16 Disember 2009

~debaran semakin memuncak~Apa cerita best koorang time sekolah menengah?~kongsi blehhhh?

kadang kala pernah tak koorang terpikir~
kalau masa dipusingkan semula macam2 koorang nak ubah~
kiranya buat yang terbaiklah???
Ya!....begitu juga macam aku...
teringat masa sekolah menengah dahulu....
d'SMKA sultan muhammad, batu berendam, melaka
alangkah macam2 memori & kenangan terindah (samsons)
tapi tak semuanya ia berakhir dengan 'sweet memory'
macam aku, pernah masuk pertandingan pidato piala diraja peringkat kebangsaan bertempat di hotel olimpia (cukup maen berdebar2)
almaklumlah~budak kampung masuk hotel 5 bintang,kena plak jadi wakil melaka~hu3
...dengar jer nama seperti KIK, SMS dungun, MCKK, SMS pokok sena...huh~aku terus jadi 'kecut'
mana taknya nilah bidang yang aku jadi 'bidan terjun; disebabkan tak ada wakil sehingga melayakkan aku sejauh begini~thanks cikgu surati yg banyak membimbing aku ke saat itu...
pada peringkat separuh akhir kebangsaan~aku tersingkir cuma aku terkilan tak mampu berikan yg terbaik buat ibu & ayah aku yg turut hadir~ntahla....mungkin disaat kesedaran aku memuncak pasti aku boleh masuk akhir kurang2 keluar TV 1!he2...
itu babak 1...babak 2 plak aku menyertai pertandingan larian peringkat kawasan bukit china~
dapat masuk akhir 4x100m tapi aku tak pergi sebab makluman awal team kitaorg tak layak~oh! miss~
soal exam janganlah nak kata kalau ditakdirkan kembali,pasti koorang jadi albert einsten~takpun jemmy neutron~ha2
aku terkilan tapi pasrahlah jugak,bila paper yg aku paling minat ADD MATH x dapat A, tapi sangkut B+~rasanya aku dah kecewakan cikgu math aku jew time tu~tapi sekarang langsung tak praktik dah~ngeh2
banyak lagi babak2 manis yang aku nak kongsi ketika di sekolah menengah~walaupun sekolah aku semua lelaki~hu3
jumpa lagi lain hari lain entry~sekian

3 ulasan:

Azrul berkata...

Aizat Anwar - dapat masuk akhir 4x100m??..oo tu cita "dulu"

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim berkata...

nak flash back.... emmm
Actually aku paling tak suka nak ingat masa lalu.. bak kata mahaguru lam citer kungfu panda " yesterday was a history, tomorrow is a mystery today is a gift. Thats why we call it 'present'.... so, just look forword bro!!

Notfah berkata...

Assalamualaikum.
salam mahabbah. salam 1 malaysia..

kenangan masa zaman sekolah menengah? ada ke? em.... tak ada apa-apa kenangan yang best rasanya. masa sekolah dulu, saya tak aktif pun. nak kata pasif tu, boleh lah. dulu sekolah kat sekolah menengah kebangsaan dato' harun, tanjong karang, selangor..
masa tingkatan satu, dapat masuk kelas kedua. masa bulan februari, ada ujian bahasa arab. antara kelas pertama ngan kedua. tup2, 10 orang kelas pertama masuk kelas kedua, 10 orang kelas kedua masuk kelas pertama dan saya salah seorang daripadanya.
huhu... yang bestnya, saya selalu dapat top one and two antara budak2 yang dapat nombor ter...akhir.. bagus tak pencapaian saya? hahaha....

akhirnya, sampai tingkatan tiga, kelas tetap di kelas pertama disebabkan ambil bahasa arab.
masuk tingkatan 4, masuk kelas ke-3. kelas pertama ngan kedua ambil sains tulen. kelas ketiga ada aliran arab dan geografi. ustazah tanya, nak ambil aliran arab ke? sebab saya jenis tak pandai / lebih senang kata, saya tak suka buat pilihan. apa orang kata, saya ikut saja. so, terus sajalah dalam aliran arab.
walaupun selalu dapat first number dalam kelas(bukan yang terakhir tau..)tapi, bila masuk tingkatan 5, ada pelajar baru masuk, ada persaingan kuat.
ha...! masa tingkatan 5, diorang pilih saya jadi penolong kelas. tapi, sebenarnya, bukan saya diorang nak pilih. tahu tak macam mana saya boleh terpilih??
Diorang pilih seorang kawan lelaki dan seorang kawan perempuan. kononnya nak mengenakan diorang ni. gosip hangat diorang berdua ni. budak2 kelas memang suka menggosipkan orang. tapi, ustazah tak bagi perempuan ni jadi penolong, sebabnya dia pengawas. so, diorang pilih orang lain.tiba2, ada orang sebut nama saya. tak tahu siapa. memang nak kena. last2, saya lah terpaksa jadi penolong.

tahu tak apa saya buat?? sebab saya memang tak pernah menjawat jawatan ni...
pagi2, saya memang selalu datang awal ke kelas. sebelum ke kelas, ambil kad pas keluar kelas kat bilik guru. lepas tu baru ke kelas. saya sapu kelas, and then, saya memang dah sediakan baldi kecil bersedia tuala dan sabun buku. untuk lap tingkap. lepas sapu, saya lap semua tingkap. nak balik, saya buang sampah dalam tong sampah, sapu kelas dan kalau saya ada masa lagi, saya lap tingkap. lepas tu hantar kad pas keluar kat bilik guru semula. itu tugas rutin.
selain tu, sebab nak jadi penolong yang baik, saya sediakan segala bentuk kemudahan. contohnya pengokot(stapler), gam, gunting, solatip, liquid, gula2( for mereka yang ngantuk dalam kelas. supaya tak tidur masa cikgu ajar. berpeket-peket)dan juga benda penting khas untuk wanita2(kadang2, dalam sehari tu, sampai tiga orang minta).
tapi, saya letak jawatan tak sampai tiga bulan... ada lah sebabnya. because tak tahan dengan sikap budak kelas. adalah benda yang diorang buat, buat saya kecil hati and saya pernah ternangis 2 kali pasal diorang.

malaslah nak cerita... kalau diputarkan balik semua kenangan, memang panjang. lebih baik post kat blog sendiri. buat enri. tapi tak nak lah. biarlah blog saya tu terbiar.

sekarang dah masuk u. tak sangka jadi raisah kelas selama 3 semester berturut-turut. mungkin sebab saya tak selesaikan tanggungjawab saya masa tingkatan 5, so, kena habiskan tanggungjawab saya kat sini. ye ke?? sebenarnya budak2 kelas saya yang tak nak lepas kan saya. tak faham...
okey... cau dulu... panjang2 komen pula. siapa suruh kongsi cerita??? kan dah...
wassalam..