20 November 2009

Bagaimana menghasilkan kertas kerja yang baik...mungkin belum terbaik

salam
sepertimana yang pernah aku janjikan dahulu
rasa macam perlu kongsi sesuatu dengan raan2 sebelum aku keluar dari UDM
almaklumlah yang datang pasti pergi
yang pergi takkan kembali
baiklah semua boleh ambil pen dan kertas
(peringatan:ianya hanya tip yang biasa2 aku gunakan dalam menyiapkan kertas kerja program)
bagi yang inginkan kertas kerja yang mantap bolehlah bertanya pada mana2 MPP atau Unit Aktiviti Kelab dan Persatuan Pelajar HEPA UDM k...aku bagi yang sekadarnya :)
Perkara paling penting kita kena fikir dahulu apakah program yang kita nak buat itu sekadar program yang melepaskan batuk di tangga atau program yang diwarisi daripada kepimpinan sebelumnya?
kemudian anda hendaklah fikirkan lakaran gerak kerja yang bagaimana,perlukan ramai atau sedikit AJK bagi program anda...paling penting program tersebut perlukan banyak kerjasama luar atau sekadar sesama kita?
bagi program yang biasa kertas kerja kebiasaannya perlu ada-
tujuan
latar belakang
objektif
rasional
cara perlaksanaan: tarikh,tempat,masa,penglibatan,pengisian...
senarai ahli jawatankuasa (induk atau program)
implikasi kewangan
motto/misi/visi
lampiran 1,2,3-jawatankuasa induk&program, tentatif program, belanjawan
penutup

lampiran 1-jawatankuasa
lampiran 2-tentatif program
lampiran 3-belanjawan

inilah item2 yang aku rasa perlu ada pada sebuah kertas kerja dan yang selalu aku buat (orang kata kertas kerja aku buat semua lulus) paling penting kertas kerja kena kemas dan relevan dengan program yang nak buat.kalau semua aspek ada maka tak mustahil program boleh lulus walaupun bajet rm10,000 pun.

terdapat elemen nasib atau kelebihan pada sesebuah program yang dibuat mendapat full budget
misalnya program yang melibatkan semua mahasiswa,baru dan gempak serta melibatkan semua entiti di UDM (pihak pengurusan UDM dan mahasiswa UDM juga)

oleh itu,untuk permulaan ini aku rasa ini sudah cukup bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia kelab dan persatuan.kalau ada apa2 masalah boleh tinggalkan di ruang komen k.
Assalamualaikum

Tiada ulasan: