20 April 2011

Selamat tinggal P dan Selamat datang ahli baru!

Assalamualaikum...x jawab dosa ye...!

Lama x berbicara di medan blog ini. Orang kata aku ni 'banyak cakap dari menulis'...
tak kurang juga yang mengatakan 'suam suam kuku je' blog aku ni...
Begini rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian...

Aku sebenarnya terpalit dengan bebenan kerja yang tak menentu sejak dua tiga minggu kebelakangan ini...
Almaklumlah, masa degree dulu tidaklah sama suasananya dengan master...
But now, aku kena mengajar, belajar, menulis, mengkaji dan bagai-bagai...
Semuanya memerlukan komitmen dan pembahagian masa yang cekap...Bak kata pepatah arab, 'Masa itu ibarat pedang, barangsiapa tidak menghargai masa, maka masa itu akan memancung ia'.

Berbalik kepada topik di atas (sikit main jauh kau merapu!) Selamat tinggal P atau P Mai P Mai tang Tu atau sewaktu dengannya, merujuk kepada lesen P aku sejak 21/4/2009-20/4/2011 yang secara rasminya menamatkan zaman 'bujang' dia utk bertukar ke lesen besau (gaya loghat orang melaka walaupun hakikatnya orang melaka tak adalah menyebut sedemikian rupa).

Banyak halangan dan rintangan masa mula-mula nak ambil lesen kereta bagi aku ni (orang lain biasa je, kau yang over-over.he). Mana taknya sebab umur aku masuk 24 baru leh lesen penuh. Pergh!!! (dengan sound effect double D) Lambat juga masa yang aku ambil untuk muktamadkan lesen ni. Mana taknya,sebelum ini kalau nak ke mana-mana aku lebih bisa menggunakan semut merah (gelaran yang ditujukan untuk motor aku (pinjam sepupu kot ^_^)).

Sekarang ini dengan menampung dua benda 'isteri' tak bernyawa iaitu, kereta a.k.a. tenggiling dan semut merah menjadikan kehidupan aku serba salah bila salah satu buat ragam. Kadang-kadang bila ada kerja yang sangat mustahak dan hanya dalam kampus, nak la guna si semut merah boleh pulak dia tak hidup. Paling best, tetibe je tayar motor boleh pancit sekelip mata. Sabor jer lah!

Berbalik kepada topik kedua (adoyai!jauhnya kau kona~) Siapakah yang dimaksudkan ahli baru itu? Jeng...jeng...jeng...bukan fernando anak lelaki torres yang dibeli dengan berjuta lemon oleh kelab chelsea atau kemenangan wakil rakyat di PRN Sarawak baru-baru ini, tapi................

(Berhenti seketika memberi laluan azan....he)

Tapi keluarga aku menerima ahli baru iaitu anak buah merangkap cucu kepada wan nurul dan datuk 'YB' anwar ke-2. Woha! (dengan bunyi yang cukup riang gumbira) semakin meriah tak terkata. Alhamdulillah, secara tak langsung semakin bertambah umat Nabi Muhammad s.a.w. Syukurillah ^_^

Disebalik gembira bertimpa-timpa ini, aku cuba bermuhasabah diri dan merenung akan nasib diri ini, sama ada aku benar-benar dah bersedia menerima tanggungjawab sebagai seorang suami kepada seorang isteri, menerima beban ketua keluarga dan anak-anak dan yang paling utama adalah, berubah untuk menjadi pemimpin rumah tangga yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke syurga....

Bilakah masanya akan tiba? Di saat aku meletakkan due datenya tahun depan, masalahnya masih belum ketemu yang benar-benar mahu menerima diri aku sebagai peneman hidupnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hati ini. Sekian.

Coretan ini adalah pandangan peribadi penulis, tanpa bersandar pada mana-mana individu atau cerita rekaan tertentu. Penulis merupakan mahasiswa semester dua dalam bidang sarjana sains sosial, pembangunan komuniti, universiti sultan zainal abidin (unisza).

8 ulasan:

FaRe_EiZZa :p berkata...

very nice ur entry ejat....chaiyok2... :)

'Aizat Annur berkata...

fare_eizza-thanks...lama x merapu.he2

ASRUL ANWAR berkata...

panjang beno haaa....letak gambo cket

'Aizat Annur berkata...

asrul anwar-haha...saje nak bagi mood bosan..gambar x sempat upload coz BB lembab!ha2

Unknown berkata...

Tahniah akhirnya tamat gak zaman bujang en.P..... aku dah hampir melupai perasaan menamatkan zaman P aku dulu coz aku ni ade P tau takde same jer gaya membawa tenggiling darat.... bedezupppp kate org... tapi makin lama memegang lesen besau, makin rendah spedo meter aku.... especially lepas membayar lebih dua ploh lebih saman ekor yg mengekori aku selama ini... perit dowwwhhhhh

Tahniah gak dengan kedatangan ahli baru.... mesti comel kan.... hihihi... InsyaAllah, ti lau aku pun menyambut baby baru kelahiran 'bakal isteriku' aku akan buat post dlm blog aku.... biar satu dunia tahu.... hahahahaaha... dunia ana yg punya... hahahaha... takabburnya beliau

'Aizat Annur berkata...

shaiham ibrahim-ok sama2 kita nantikan.he

Lai Qma berkata...

waaa...:D

ahaa lai pnye lsen lbey b0sau dr a.ejat uh..ngeee~~

'Aizat Annur berkata...

lai-jangan membandingkan keBESAUan lesen anda k...hehe :P