06 Disember 2011

Antara filem Arthur Christmas & Misteri Jalan lama : Umpama Realiti & Fantasi

Assalam semua...kali ini saya akan membuat review berkenaan filem yang baru saya tonton iaitu, Arthur Christmas & Misteri Jalan Lama. Baiklah. Kedua2 filem ada kekuatan masing di sebalik genre filem yang berbeza. Satu mewakili puak kartun animasi. Satu lagi mewakili puak fantasi aksi seram bagai* (tak dapat dipastikan sampel genre ape!). Apapun kedua2 filem memberikan persepsi kepada aku untuk mengomen dan membuat penilaian ke atas filem2 tersebut sebab aku dah menghabiskan duit pada kedua2nya....ngege~

Filem : Arthur Christmas
Mengesahkan seorang budak bernama Arthur yang ayahandanya seorang santa dan atuknya juga seorang ex-santa. tinggal di kutub utara kadang2 ingat kutub selatan. ada seorang abang ala2 komando iaitu steve. kerjanya adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kanak2 setiap kali tibanya malam krismas, apakah perkhidmatan itu? maka jawapannya sudah tentu adalah hadiah yang diminta oleh bebudak. lebih kepada cerita kanak2 tetapi orang dewasa macam aku pun masih terhibur. kadang2 gelak sipu2 bahasa. apapun jalan cerita menarik, lawak ada sikit tetapi berisi dan ada kandungan pengajaran. sesuai untuk tontonan seisi keluarga, mak ayah adik abang akak n tok abah! untuk filem ini saya beri 3 1/2 BINTANG!!!

p/s: kalau aku nak request hadiah rumah banglo, agak2 santa hantar tak? (jawapan:mengarut sume tu!)

Filem : Misteri Jalan Lama

Menceritakan tentang seorang pelakon Que Haidar sebagai Eldar ke ape ntah (tak dengar jelas sbb nama terlalu klasik!) dan abangnya Hans Isaac sebagai Indera! lama tak berjumpa tetapi bertemu apabila kematian abah dia dalam kemalangan jalan raya. cerita banyak suspens dan agak seram mula2 macam tak sesuai dengan label 13pg! banyak sangat 'hantu' rambut putih keluar masuk....hush! last2 itulah watak wardina imran....tapi pelik kat bunting muke cumey tp dalam filem sikit macam 'hitam kelat'! boleh dikatakan aku sedikit terpinga2 dan terlayang memahami jalan cerita (mungkin ini dinamakan misteri jalan lama). plot demi plot buat penonton jadi terpaku (padahal tak tahu!) mula2 watak dengan gangster, pastu makhluk ntah apa2, kemudian jumpa watak seram2 last sekali jumpa alam fantasi! justeru itu, saya nasihatkan diri saya dan rakan2 semua untuk berfikir 5x sebelum tonton cerita ini walaupun pengarah die adalah nama besar dalam insdustri perfileman malaysia! untuk filem ini saya beri 2 BINTANG!!!

p/s: apa beza buat filem untuk kepuasan sendiri dan mencari kelainan yang menampakkan kebodohan sendiri?ermm

2 ulasan:

Happy walker berkata...

the movie quite nice and i watched it too~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Tanpa Nama berkata...

terbaik review bro nih. thumbs up!

jom baca reivew kami juga : http://www.kakiwayang.com/filem-2011/arthur-christmas-santa-claus-serba-canggih.html