20 November 2009

Bagaimana menghasilkan kertas kerja yang baik...mungkin belum terbaik

22:41

salam
sepertimana yang pernah aku janjikan dahulu
rasa macam perlu kongsi sesuatu dengan raan2 sebelum aku keluar dari UDM
almaklumlah yang datang pasti pergi
yang pergi takkan kembali
baiklah semua boleh ambil pen dan kertas
(peringatan:ianya hanya tip yang biasa2 aku gunakan dalam menyiapkan kertas kerja program)
bagi yang inginkan kertas kerja yang mantap bolehlah bertanya pada mana2 MPP atau Unit Aktiviti Kelab dan Persatuan Pelajar HEPA UDM k...aku bagi yang sekadarnya :)
Perkara paling penting kita kena fikir dahulu apakah program yang kita nak buat itu sekadar program yang melepaskan batuk di tangga atau program yang diwarisi daripada kepimpinan sebelumnya?
kemudian anda hendaklah fikirkan lakaran gerak kerja yang bagaimana,perlukan ramai atau sedikit AJK bagi program anda...paling penting program tersebut perlukan banyak kerjasama luar atau sekadar sesama kita?
bagi program yang biasa kertas kerja kebiasaannya perlu ada-
tujuan
latar belakang
objektif
rasional
cara perlaksanaan: tarikh,tempat,masa,penglibatan,pengisian...
senarai ahli jawatankuasa (induk atau program)
implikasi kewangan
motto/misi/visi
lampiran 1,2,3-jawatankuasa induk&program, tentatif program, belanjawan
penutup

lampiran 1-jawatankuasa
lampiran 2-tentatif program
lampiran 3-belanjawan

inilah item2 yang aku rasa perlu ada pada sebuah kertas kerja dan yang selalu aku buat (orang kata kertas kerja aku buat semua lulus) paling penting kertas kerja kena kemas dan relevan dengan program yang nak buat.kalau semua aspek ada maka tak mustahil program boleh lulus walaupun bajet rm10,000 pun.

terdapat elemen nasib atau kelebihan pada sesebuah program yang dibuat mendapat full budget
misalnya program yang melibatkan semua mahasiswa,baru dan gempak serta melibatkan semua entiti di UDM (pihak pengurusan UDM dan mahasiswa UDM juga)

oleh itu,untuk permulaan ini aku rasa ini sudah cukup bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia kelab dan persatuan.kalau ada apa2 masalah boleh tinggalkan di ruang komen k.
Assalamualaikum

18 November 2009

Perkosaan Visual? Pernah tak dengar wahai kaum Hawa?

12:47

PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace)
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.
Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda
Lagi info menarik Tolong sebarkan informasi ini dengan fowardkan kepada semua kawan-kawan anda =)

Ihsan Zem Master

13 November 2009

Nur Kasih-karya drama seni Islam yang wajar ditonton...apa komen anda?

09:12

Nur Kasih...
selepas episod ke-22 baru aku terdetik nak tonton...
sarat dengan mesej dakwah melalui drama atau skrin...
penuh dengan latar masa dan suasana yang mengasyikkan...
aku jadi teruja dan kaget untuk menunggu setiap episod yang mendatang...
ibarat karya novel habiburrahman el-shirazy, ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih...
nur kasih sememangnya setaraf atau setanding dari segi sentuhan seni halus Islam...
daripada seorang pengarah berbakat, khabir bhatia dan isterinya...
sesungguhnya inilah drama atau filem bersulamkan Islam yang semakin tandus dalam masyarakat kita...
aku jadi tak tidur semalaman sebab nak flashback semua episod lepas2...
siapa aidil?siapa adam?siti aminah dan siti sarah....
aku mula menjadikannya sebagai satu bentuk dakwah melalui hiburan yang halus dan agak tersentuh...
semoga akan datang lebih ramai pengarah yang akan menghasilkan karya seni Islam terutama drama dan filem di Malaysia. Amin.

