sibuk dengan final exam.Cuma ada terdapat sedikit masalah terutama ketidak cukupan borang pendaftaran dan masalah miss comm dgn pihak mpp.Tahniah buat saudara shahril selaku presiden rakan muda udm coz berjaya menganjurkan majlis ini.Aku x marah dgn tindakan dia yang agak biadap coz yg aku lihat sekretariat lain duduk sahaja,kesian presiden ko 2.Anyway yg dah lepas2 semoga rakan muda terus success yer.wasalam
p/a:Kena tubuh Rakan Tua...x ada muda kalau yang lama tiada
Minuman Kickapoo....Keluaran Syarikat Arak Dari USA...
Buat pengetahuan semua koorg yg minat minum air Kickapoo diharapkan dapatlah melupakan citrasa air tersebut bcoz air 2 asal dikeluarkan oleh syarikat air arak.So take care.Koorg boleh check pada website nie...http://www.monarch-beverage.com/home or http://www.kickapoojoy.com/history...
p/a:Erm...kena letak logo HARAM nie....
23 April 2008
Jawatan Kosong Di UDM...Baru
20 April 2008
Edisi Khas (Majlis Perkahwinan Abang Ngah aku...sekarang?)
Assalamualaikum semua pembaca... Edisi kali ini aku cuba lari dari skop yang aku selalu bebelkan iaitu isu semasa dan kampus.Tetapi aku ingin merakam penghargaan atas perkahwinan abg Ngah aku a.k.a Bangah yang dah jadi suami org dgn kak illida a.k.a Kak Ngah...ho3x...Ada banyak cerita dan fakta yg boleh aku sebut tentang majlis perkahwinan abg aku ni dgn akak ipar (org bachok tu...).Antaranya; 1. Adik-beradik Annur sekeluarga yang pertama kahwin (akak aku bila lgla wei) 2. Diadakan sehari selepas pakatan rakyat menguasai 5 negeri...x ada kaitan tapi its historical 4 dis country, BN cant get 2/3 majority in parliment. 3. Perkahwinan antara dua tanda arah kompas (timur-selatan) 4. Adik aku (azfar) x ada time perkahwinan di kelantan 5. Melibatkan jumlah tetamu seramai 1500 org di kelantan dan 2500 di melaka (kalo x silapla sumber drp jabatan logistik dan saliran) 6. Tema di sebelah kelantan kaler hijau (no comment 4 dis kaler...PAS menang plak kat kelantan)...kaler koko crunch di sebelah melaka (merujuk kaler family aku) 7. Belanja kawen...erm...aku tau tapi saje x nak bg tau koorg...tanya abg aku sdr... 8. Perjalanan dari melaka ke kelantan selama 8 jam...lame tu...(kebetulan adik beradik 8 org) 9. Perkahwinan di rumah aku kat melaka dihadiri oleh org yg ada nama a.k.a ternamala yer...Dato Mustapa Mohamad (ex-KPT now menteri asas tani...)..YB Ghazalie...erm...mula2 aku x knl rupe2 YB dun kawasan aku...ha3x 10. Saat indah keluarga aku...semua kelapan2 superhero Annur ada...isk3x...after this saper plak yang kawen?erm...wait n see jerla...mybe Akak yong aku (aku doakan semoga jumpa jodoh sesuai) atau Abg Lang aku (awek dia dah knl pn...cepat2la kawen yer)...x pn aku?impossible...lamer lagi.
p/a:ajal jodoh di tangan Tuhan...
Chelsea Semakin Rapat Menjulang EPL...& Isu Bersara Daripada Kerja
Chelsea, only one best team...(jangan jelous!)Salam...hu3x..hari ini aku baru lepas menduduki peperiksaan bagi paper Orientalisme dan Islam. Erm, seperti biasa no comment.Aku dah buat sebaik mungkin dan menyerahkan kepada Allah s.w.t. untuk menentukan keputusannya.Tak ada apa nak diceritakan melainkan isu harga beras naik dan umur pesara mungkin dilanjutkan hangat diperkatakan di akhbar2. Namun kedua-dua isu x ada kaitan dengan topik yang aku nak cerita kat atas ini,chelsea menghampiri Man United.hu2.Saper2 yang sepenyokong aku mesti x sabar tunggu perlawanan penting antara Chelsea dengan Man United di Stamford Bridge, London.Aku bukan penjual tiket tau.Kang habis serbu rumah aku pulak.he3.
p/a:hidup bola,tidur bola janganlah mati dengan bola tetapi biarlah pahala...
