08 September 2009

Teringat kampung halaman di sana...dengarkan Dendang Perantau bagi yang tak balik....

Salam...
Huh, raya tinggal 10 hari jer lagi...kejam celik kejam celik...ale2 dah nak masuk 10 malam terakhir Ramadhan di mana banyak Hadis menyebut bahawa rebutlah kamu 10 malam terakhir di bulan Ramadhan kerana terdapat satu malam yang lebih baik drp 1000 bulan. Namun begitu, tak hairanlah jika kebanyakkan daripada kita dan mungkin juga aku, rebut 10 malam terakhir dengan mencari koleksi pakaian di hari raya kelak. Oleh itu, marilah berubah sedikit demi sedikit. Nak beli2 biarlah di pagi hari dan malam kita kekalkan dengan solat tarawikh tak kirala kalau koorang memang jenis gilir2 solat kat semua surau di UDM. Berbalik tajuk di atas aku tiba2 naik 'feeling' bila dengar lagu Dendang Perantau. Mana taknya, rasa macam duduk di perantauan jer (padahal kat Terengganu jer). So kawan2 yang lain mesti ada perasaan dan cerita bila berpuasa atau beraya jauh daripada keluarga....nun jauh di kampung halaman sana.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada adindaku, Muhammad Ajmal bin Anwar Apandi, abangmu mendoakan semoga kamu memperolehi keputusan yang cemerlang dan terbilang.

1 keluarga, ibu ayah didahulukan, keharmonian diutamakan.

5 ulasan:

sabir berkata...

mesti tangkap lentok dengar lagu raya...tp jagan lupa bawak kuih raya kt cn..n rebut lalialtuqadar

aunieZ berkata...

tak ska dgr lagu raya slagi x raya

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim berkata...

Aku suka dengar lagu raya sambil kalau belajar jauh2... bukan sebab per, sekurang-kurangnya kita tau yang raya dah dekat.... ha ha ha.

Tapi, aku kini mungkin tidak akan merasai pengalaman study abroad...

kalau bussiness abroad maybe ar... so, masa yang ada nikmati sepenuhnya... kita enjoyyyyyyyy

izzuddin2020 berkata...

hahaha...ejat dendang perantau...emmm...cuba kaitkan ngan entry lama nak cari calon dunia akhirat dengan lagu dendang perantau ni

"dihari raya, terkenang daku kepada si 'dia'"

hehe..dah terkenang aizat ni..saper sidia tu jat???hehe

'Aizat Annur berkata...

to sabir...mmg tangkap lentok..wei ak pon nak cari kueh rayala nnt

to haziqah...ala better dengar lagu raya drp dengar lagu ntah apa2

to shaiham...bussness pun jalanla

to izzudin...si 'dia'?mak aku kot..he3