15 Oktober 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Buat Semua Rakan...

Salam

Maaflah sudah lama tidak dapat nak pos apa isu di blog ini. Sampai semua orang kata asyik2 gambar raya. Suka hati akulah. Baiklah aku akan kupas beberapa isu yang berlaku dalam bebrapa minggu yang berlalu dari sudut minda kemahasiswaan aku dan sudut pandang aizat anwar. Cehh.

1. Program Merakyatkan Seni. Sebuah program yang tidak asing dari segi namanya namun asing di bumi UDM. Hal ini kerana terdapat beberapa elemen yang perlu difikirkan oleh pihak penganjur di sebalik maksud merakyatkan seni kerana rakyat itu sudah dianggap sebagai seni. Cuma elemen muzik moden yang diselit di penghujung acara aku rasakan ia amat menyimpang dari nilai budaya mahupun merakyatkan seni tersebut. AKU TIDAK MEMBANTAH NAMUN TIDAK MENYOKONG DENGAN ELEMEN DANGDUT DLL YANG BAGI AKU BOLEH DIGANTI DENGAN ELEMEN IRAMA KLASIK YANG LEBIH MENERAPKAN NILAI_NILAI KETIMURAN DAN ESTESTIKA. Justeru itu, suara yang sumbang dengan menganggap kehadiran aku hanya untuk berhibur jauh lagi berjoget adalah satu FITNAH kerana hanya Tuhan sahaja tahu niat hambanya. Kedatangan aku malam itu bukan sahaja untuk menjadi pemerhati terhadap sesuatu fenomena atau senario baru di UDM tetapi lebih daripada menganalisis sosial apa implikasi di sebalik penganjuran malam tersebut. Aku rasa pihak PSW boleh mengambil beberapa langkah perubahan dengan cuba menilai setiap kali undangan nyanyian bagi menyesuaikan dengan maksud program. Dengan kehadiran aku juga apa yang aku perkatakan adalah fakta atas penilaian bukan auta kerana sekadar mendengar dari jendela telinga orang lain dan meniti dari bibir orang yang kadang kala jauh panggang dari api yang tidak dihalang akan merak menjala. Itulah bahayanya apabila kita tidak mendapat maklumat yang sahih namun akhirnya menjadi FITNAH yang bahaya.

2. Malam Gala kelab/ Persatuan dan Kolej Kediaman. Tak ada isu lagi cuma sedikit peringatan bersama pada yang terlibat sebagai penganjur. Cuba elakkan daripada MENGGENAKAN CAJ ATAU BAYARAN PADA BORANG PERTANDINGAN HANYA SEMATA2 INGIN MENAMBAH PERUNTUKKAN PROGRAM. Ada beberapa cara yang boleh diambil bagi menambah pendapatan penganjuran adalah dengan menyediakan tapak kepada kelab dan persatuan yang ingin berniaga sepanjang hari hingga malam kemuncak dengan bayaran setapak hanya RM5 sahaja dan pihak pengankur boleh menjual pelbagai cenderamata berbentuk t-shirt, mug dll berkonsepkan malam gala dsbg. Justeru itu, MPP sebagai penganjur tidak perlu menyekat kehendak dan kemahuan sebahagian besar kelab yang teruja untuk memeriahkan acara malam tersebut dengan menghantar seberapa banyak penyertaan. BAGI AKU MALAM GALA KELAB/PERSATUAN/KK TERBAIK ADALAH MEDAN UNTUK MENGHARGAI SUMBANGAN DAN JASA MEREKA KEPADA UDM BUKAN UNTUK BEBANAN. Selain itu, cadangan aku bagi penilaian pemenang disebabkan ia merupakan acara memilih hanya yg terbaik bukan POPULAR maka MPP sbg penganjur perlu memilih dan membentuk jawatankuasa penganjur yang adil lagi berintegriti dan seharusnya diwar2kan pada semua YDP kelab/persatuan dan KK bagi mendapat persetujuan. Rasanya itu sahaja setakat ini.

3. Pemilihan MPP atau Pilihan Raya Kampus (PRK) Suam dan Suram? Aku tidak akan kata apa2 namun ramai rakan seperjuangan aku di UDM mahupun di IPT lain sibuk bertanya, bilakah PRK UDM nak diadakan? Bagi aku yang dah melalui saat memperjuangkan semangat demokrasi mahasiswa di UDM dengan melalui pelbagai rintangan namun syukur akhirnya ianya sampai ke pengetahuan Dekan HEPA. Justeru itu, aku amat mengharapkan agar permintaan lama tersebut tidak dibiarkan namun diambil sebagai pengajaran bagi mengadakan Pemilihan atau Pilihan Raya MPP UDM dengan lebih terbuka dan demokratik sejajar dengan hasrat murni PM dan KPT yang mahukana perubahan dan demokrasi yang lebih murni bukan dikongkong atau tersembunyi. Sekian.

4. Kolej Kediaman akan beroperasi sehingga awal januari. Kenapa? Ini ada kaitan dengan pemilihan MPP juga. So aku tak nak jawab tapi tanyalah MPP ok. Justeru itu, JPKP KKC mengumumkan terdapat beberapa program sambungan akan dijalankan selepas peperiksaan dan awal januari kelak antaranya program lawatak kepimpinan kolej kediaman ke Melaka dan juga pesta sukan dan rekreasi antara blok2 KKC UDM 2010. Oleh itu, sebarang makluman akan disusuli kemudian.

5. Selamat menyambut peperiksaan dan juga selamat menyambut Deepavali buat semua kaum hindu dan sahabat2 India di KMJ dan UDM. TQ

Aizat Anwar

5 ulasan:

Unknown berkata...

salam aizat..terima kasih atas komen..pasal dajal ni asma ta tahu sejauh mana kebenaran,mgkin aizat da lbih banyak ilmu yg blh kita sama2 kgsi...erm,udm nak final dah ke?
cptnya rasa..ejat pun dah nak habis dah...erm, idea ejat tntg letak harga utk tapak,bagusss..it can encourage students to be independent n to be entreprener..esp. muslim student..moge terus maju..cahyok2 ejat...
jemput datang USIM..

aunieZ berkata...

1. tak pergi..rugi betull..bkn rugi sbb x dpt berjoget..tp rugi sbb x leh jd wartawan x bertauliah yg boleh wat liputan n tulis dlm blog he

2.yg borang kena byr rm 2 rsa ok kot kna caj sbb bak kata mpp mcm nk tnjuk keihlasan kte msuk prtandingan n bsungguh2 la..tp rm 2 tu mcm mahal jugk..rm 1 ok lagi..tp pkir blk cm tak fair jgk sbb utk diiktiraf..kna byr lagi huhu

3 & 4 . kte tgu je la apa permainan yg mereka akan main pas ni

5. gud luck oso for final exam!

A d'Z berkata...

ak nk blah drp UDM yg sgt truk ni! UiTM! pggl la ak!

My Daisy berkata...

1. Berani betul PSW skrg ni...mentang2 dapat bngunan baru...fuhh... nnti saye jd mpp sem dpan, kena bantah kaw2 ni...

2. Congrates MPP...program ni mesti meriah punye..its definitely proves that MPP skrg ni far away better then sesi lpas punyer...

3. Wa...bila nak ngundi ni... nk masuk penamaan calon ni...huhu

4. Jangan wat program je...kebajikan mane...

5. Orait...GAMBATEH for final exam...SAYANG UDM...

Nabil Norhalim berkata...

salam...untuk PSW..saya x salahkan siapa2..bila ditanya masing2 menuding jari..xpela..Dia maha mengetahui.we cannot change the past..but we can fix the future..dalam PSW,dalam Gala..insyallah ada pembaikan..untuk gala..mungkin ini permulaan..dan insyallah akan lebih teratur pada pimpinan akan datang..terima kasih atas cadangan..tapi hal nya bukan nk peruntukan..kalau duit itu dijadikan peruntukan hukum lain tu..Duit borang dijadikan hadiah..itu namanya judi..nauzubilah kita minta jauh..ada lagi cadangan2 daripada pimpinan yg bernas dan cantik..insyaallah nantikan akan datang..malam gala juga penutup Misi tahunan pertubuhan..dalam fasa ke 4..terima kasih Asrul melaksanakannya,untuk PRK,ya pasti ada,tiap2 tahun pun ada,cuma x sama..ok la itu saja..salam mujahadah..