Isu Umur Besara Dilanjutkan...
Ini bukan isu baru atau pun lapuk...aku kata macam 2 kerana isu ini dia dah ada dulu tapi hilang entah ke mana pas tu ada balik dibahaskan (mungkin tunggu sidang rakyat 28.4.08 kot..) mungkin hilang balik kot.Ada baik jugak dan buruknyer...baiknyer dapatlah kita mengekalkan memontum ssesebuah syarikat dan mempunyai masa untuk memilih yang benar2 berkaliber untuk mengantikan jawatan yang kosong....yang kurang enaknyer pula...kalau umur besara dilanjutkan mungkin jawatan kosong untuk pekerja2 muda lambat sikitla...Betul x?Hal inilah yang menjadi isu polemik semasa.Selepas makan dengan isu politik kini kita disuapkan dengan isu pekerja plak...sibuk pasal pekerja aku teringat tentang 5 tuntutan oleh
persatuan pekerja (Cuepecs),semua diluluskan oleh PM (bagus2 Pak Lah!!!)... Nasib Pak Lah prihatin kalau x,x ada yang nak raikan hari pekerja tahun ini. Justeru,marilah kita kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi dalam meningkatkan taraf pekerjaan kita hari ini.p/a: bersih,cekap dan amanah....
18 April 2008
Salam Muhibbah dan Selamat Menduduki Alam Peperiksaan
Assalamualaikum semua mahasiswa dan siswi bervisi... Erm,aku nak taip panjang2 pun agak suntuk masa.Banyak masa nak cover subjek yang belum belek...aku ambil 6 subjek untuk semester ini.Buat pengetahuan semua aku sekarang di semester 4...selepas ini aku ada 4 semester lagi...hu2...far far away...Amacam semua dah study?Aku nak berkongsi tentang motivasi yang aku terima semasa Muktamar dan Makan Malam bersama Kelab Astronomi pada malam yang lepas,en roslan merupakan penasihat kelab telah mengingatkan kepada ahli perihal betapa pentingnya ilmu itu.Paling menarik ialah pasal belajar 'last minit'.Dia membuat perbandingan antara pelajar lelaki dan perempuan.Lelaki mampu belajar di saat2 terakhir kerana mampu study smart dan
perempuan tidak kerana mereka bijak membuat persiapan awal dan study hard.Bagi saya ada relevannya kerana aku juga akan berpulun2 di titik masa terakhir.(Dont try this at udm).hu3.Mesti koorg nak tau apa target aku untuk semester ini,erm...biarlah rahsia.Cuma aku mengharapkan rakan2 sekos aku supaya dapat mencapai result cemerlang dan tidak terus meniru.Aku ada melancarkan satu kempen kupon peperiksaan di bawah exco akademik.(gambar di bawah)
Apa yang boleh dikatakan mengenai kempen ini ialah pedas dan nasihat yang berbentuk sindiran buat yang terasa.Akhir sekali aku mendoakan kejayaan kita bersama2 dalam peperiksaan akhir semester ini. Wasalam.Man jadda wajada.p/a:betul2...macam ipin kata pada upin...
Solat Hajat Perdana di Masjid KUSZA sempena peperiksaan akhir semester
Ini merupakan program kerohanian dan program MPP yang terakhir untuk semester ini sebelum agenda dan program disusun pada cuti panjang ini(alamak x balikla aku...).Aku betul2 tak sabar ikut program ini kerana sudah lama program seperti ini tidak diadakan melibatkan kesemua mahasiswa-mahasiswi.Semoga apa yang kita hajati dalam solat hajat dan bacaan yassin ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t...Amin.
p/a:selembut bayu,seharum kasturi...
