13 April 2009

Analisis Program Kolej Kediaman C sesi 09


Aku dan En Mad Taufan di TER...Saat berpisah dengan KASTRO

Aku dan Din...Saat berjaya menawan gunung bujang melaka, perak

Aku dan Mad Daus...Saat terakhir sebelum berpisah....hu3

Salam sumer....seperti di ceritakan sebelum ini saya akan membuat analisis tentang beberapa program KKC yang dah lepas untuk 'diaudit' oleh semua blogger terutama yang duduk di KKC.

1. Bengkel Permantapan Organiasi JPKP KKC
-dibuat khas untuk ahli organisasi JPKP KKC dengan matlamat dua serampang iaitu memperkasakan organisasi dengan langkah-langkah menangani stress dalam berpersatuan dan menyusun takwim program selama sepenggal.

2. Konsert Amal Kemanusiaan Untukmu Palestin - NSTP 
-program kemanusiaan dengan berkonsepkan hiburan nasyid dan sajak bagi memenuhi aspirasi rakyat Palestin. Mendapat sambutan di luar jangkaan dengan dihadiri wakil FKI iaitu Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi. Wang kutipan derma diserahkan kepada wakil NSTP Cawangan terengganu.

3. Forum Bingkisan Maulidur Rasul
-forum Islamik yang sudah lama dirancang oleh saya dan syukur dapat diimplimentasikan melalui program di atas. Ahli panel oleh Ust Badli Shah dan Ust Dr Basri dengan moderator Fathullah al-Haq. Semua mahasiswa/i memenuhi perkarangan dataran.

4. Kempen Derma Darah KKC & HSNZ
-program bercorak khidmat komuniti HSNZ iaitu unit tabung darah. Menepati sasaran pihak HSNZ iaitu 168 beg darah dan melebihi sasaran awal. Selepas ini ada program kempen derma darah susulan.

5. XPDC Gunung Bujang Melaka, Perak
-XPDC yang mencabar dan memberikan ketenangan kepada peserta dari aspek fizikal dan mental sebelum menempuhi alam peperiksaan yang akan mendatang. Bukan senang menguruskan program yang paling ad-hock iaitu 4 hari sebelum program uruskan segala2 persiapan namun dapat ditempuhi dengan jayanya.

Program-program yang ditunda ke semester akan datanag:

1. Kejohanan Sukan 7 sebelah antara blok KKC UDM
-minggu kedua bulan 7

Program-program mendatang khas di 7 edition (bulan 7) :

1. Minggu Beramah Mesra Kolej Kediaman "C" dan Perlancaran kempen 3K
-Program rintis khas buat pelajar baru KKC dan kempen khidmat kesihatan, kempen bumi hijau dan kempen derma darah KKC.

2. Pertandingan Pidato Kefahaman Islam Antara IPT Negeri Terengganu dan Pameran Dakwah
-Diadakan sempena Bulan Dakwah Peringkat Negeri Terengganu dengan kerjasama HEPA dan JHEAT.

3. Bengkel Kekeluargaan
-Forum,LDK dan lain2.

4. Latihan Kebakaran
-Latihan semasa berlakunya sesebuah kebakaran.

5. Pertandingan Debat Piala Dekan HEPA antara Kolej Kediaman.
-Sebuah program rintis dan berkala bercorakkan debat.

Isu-isu Kebajikan:
1. Mesin Basuh (dalam perbincangan dengan pihak HEPA)
2. TV di setiap blok baru (dalam 2 minggu @ pembikinan)
3. TV di kafe (sudah dipasang)
4. Tempat parking kereta (tindakan terhadap pembangunan UDM)
5. Air bertakung di longkang dan limpahan air selepas hujan lebat (pihak HEPA akan ambil tindakan pada bulan 7 ini di bawah unit perumahan dan kebajikan pelajar iaitu selepas tamat tempoh jaminan JKR)