09 November 2009

Bercinta dengan orang yang lebih muda daripada usia anda?

13:13

salam...maaf entry mmg pendek...

apa pendapat anda bila bercinta dengan orang yang lebih muda usia drp anda?

sila berkongsi dengan sy...

28 Oktober 2009

Coretan terakhir dariku...

20:42

Assalamualaikum sahabat semua khususnya para bloggers...

Topik untuk kali ini hanya kepada perkara-perkara yang 'ringan' & sudah dibincangkan oleh pihak atau individu lain. Maka aku akan kupas secara ringkas bukan sambil lewa.

Peperiksaan Akhir Semester 7...
Ada tiga 'Killer Paper' bukan beerti kertas soalan membunuh tetapi dijangka memberi cabaran kepada aku dan mungkin rakan2 mahasiswa yang lain tentang soalan peperiksaan kali ini. Pesanan kepada aku dan rakan2, penuhkan ilmu di dada sebelum masuk ke pintu peperiksaan, kuatkan iman dan amal dahulu sebelum menulis segala ilmu. Pesan-memesan...

JPKP oh JPKP!...
Sudah berapa kali mahu sebut dalam ini blog? Aku dengan ini akan letak jawatan tapi tak letak2 juga. Terbaru JPKP KKC dengan JPKP yang lain bersama MPP UDM kenalah buat kutipan tabung amal MAKNA dan juga PADANG INDONESIA (mahu ganyang lagi kaa?). Alhamdulillah kutipan kedua2 memberangsangkan. Syukurilah...

JPKP oh JPKP 2!...
Timbul persoalan di benak fikiran,
Program nak buat lagi tak?
Sempat ke bagi komitmen?
Latihan ilmiah...JPKP...Awek? Oh tak mungkin bro...
Hendak saja lepaskan awal tapi demi amanah dan mandat aku redahi jua...Berenang2 di muara!

Takziah kepada Pelajar Undang2 Sem5 diploma...
Dengan ini, Blog Aizat Aanwar dan Persatuan Blog2 UDM *sekadar mencapap
merakamkan sekalung takziah buat keluarga Allahyarhamah.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Al-Fatihah.

Malam Gala Kelab, Persatuan dan KK...
Buat ahli kelab kolej kediaman celcom (KKC) kita ada 6 percalonan, 1 menang tanpa bertanding, 1 pemilihan akhir, 5 dalam permilihan untuk top 5. Doakan bersama.

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UDM...
Dijangka bulan 1 dan adanya pengundian. Sejauh manakah kebenarannya? Kita sama2 nantikan.

Teringat Isu Lama...
Kemenangan UMNO a.k.a BN sudah diduga sejak Aidilfitri lagi kebetulan Bagan Pinang merupakan kampung sebelah ayah aku. Pemilihan calon menjadi penentu biarpun Tan Sri disabit kes rasuah tetapi memang sat2 UMNO-MCA-MIC nak Tan Sri. Menurut Pak Cik aku yang juga setiausaha sulit Tan Sri,kalau ambil muka lain nanti 12 bilik gerakan akan tutup. Maka sebelum peti undi habis umum aku dah tau keputusan. Its not easy to clean & clear :)

Teringat Isu Lama 2...
Piala Debat NC pecah dan tidak diganti2 oleh saf kepimpinan MPP UDM 2008/09.
Susah sangat ke?Jika tidak ada juga apa2 tindakan maka aku sendiri akan ambil tindakan kepada YDP MPP dan pengarah program debat NC kali ke-2. Tempoh diberi untuk selesaikan isu ini sehingga 11/11/09.

Selamat menduduki peperiksaan dan selamat bercuti.

p/s: isu akan datang adalah Rahsia Kepimpinan Kelab dan Persatuan di UDM: Bagaimana menghasilkan kertas kerja yang bermutu.