17 April 2008
Isu Jenayah Kanak-kanak dan Harga Naik

Isu-isu semasa... huh,seperti dijanjikan sebelum ini saya tertarik untuk membincangkan mengenai isu kehilanhan kanak-kanak dan jenayah terhadap mereka. Isu ini menarik minat saya untuk membacanya dalam dewan masyarakat keluaran Mac lepas.Bukan isu pilihanraya yang menjadi keutamaan saya dalam keluaran tersebut (walaupun hampir sepuluh muka....cerita pilihanraya) tetapai isu masalah kehilangan kanak-kanak seperti Nurin, Sharline dan lain-lain dan yang terbaru adik Mawi...saampai bilakah fenomena ini akan berlaku? Adakah ketika orang di sekeliling sibuk memperkatakan mengenai isu-isu retorik dalam politik, anak-anak terus di culik?Hal inilah yang sangat membimbangkan saya apabila melihat sindrom ini seakan berlaku ketika iklim politik malaysia sedang sibuk kepada pemilihan pucuk parti,kukuhkan barisan dan pakatan laaaa....isu-isu yang dibimbangkan ini terus sepi ditiup angin.Waduh2...kok bisa jadi begini ya?Dalam majalah itu juga sibuk membicarakan mengenai jenayah kanak-kanak juga disebabkan oleh masalah pesakit mental yang suka mencari kanak-kanak untuk pemuas nafsu.Ush,macam mana boleh terlepas ni?
p/a:Malaysia jangan kena culik dahla...

Harga naik lagi... Erm...isu ini la yang sama panas dengan isu di atas.mana tidaknya,harga minyak dijangka tidak naik tetapi harga makanan asasi dijangka terus meningkat.Hal ini tidak dinafikan oleh Pertubuhan Makanan Sedunia dimana krisis makanan global menuju kepada tahap kritikal dan sakit mental. Mana tidaknya,apabila makanan asasi seperti beras,gandum
dan lain-lain naik harga,ia akan merencatkan sedikit pembangunan pada negara membangun apakan lagi negara kelas ketiga atau mundur.Di Malaysia tidak terlepas dengan isu kenaikan harga,aku tertarik membaca kenyataan akhbar semalam dimana negeri jelapang padi(alahai kedah) dijangka beras akan naik.Apakan lagi negeri-negeri yang tidak berjelapang ini.Tapi kenyataan akhbar itu diselamat dengan kata-kata Tok Pa(Dato' Mustapha Mohamad ex-menteri kpt) bahawa proses di kedah tetapi alternatif di tuai di kelantan...bagus2...dijangka harga beras akan dikawal dan stok beras cukup(punyalah banyak jenis beras mcm berasmati,faizah dll) boleh habis juga kaa...! Itulah dinamakan krisis makanan,bila ada makanan selalu x habis...membazirla...aku pun selalu kena sindir kalau amik makanan banyak tapi habis tau. hu3p/a:negeri aku jelapang sejarah(Melaka)
16 April 2008
Assalamualaikum....salam bervisi...

Assalamualaikum. Pada hari ini macam-macam telah berlaku dalam suasana politik negara dan juga politik kampus. Hari ini pelbagai masalah kebejatan moral telah timbul dan isunya dimanakah penyelesaiannya? Hari ini mahasiswa kita semakin mandul dalam memberikan idea dan berani bertindak kerana asyik disuapkan dengan buku-buku sahaja? Apakah silapnya apabila kita semakin hari disuapkan dengan pelbagai berita dan isu semasa dalam dan luar negara. Barack Obama calon parti demokrat sedang sibuk berkempen melawan isteri clinton. Malaysia apa pula?huh, kadang-kadang kita seakan terlupa apa yang perlu dilakukan buat diri sendiri. Ada yang malang terlalu sibuk nak jaga diri sendiri sehingga jadi katak bawah gelas... Alhamdulillah,semua hanya bebelan aku sempena pembukaan blog baru aku ini. Madah bercili, senyum kambing, blog sentral, video terlampau...ops tidak2...adalah slot yg akan aku wujudkan dalam blog ini kelak demi menyahut seruan blog manifestasi rakyat merdeka ke-50!!! Syabas Malaysiaku gemilang...Sebagai pendahuluan awal,aku akan memberi respons tentang isu-isu semasa yang difikirkan sedap untuk dikupas serta warkah dari kampus-kampus IPTA di Malaysia...Akhir sekali,harap2la koorang singgah kat pondok aku ini dan cuba jadi mahasiswa intelektual,lokal dan global.wasalam. cetusan otak; putera annur
Langgan:
Catatan (Atom)