Semua isu-isu ini telah dihantar melalui resolusi exco kebajikan KKC UDM pada bulan lepas dan telah diambil tindakan serius oleh pihak berwajib. Diharapkan pihak asrama,MPP dan rakan2 mahasiswa/i dapatlah berkerjasama dalam menangani masalah kebajikan mahasiswa.
Kebajikan Mahasiswa matlamat Bersama~

Muhammad 'Aizat bin Anwar Apandi
YDP
JPJP Kolej Kediaman "C" sesi 09

Tambahan Cerita Best:

Aku dah lepaskan jawatan dalam Kelab Astronomi UDM 09/10 (KASTRO)
- sememangnya inilah yang aku nantikan saat meletakkan jawatan dikala KASTRO berada di tahap tertinggi dalam mencapai kejayaan di mata ahli dan mahasiswa/i UDM. Pelbagai program dan rancangan yang berjaya diadakan sepanjang perkhidmatan aku sebagai ahli KASTRO. Bermula pada awal pertubuhan Kelab Astronomi UDM aku diberikan jawatan sebagai exco ekonomi dan kemudian selepas itu aku beralih ke jawatan exco publisisti dan multimedia. Ketika ini aku telah menjadi MPP UDM dan pembahagian komitmen sememangnya sangat2 dituntut namun Alhamdulillah aku berjaya memberikan kerjasama sepanjang program yang diaorang adakan walaupun ada desas desus yang mahukan aku dipecat....Dan akhirnya aku telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan kedua terpenting iaitu timbalan presiden KASTRO. Hakikatnya aku seolah2 menjalankan tugas Presiden sebab ketua aku selalu menghilang....Takpela demi KASTRO. Namun baru-baru ini aku telah ditawarkan jawatan Presiden KASTRO oleh Penasihat KASTRO dan aku sendiri dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu tak kena dengan KASTRO. Akhirnya selepas memikirkan masa depan KASTRO dengan barisan pelapis yang sedia ada maka saya telah melepaskan jawatan dan semua tugas selaku AJK KASTRO akan datang. Aku akan ada masa untuk tumpukan KKC dan kemungkinan 'Kelab Baru' yang bakal aku sertai.Nantikan....

7 ulasan:

iLiAiSyAh berkata...

salam perkenalan jugak..... mantan mpp udm kan... hahaha.. selamat datang kat blog saya... hanya cuma tentang saya.... hahahaha

haziQah berkata...

program KK C mmg best..hee..
kalau tak de aral melintang saya mmg suka join program KK C yang amat bermanfaat
haha bodek ni.. :p

teruskan buat program2 yang bermanfaat ok
chaiyok2
n jangan risau selagi hayat di kandung badan akan ku sokong program2 KK C heee

aizat@kampus berkata...

to iliaisyah-xpe bersama-sama kite memmeriahkan dunia blogger udm~chaiyok!

to haziqah-laen mcm jer...mujur bukan masa pemilihan kelab or persatuan sudah pasti ada yg kena rasuah 'makan2' ha3

iLiAiSyAh berkata...

yeay....chaiyok.....

ooo boley main join jer ker xtiviti block kediaman laen?

hurm...tatau la plak..mungkin sbb duduk maidam dulu so sngt ta biase dengan kehidupan kampus cam nieyh..

notfah berkata...

Assalamualaikum. Tahniah2. Banyak juga program di bawah Abang Aizat yang berjaya dilangsungkan. Okey.. Saya nanti-nantikan apa pula program yang mendatang... Kelab apa yang Abang Aizat nak masuk tu??

aizat@kampus berkata...

to iliaisyah-bleh jer nk join x de halangan kpd mahasiswa/i kolej lain selagi ia halal...he3

to notfah-kelab per?yg pasti kelab ni pun glamer gaks...mcm KASTRO..he3

iLiAiSyAh berkata...

kalo begitu.. beregh.....pape... gtau la...