05 Disember 2011

Kahwin Sekarang? Siapa Takut!

Kahwin Sekarang? Siapa Takut!
Alhamdulillah...Lama tidak mencoretkan sesuatu yang berharga mengenai sesebuah buku. Al-maklumlah manusia ini kadang2 pemalas nak baca benda2 yang bermanfaat & berfaedah berbanding baca novel atau berita gosip. Di sini saya ingin berkongsi sebuah buku yang saya beli semasa pulang dari kenduri kahwin adik orator di dungun dulu. Pada asalnya saya amat tertarik dengan buku 'Al-Ikhlas : Jalan ke Syurga' tetapi lepas pusing2 jadi terpaku melihat sebuah buku yang bertajuk, 'Kahwin Sekarang? Siapa Takut!' tulisan Akhmad Muhaimin Azzet. Suatu perkongsian daripada penulis yang menceritakan pengalaman yang beliau lalui dengan disertakan ayat2 al-Quran dan al-Hadith. Sebuah buku yang wajar dikongsi bersama anak muda yang suka berpacaran atau berdua-duaan hatta termasuk jualah mereka yang baru bertunang. Buku ini menceritakan manisnya perkahwinan itu di sisi Islam dan kelebihan yang Allah berikan. Selamat membaca ^_^

p/s-penulis bagi 4/5 bintang!

Tiada ulasan: